Kenapa Anak Selalu Berjalan Semasa Tidur? - Syahirah Valiant

Post Top Ad

September 22, 2017

Kenapa Anak Selalu Berjalan Semasa Tidur?

Image result for sleepwalking child

Parents-parents semua pernah tak mengalami masalah anak-anak berjalan semasa tidur? Mungkin pernah dan mungkin tak pernah. Dalam keluarga Nurul, adik Nurul nombor 2 pernah time dia kecik alami masalah ni. 

Tapi apa sebenarnya berjalan semasa tidur ni? Bahaya ke masalah ni? Dan macam mana nak hadapi masalah ini? 



APA ITU SLEEPWALKING? 

Sleepwalking atau masalah berjalan ketika tidur adalah satu keadaan dimana anak-anak mengalami masalah dalam pola tidur. Hal ini juga berlaku dalam kalangan orang dewasa dimana mereka sudah terbiasa daripada kecil. 

Ada yang berpendapat bahawa yang tidur berjalan ni anak-anak yang mengalami masalah kencing di atas tilam. Kiranya macam terbabas la. Seolah-olah dia bermimpi ada dalam bilik air, tapi Sebenarnya dia masih ada di atas tilam. 



TANDA-TANDA ANAK MENGALAMI SIMPTOM BERJALAN KETIKA TIDUR

1. Berjalan atau melakukan kerja ketika berada dalam "deep sleep". Kadang-kadang ada kes yang sampai menukar baju. 


Image result for sleepwalking child


2. Bercakap atau mengigau ketika tidur. 

3. Kelakuan yang berulang. Contohnya, bergerak dalam bulatan yang sama atau bercakap menggunakan ayat yang sama berulang kali. 

4. Tak ingat langsung bahawa mereka alami situasi berjalan ketika tidur. 

5. Ada juga situasi, mereka tak sedar tentang perbuatan masing-masing sehinggakan boleh buang air kecil dimana sahaja. 

6. Menjerit. Hal ini kerana mereka dalam tidur yang lena dan bermimpi ketika berjalan. 



KENAPA ANAK SELALU BERJALAN KETIKA TIDUR? 

1. Tak dapat tidur yang mencukupi. Sebab utama anak-anak akan berjalan ketika tidur pada malam hari. Kerana mungkin mereka mengalami keletihan yang amat sangat. 

2. Waktu tidur yang tak sekata. Jangan biasakan anak-anak tidur lewat atau waktu tidur yang tak stabil. Contohnya, malam ni tidur pukul 10, esok pula pukul 12. Pastikan jadual tidur anak-anak tidak berubah-ubah. 

3. Sudah tiba masanya untuk buang air kecil. Kanak-kanak ni memang suka sangat tahan kencing. Time tidur tu mereka akan berjalan seolah-olah mereka ni terjaga. Dan siap sedia la ye wahai ibu bapa, esok paginya anak anda dah kencing atas tilam. Hehehe. 

4. Diwarisi oleh keturunan. Kadang-kadang keturunan pun ada masalah gini tau.. Contoh ayah dia time kecil ada masalah tidur berjalan. Nanti si anak pun akan ikut sekali. 


"Jangan panik!! Cara untuk anda handle anak berjalan ketika tidur amatlah mujarab."


Image result for ibu bapa tidurkan anak-anak


1. Secara perlahan-lahan, bimbing anak ke dalam bilik semula dan tidurkan mereka di tempat yang sepatutnya.

2. Gunakan ayat yang lebih lembut dan selesa untuk didengari seperti "Adik jangan risau, adik selamat ni, ibu ada dengan adik" sambil memegang tangan mereka ke dalam bilik. 

3. Jangan bila nampak anak berjalan, anda jerit dari jauh dan suruh anak masuk tidur. Bahaya kalau si anak terkejut pada waktu itu.

4. Jauhkan segala peralatan yang tajam dan mungkin merbahaya. Hal ini akan menggelakkan sebarang kejadian yang merbahaya berlaku.

5. Kunci tingkap dan pintu bilik anak supaya anak tidak akan keluar atau terjun daripada situ. Bahaya kalau tak kunci kerana anak-anak akan berada dalam situasi yang kita tidak inginkan.

6. Latih anak-anak tidur dalam waktu yang sama setiap hari. Bila mereka dah biasa, mereka tidak akan alami situasi begini.



PERINGATAN !!!

Jangan anggap benda ni sesuatu yang remeh-temeh ye. Jika dah menjadi teruk, disarankan untuk mendapatkan rawatan daripada pakar untuk mengatasi masalah ini. Dan sebagai ibu bapa, jangan lupa amalkan gaya hidup yang sihat dan bersih untuk keselesaan anak-anak.




2 comments:

  1. Biasa ank xckup tdo or letih sgt la die mula mengigau mlm2 kn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak.. budak2 pun akan senang mengigau malam..

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Post Bottom Ad