Kenapa Perlu Berbelanja Di Shopee?

By Nurul Syahirah - September 23, 2017

Image result for shopee

Zaman sekarang ni merata-rata orang shopping online kan. Tak kira la dekat fb ke, dekat intagram ke atau mana-mana je platform yang boleh shopping. Mudah je sekarang ni. Klik dan barang yang dikehendaki akan sampai di depan pintu rumah anda.

Tapi, setiap orang pasti nakkan harga yang murah, harga yang berpatutan atau mungkin free shipping. Sama juga la macam Nurul. Semua yang disebut tadi merupakan salah satu faktor yang perlu Nurul periksa dulu sebelum menyopping.



KENAPA SHOPEE? 

Platform shopping yang hot sekarang ni atau dikenali sebagai SHOPEE. Korang pun mesti ada yang dah pernah shopping dekat sini kan. Tapi kenapa? Haaaa. Meh Nurul bagitahu apa yang specialnya shopee ni.


  • Harga yang murah dan berpatutan.
  • Banyak yang menawarkan khidmat free shipping.
  • Terhindar daripada scammer.
  • Duit anda akan selamat dalam sistem shopee sehingga anda mendapatkan barang yang telah dipesan.
  • Cashback atau akan dapat coins semasa proses pembelian dan boleh redeem untuk pembelian seterusnya. (Dapat menjimatkan jumlah yang perlu dibayar).
  • Boleh melakukan proses refund atau return untuk beberapa sebab yang tertentu.



Best kan? Paling best bila bab terhindar daripada scammer tu. Memang tak dapat dinafikan sekarang ni merata-rata scammer ada. Mana taknya, langsung tak fikir mana halal mana haram. Itu la jadinya. Pembaca-pembaca Nurul jangan sesekali terfikir untuk jadi scammer ye ;)

Bukan setakat kita boleh membeli je dekat sini. Kita pun boleh menjual sekali. Sistem transaction yang sangat selamat yang pernah Nurul gunakan. Sebab selagi kita tak klik received, customer tidak akan mendapat bayaran yang telah ditetapkan.


Tapi kalau buyer pulak tipu macam mana? Hahaha. Takde maknanya k. Sistem shopee dilengkapi dengan sistem operasi pos laju. Kalau barang dah diterima, mesti la ada dalam sistem kan. Kalau buyer tak klik received sekalipun, seller akan dapat jumlah bayaran yang telah ditetapkan once sistem pos laju dapat detect barang telah diterima.





Korang hanya perlu download je dekat play store atau apple store korang apps shopee ni. Ada juga barang yang daripada luar negara tau. Jadi ianya akan mengambil masa beberapa minggu untuk sampai ke anda. Tapi jangan risau, shopee ni sangat selamat untuk kaki-kaki shopping macam Nurul. Hehehe. 

Jadi, dah selamat nak shopping kan, jom la kita shopping dengan shopee ye. Jangan biarkan diri kita jadi mangsa penipuan scammer. Duit kita merupakan hak kita :D




  • Share:

You Might Also Like

15 Comments