Idea-Idea Untuk Membuat DIY Planner Tanpa Pembaziran - Syahirah Valiant

September 06, 2017

Idea-Idea Untuk Membuat DIY Planner Tanpa Pembaziran

books, college, and pens image

Pada zaman kita sekolah dulu, kita belajar subjek sejarah kan. Setiap sejarah yang berlaku akan dicatat dan akan diingati sampai bila-bila. Sama juga seperti kehidupan kita. Kehidupan kita yang dah lepas merupakan sejarah untuk kita. Tetapi, ada sesetengah orang je yang mencatat sejarah kehidupan dia. Ada yang tidak. 

Tapi bagi Nurul, Nurul lagi suka mencatat tentang apa yang Nurul buat dan apa yang jadi dalam kehidupan Nurul. Ianya akan membuatkan Nurul throwback balik macam mana Nurul dulu. Hehehe. Ini tujuan untuk Nurul ubah hidup Nurul pada masa akan datang.

Sebenarnya untuk mencatat aktiviti kita seharian, ada yang menggunakan kaedah planner. Ada juga yang menggunakan kaedah journal ataupun dikenali sebagai diari. Tapi apa yang Nurul perhatikan, lebih ramai yang suka menggunakan kaedah diari. Sebab di situ kita boleh bercerita dengan lebih details. Korang pula macam mana? :D


Ok, cukup membebel. Hehehe. Hari ni special entri untuk korang. Ramai yang tertanya macam mana Nurul buat planner sendiri. Macam mana Nurul ada idea nak buat planner tu semua. Ada yang kata dia tak kreatif tapi minat dengan semua-semua ni. Then macam mana nak buat? Haaaa. Jom Nurul share something yang mungkin akan sangat bermakna untuk korang. Mana la tahu kan. Untuk pertama kali korang berjaya buat planner sendiri. Hehehe. Bukan kita je tau. Anak-anak kita pun digalakkan untuk buat planner ni. Biar apa yang mereka nak buat lepas ni lebih teratur :D


1. KEPERLUAN APA YANG DIPERLUKAN ?

Benda ni tak spesifik pun. Apa yang terlintas atau apa yang korang nampak depan mata tu boleh digunakan, korang ambil dan recycle balik. Sebab misi kita yang pertama untuk buat DIY Planner ni supaya tidak membazir. Jadi, paling senang, korang guna je apa yang ada.

Atau nakkan planner yang comel-comel? Boleh ~ Dekat SHOPEE banyak barang-barang planner yang comel-comel korang boleh dapatkan. Yang pastinya, tersangat la murah tau. Ada barang yang bermula daripada RM1 !! :D

Tapi barang apa? Jom kita tengok senarai yang Nurul kasi ni ye.

Image result for cute pen

CUTE PEN. Pada sesiapa yang nak buat tema comel-comel tu, boleh la cari pen ni tau. Pen ni memang kegemaran ramai untuk planner addicted.


Image result for cute washi tape

WASHI TAPE. Ok, ini memang Nurul sarankan dekat korang untuk ada benda ni. Sebabnya planner kita takkan lengkap tanpa washi tape. Kita boleh dapatkan washi tape ni dengan bermacam-macam corak. Tips untuk korang, kalau korang cari washi tape tu, pastikan cari yang set tau. Murah dan jimat :D


Image result for cute sticker for planner

STICKER COMEL. Ni optional untuk korang. Kalau korang nak tambahkan lagi elemen kecomelan untuk planner korang tu, korang boleh lah cari sticker yang comel-comel. Dekat mr.diy pun banyak tau.


Image result for cute paper clip

CUTE PAPER CLIP. Ini pun optional. Kalau korang rasa korang perlukan clip paper yang comel-comel untuk planner korang, korang boleh attachkan sekali. Memang super duper comel ^^


Image result for cute sticky note

CUTE STICKY NOTES. Yang ini memang super duper diperlukan oleh Nurul sebab Nurul suka sangat letak sticky notes dekat celah-celah planner Nurul. Macam dekat notes ke. Memang nampak comel sangat. Tapi jangan sampai nampak berserabut la ye.


Ok, apa yang Nurul tunjukkan ni adalah sekadar peralatan basic tau. Korang boleh tambah lagi keperluan korang seperti highlight, cop-cop comel dan macam-macam lagi. Korang search je dekat Shopee tu. Pasti akan keluar bermacam jenis dan korang bakal rambang mata ^^



2. TAK KREATIF UNTUK BUAT PLANNER SENDIRI?

Sebenarnya tak perlukan kreativiti sangat sebab apa yang kita rasa nak luahkan dekat planner tu, kita luahkan. Lukis je apa benda yang korang nak. Tapi nak juga idea sebagai contoh? Boleh. Scroll sampai habis tau :D

Image result for idea for diy planner


Image result for idea for diy planner



Image result for idea for diy planner



Image result for idea for diy planner




Itu serba sedikit contoh. Nak lagi? Boleh la korang google-google ye :D


Jadi, itu sahaja daripada Nurul hari ni. Semoga ianya bermanfaat untuk korang. So lepas ni korang boleh la buat planner sendiri ye. Kalau korang nak request apa-apa atau nak tanya sesuatu pasal planner, Korang boleh dropkan pertanyaan dekat komen k. Sediakan email korang sekali tau. Lebih mudah untuk Nurul keep in touch dengan korang :D




15 comments:

  1. Replies
    1. opssss.. hehehe.. itu la.. memang comel.. kita tengok pun ada semangat nak menulis :D

      Delete
  2. menarik juga diy planner ni..tapi perlukan sejenis kerajinan baru jadi ni...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. hehehe.. betul tu.. kita yang tengok pun suka :D

      Delete
  4. Replies
    1. terima kasih kak.. nantikan ga Nurul ye :D

      Delete
  5. Allah comei-comeinya equipment nak guna. Kalau kreatif dan rajin, apa pon jadik kan.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. hehehe.. ni tengah rajin memang boleh jadi :D

      Delete
  7. Menarik. Size buku apa sesuai jadikan planner?

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D