Jangan Malu Untuk Mengaku Diri Anda Sebagai Pengedar Shaklee

Tuesday, September 12, 2017


Assalammualaikum wbt, pada mulanya Nurul minta maaf jika entri Nurul kali ni akan membuatkan korang menyampah ataupun tak suka. Ini merupakan pendapat dan sharing Nurul bagi yang memerlukan. Atau mungkin memang bukan sekarang korang perlukan, tapi mungkin pada masa akan datang korang akan perlukan apa yang Nurul sharing ni :)

Alhamdulillah. Walaupun bisnes ada pasang surutnya, dah 7 bulan Nurul bersama dengan shaklee. Atau lebih dikenali sebagai pengedar shaklee. Memang tak sangka. Dulu Nurul bisnes pandora dan Nurul stop bisnes tu sebab Nurul tiada masa untuk berehat dan Nurul dapat rasakan yang Nurul ni penat bila buat bisnes tu. Memang sekarang Nurul single dan masih belum berkeluarga. Tapi Nurul fikir juga kalau pada masa akan datang pula macam mana kan. Takkan kita takde masa untuk keluarga kita. Tambah-tambah lagi dengan anak-anak.

Dan akhirnya Nurul sign up menjadi ahli shaklee dengan akak ofis Nurul praktikal. Memang Nurul tak menyesal dan Nurul suka sangat jadi anak didikan beliau. Alhamdulillah. Nurul dikurniakan dengan ahli kumpulan yang sangat supportive. Kalau ada yang tak faham, boleh je tanya dengan mereka. Nurul tak diabaikan dalam group tu. Hehehe.


Kadang-kadang Nurul tengok ada yang para pengedar shaklee yang malu-malu untuk menyerlahkan dirinya sebagai pengedar. Tapi kenapa? Mungkin sebab mereka tak yakin dengan produk shaklee. Atau mungkin mereka tak tahu apa niat sebenar mereka menjadi pengedar. Percayalah ~ Semua tu hanyalah fikiran-fikiran yang sangat buang masa. Korang fikir lah korang jadi pengedar untuk membantu orang yang memerlukan. Untuk membantu mereka-mereka dapatkan kesihatan yang baik. Dan untuk awak serta ahli keluarga juga. Bila korang fikir benda ni, korang akan faham kenapa korang jadi seorang pengedar shaklee.


Image result for shaklee


Pada mulanya Nurul memang tak rasa yang Nurul ni layak jadi pengedar. Sebab orang selalu cakap kan, nak jual produk kecantikan apa semua ni kita pun kena cantik. Haihhh. Kita ni da la gemok, takde pulak ciri-ciri sebagai penjual produk kecantikan. Hahaha. Macam tu tau Nurul fikir. Tapi bila fikir balik, kenapa kena fikir macam tu sedangkan Allah dah takdirkan untuk kita berada di sini. Ada sebabnya kenapa Allah adakan kita pada tahap ni walaupun kita tak yakin dengan diri kita sendiri. Bila fikiran buruk tu sampai, fikir semula dan korang akan jumpa jawapan yang korang nak :)


Pada mulanya memang agak susah untuk kita naik ke atas. Sama juga macam bisnes yang lain. Kita ada proses daripada bawah. Jadi, kenapa perlu korang mengalah sekarang? Betul tak? Bangkit dan terus kejar kejayaan. Kejayaan dah ada di depan mata korang. Korang perlu berlari dan terus berlari. Jangan sesekali pandang ke belakang. In Sha Allah, Allah akan permudahkan urusan korang :D




You Might Also Like

2 Comments

  1. Ganjaran bagi mereka yang berusaha... InsyaAllah moga terus maju,...

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Suscribe Us