Ingin Bercuti Di Melaka? Jom Ketahui Fakta Menarik Yang Ada Di Melaka - Syahirah Valiant

September 20, 2017

Ingin Bercuti Di Melaka? Jom Ketahui Fakta Menarik Yang Ada Di Melaka

Image result for kota afamosa melaka view

Kalau cakap pasal bercuti je mesti korang pun excited kan. Lagi-lagi kalau percutian yang menjimatkan. Eh, ada ke percutian yang menjimatkan? Mesti la ada sayang-sayang semua. Tak percaya? Kejap lagi Nurul story ye :D

Korang ada yang dah lama nak jejakkan kaki ke Melaka tak? Atau memang selalu je pergi cumanya tetibe je nak pergi lagi. Mesti ada kan? Tapi, sebelum korang tuju ke destinasi percutian, make sure korang ada tempat penginapan ye. Jangan main sebat je pergi. Hehehe. Sebenarnya tempat penginapan ni merupakan salah satu perkara yang sangat penting dan perlu kita titikberatkan. Kalau korang jenis backpacker yang suka travel dengan kawan-kawan takpe lagi. Buatnya korang bercuti dengan family dan bawa orang tua dan ada anak-anak kecil, macam mana tu? Kalau korang bernasib baik time pergi tu ada bilik kosong, ok lagi. Buatnya hotel penuh? Kan dah haru biru jadinya. Jadi, kena sediakan awal-awal ye.


Image result for hotel sentral melaka

Tapi macam mana nak booking bilik dengan harga yang jimat dan cepat? Haaaa, Jangan risau. Dengan pantas korang perlu book Hotel Sentral Melaka online on Traveloka. Nak lagi best? Korang jadi la traveloka app user untuk dapatkan harga special untuk Deluxe Double Room. Haaaa. Kemain lagi kan. Jadi tunggu apa lagi. Rancang percutian korang dengan cermat ye.


Bila korang dapatkan Deluxe Double Room, memang seriously korang akan berpuas hati. Sebabnya bilik ni agak luas yang memuatkan 1 katil double. Kemudahan pun boleh tahan juga banyaknya dan akan membuatkan korang tak nak balik. Hehehe. Apa kemudahan yang ada? Mestilah wifi, penyaman udara, air botol percuma, tv dan kemudahan membuat kopi dan teh. Hotel Sentral Melaka pun ada swimming pool yang besar tau. Boleh la korang santai-santai dekat swimming pool tu.

Image result for hotel sentral melaka
Swimming Pool Hotel Sentral Melaka


Image result for deluxe double room hotel sentral melaka
Deluxe Double Room


Bila dah bercuti tu bukan sahaja nak tidur dalam hotel je kan. Mestilah kita nak selesaikan misi kita dengan mencari makanan yang sedap-sedap. Tapi dekat Melaka ni mana yang sedap ye. Ok, jangan risau. Jom Nurul sharing dengan korang dekat mana yang korang boleh dapatkan makanan yang super duper sedap.


SEAFOOD DI UMBAI

Image result for seafood umbai melaka

Seafood dekat sini memang fresh dari laut tau. Macam-macam ada. Contoh makanan yang famous amous dekat sini adalah ketam gemuk-gemuk tu masak cili api berapi, sotong goreng tepung, siakap stim dan telur bistik. Banyak weiii. Hahaha. Memang berkeroncong la perut korang yang sedang menunggu makanan tu. Kalau boleh, datang la time malam. Lagi cantik view dia tau. Yang penting, seafood dekat sini sangat berbaloi dan harga pun sangat la murah. Seriously, akan membuatkan korang tak larat nak berjalan da.


Macam Nurul cakap, Melaka ni lagi best kalau kita jalan malam-malam. Lagi-lagi berjalan dengan husband atau wifey kesayangan. Lagi la romantik kan. Korang nak alami suasana romantik lagi? Boleh. Korang pergi la serbu Melaka River Cruise. Confirm memang korang seolah-olah tengah honeymoon gitu. Hehehe. Terminalnya terletak di jeti muara sungai Melaka bersebelahan dengan Muzium Samudera. Harga tiket pun tersangat la murah iaitu untuk dewasa cuma RM10 manakala untuk kanak-kanak RM5 je tau.


Image result for melaka river cruise

Suasana pada malam hari sangat la nyaman dengan adanya suasana romantik ni kan. Kita pun boleh rilekskan diri kita selepas penat bekerja. Time korang menyusuri sungat melaka ni, pada malam hari memang korang akan dipersembahkan dengan kerlipan lampu-lampu yang sangat cantik. Cruise ni akan berhenti sekejap di Jeti Tanah Rempah sebelum berpatah balik ke Jeti Muara. Dekat sini waktu siang pun beroperasi tau tapi memang Nurul sarankan untuk korang pergi pada waktu malam sebab lagi syok kot ! 


Ok, dah berpuas berjalan sekitar Melaka? Nak balik dah? Aippp ! Jangan balik lagi tau. Sebelum balik tu, korang wajib sambung jelajah Bandar Melaka ni. Ambil gambar di area The Stadhuys (bangunan merah). Bangunan ni dulu tempat pentadbirab kerajaan Belanda. Sekarang dah jadi muzium dah. Melaka kan penuh dengan sejarah. Sambil-sambil korang berjalan tu boleh la imbas balik sejarah Melaka ni, penjajahan Portugis dan Belanda.

Image result for the stadthuys melaka


Lepas dah penat berjalan tu, pergi la cari asam pedas pulak. Asam pedas memang terkenal dalam kalangan masyarakat Melaka tau. Korang kena try makan di Restoran Asam Pedas Claypot Kota Laksamana. Tak tahu dekat mana. Takpe-takpe, meh Nurul share alamat ye. Korang tinggal waze je :D

Related image

Alamat : 86, Jalan Laksamana 5, Taman Kota Laksamana 75200 Melaka

Apa yang best dekat sini? Antara makanan pilihan masakan asam pedas ialah ikan pari, kembung, tenggiri, telur ikan, daging tetel dan sebagainya. Bukan itu sahaja tau. Korang pun boleh dapatkan hidangan set kalau bercuti dengan ahli keluarga yang jumlahnya ramai.

Selain tu, tempat menarik yang selalu sangat pelancong lawat dekat Melaka ni adalah Masjid Selat Melaka. Paling bestnya, bila air pasang, masjid ni umpana terapung di atas dasar air laut selat Melaka. Seni bina masjid ni tersangat lah cantik. Gabungan di antara seni bina timur tengah dan melayu.

Image result for masjid selat melaka


Kalau bercuti dekat Melaka ni tak sah kalau korang tak dapatkan Klebang Original Coconut Shake. Take away je kalau korang tak nak minum situ. Then korang boleh lepak dekat Dataran 1 Malaysia, Klebang. Macam-macam aktiviti ada dekat sini tau. Contoh macam boleh menunggang kuda, boleh main Atv. Dan paling best dekat sini ada Muzium Kapal Selam Melaka tau. Paling best bila nak masuk tu cuma bayar RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Memang murah kan.


Image result for muzium kapal selam melaka

Kapal Selam FS Quessant Agosta 70


Ok, dah banyak dapat info kan? Jadi tunggu apa lagi. Meh kita bercuti di Melaka. Jangan cakap Melaka takde tempat menarik tau. Melaka la banyak giler tempat menarik yang mungkin kita tak sempat nak khatamkan. Hehehe. Jadi, boleh la bawa family korang datang sini. Jadikan kenangan abadi. Dan jangan lupa percutian korang dengan Traveloka ye. Pastinya korang akan dapat percutian yang sangat menjimatkan.




14 comments:

  1. Bestnya. Echa last pegi melaka last 3 years. Tu pun tak sempat nak explore semua tempat. Will surely visit it again next time!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. itu la.. memang tak sempat nak ronda-ronda semua tempat..

      Delete
  2. Traveloka memang terbaik....jimat dan mudah...

    ReplyDelete
  3. tq sharing tempat best kt melaka.. best ni bawak anak berjalan..harga tiket pon murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. most welcome :D betul tu.. harga tiket pun murah ^^

      Delete
  4. Wahh bestnya macam macam ada dekat Melaka 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. itu la.. macam2 ada dekat melaka ni.. tak payah nak gi jaoh2 sangat :D

      Delete
  5. Melaka memang banyak tempat best best tapi tak terjangkau nak pergi semua tempat...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. betul tu kak.. memang kena duduk berhari-hari kalau nak pergi semua tempat..

      Delete
  6. aida sendiri lom gi byk tempat.
    sebab memang membesar kat melaka ni.
    kekadang beberapa tempat viral tu, tak la sesedap sebagaimana yg diviral kan.
    but boleh cuba. baru puas hati kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, lain orang lain pendapatnya.. yang penting kena mencuba :D

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D