Fungsi Vitamin E Yang Kita Tidak Tahu - Syahirah Valiant

September 16, 2017

Fungsi Vitamin E Yang Kita Tidak Tahu

Image result for vitamin e

Vitamin E adalah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia dapat memperbaiki peredaran darah yang mana perlu untuk memperbaiki tisu dan sangat berguna dalam rawatan "premestrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.

Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.


KESUBURAN

1. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga dapat mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di pada masa yang sama menguatkan dinding kapilari.

2. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia" sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.


Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan Vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.

Lain-lain kajian mengesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.



SUMBER-SUMBER VITAMIN E

Vitamin E didapati daripada sumber makanan yang berikut :-
  • Minyak sayuran
  • Sayuran berdaun hijau gelap
  • Kacang
  • Biji-bijian dan semua bijirin
  • Beras perang
  • Makanan daripada jagung 
  • Telur
  • Rumpai laut
  • Hati yang dikeringkan
  • Susu
  • Oat
  • Daging organ
  • Kacang soya
  • Ubi kentang
  • Selada air
  • Gandum

KEKURANGAN VITAMIN E

1. Mudah radang dan odema (pengumpulan air dalam tisu) pada bayi
2. Penuaan kulit sebelum masanya
3. Rambut gugur
4. Anemia




Image result for esell




UNTUK KETERANGAN LANJUT :


4 comments:

  1. mrs pip nowadays rambut byk gugur, maybe kurang vit E kot :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. mrs pip kena banyak makan makanan yang ada vitamin e ni :D

      Delete
  2. Vitamin E memang best. banyak plak tu kebaikan dia kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. banyak kebaikan yang kita boleh dapat :D

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D