IT | Review Movie

Monday, September 11, 2017

Image result

Sekian lama Nurul tak pergi tengok wayang. Akhirnya tewas juga. Hehehe. Da lama sangat nak tengok cerita ni sejak dia dah keluar trailer. Time trailer ni keluar Nurul tengok cerita apa entah. Lupa da sebab dah lama juga la trailer nya. Dan baru bulan ni la dia nak keluar. Kita baru la nak cadang untuk berjimat. Tapi tak boleh sebab cerita ni. Hahaha. Salah kan cerita pula kan. Tapi seriously memang nak sangat tengok. So, kita korbankan RM15 tu.

Ok, ni cerita semalam yang Nurul tengok. Da ramai yang tengok kan. Cerita IT yang boleh tahan seramnya. Sampaikan ku dalam pawagam menjerit. Hahaha. Nasib baik tak ramai orang. Yang adik Nurul pula dah tutup-tutup muka. Tapi memang la Nurul cakap. Siapa yang ada masalah lemah semangat, memang Nurul tak galakkan korang tengok. Memang agak menakutkan cerita ni. Haaaa. Lagi satu. Siapa yang memang dah benci tengok badut atau fobia, better korang pun jangan la tengok cerita ni. Sebab watak hantu dalam cerita ni adalah badut.



Ok, pada mulanya Nurul tak tahu pun kenapa cerita ni 18+. Dan Nurul pun main beli je la untuk Nurul dengan adik Nurul. Bila tengok je tiket tu. Alamak ! 18+ ke atas ke. Nurul da risau kalau-kalau adik Nurul ni tak lepas. Then kita masuk mana pula dia nak duduk kan. Nurul ikhtiar juga la nak kasi dia lepas. Hahaha. Alhamdulillah, nasib baik la lepas juga. Dan pekerja situ pun tak tengok ic. Mungkin dia tengok adik Nurul ni tinggi kut. Padahal umur baru 16. Hehehe

Tapi cerita ni takde pun unsur-unsur 18+. Bila tengok baru la faham kenapa. Sebab cerita ni seram sangat. Tu yang tak kasi budak-budak tengok. Dalam pawagam pun memang tak nampak la budak-budak. Sampaikan kita yang tengok pun dah menjerit kan. Hahaha. Bila ingat balik serious malu. Dalam banyak-banyak cerita hantu yang Nurul pernah tengok, setakat ni la yang paling seram dan menakutkan.


Ok, cerita ni mengisahkan sekumpulan kanak-kanak yang nak rungkaikan misteri kota Derry tu. Derry tu ada kisah yang ngeri di mana mereka terlibat dengan kebakaran yang meragut nyawa ramai orang. Sebab itu la mungkin kota tu telah disumpah. Jadi budak-budak ni pun nak la cari jalan penyelesaian supaya tak ada lagi budak yang hilang dan mati. Adik daripada salah seorang kumpulan budak ni terlibat dan mati akibat hantu badut tu la.

Orang kata cerita ni berdasarkan novel IT. Novel english la. So diaorang adaptasikan menjadi cerita. Tengok cerita pun seram weii. Apa lagi kita baca novel tu kan. Ni baru part 1 ye. Mungkin akan ada part 2 di mana kumpulan budak-budak ni besar. Sebab budak perempuan tu cakap diaorang ni balik ke kota Derry tu balik sebab tak tahu kenapa. Mungkin si badut tu tak lenyap lagi kut. Sebabnya cara hantu badut lenyap tu macam tak logik dan tiada penghujungnya.


Tapi memang best. Tak menyesal pergi tengok. Nurul bagi 9/10 untuk movie ni. 1 markah lagi hilang sebab cerita ni by part. Hahaha. Nurul benci betul kalau ada sambungan ni. Tapi menunggu juga. Hehehe. So kita tunggu part 2 pula ye. Entah bila la pula keluarnya.

So korang pun jangan lupa tengok ye ^^



You Might Also Like

8 Comments

  1. Lokman pon dh tngok...mmng best citer ne..seram dan memeranjatkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. memang cerita hantu yang Nurul tak nak tengok balik.. hehehe :D

      Delete
  2. Wow, ok...dah ade review, nak p tgk la.hehe

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. huhuhu.. badut memang agak menakutkan..

      Delete
  4. Hehehe, keluar carta nak tengok la nampaknya. Sound system wayang ni gempak sangat... bertambah seram dibuatnya. :D

    Annabelle tuu dah tengok? Dengarnya seram jugak

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. betul tu.. annabelle Nurul tak tengok lagi.. tu la.. katanya seram..

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Suscribe Us