Enam Perkara Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Mengenai Mencukur - Syahirah Valiant

September 01, 2017

Enam Perkara Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Mengenai Mencukur

Image result for shave women
Enam Perkara Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Mengenai Mencukur

Sama ada mencukur di bahagian bawah lengan, kaki atau mana-mana sahaja bahagian, ada beberapa perkara yang perlu diteliti dan perlu anda tahu. Kebanyakan daripada kita memang tidak mengambil peduli hal-hal ini. Tapi adakah anda tahu bahawa hal-hal ini mungkin akan berbahaya jika anda tidak teliti dengan betul.



1. CUKURLAH BEBERAPA MINIT SELEPAS MANDI
Basahkan tubuh dengan air suam dalam beberapa minit. Maknanya anda disarankan mandi terlebih dahulu sebelum bercukur. Bulu-bulu berada pada paras fleksibel (lebih lembut) setelah ia badan. Jadi, pisau cukur anda lebih mudah meluncur dan lebih 'rapat' dengan kulit.


2. PENGGANTI KRIM CUKUR
Seeloknya gunakan krim khusus untuk bercukur tetapi andai tiada, anda boleh gantikan dengan perapi rambut atau pencuci badan (shower cream). Apabila kulit dialas dengan sesuatu yang licin, cukuran akan lebih lancar.


3. PENCUKUR PAKAI BUANG, CUKUP DUNA DUA KALI SAHAJA
Jika anda menggunakan pisau cukur pakai buang, maksimumkan pemakaian dua kali sahaja. Seeloknya laburkan wang membeli pencukur dengan mata pisau yang boleh ditukar ganti, kualitinya akan tahan lebih lama. Anda akan tahu mata pisau sudah tumpul apabila anda terpaksa menekan pisau cukur bila bercukur. Cara menyimpan pisau cukur adalah dengan mendonggakkan mata pisau ke atas, bukannya ke bawah.


4. BILAS PISAU SELEPAS SETIAP STROK SUKURAN
Contohi bagaimana lelaki bercukur. Cuci pencukur setiap kali pusingan bercukur (setiap strok). Mengapa? Jika anda tidak membilas mata pisau pada setiap strok, anda akan menyumbat celah mata pisau dengan krim cukur dan sisa kulit mati.


5. JIKA BERCURI DI PANTAI, BERCUKURLAH DI MALAM HARI
Bercukur menyebabkan adakalanya menyebabkan iritasi. Jadi seeloknya bercukurlah pada malam hari sebelum anda ke pantai keesokan hari. Tindakan bercukur sejam dua sebelum ke pantai tak ubah seperti mencurah garam ke atas luka. Huhuhu. Anda dapat bayangkan betapa sakitnya kan.


6. PERHATIKAN KEADAAN KULIT
Sebelum bercukur, teliti permukaan atau keadaan kulit. Elakkan mencukur di bahagian yang mempunyai masalah ruam atau berjerawat. Pisau cukur akan memindahkan keadaan kulit ke bahagian kulit yang lain.




Jadi, bercukur pun ada beberapa perkara yang perlu kita perhatikan dengan teliti tau. Bukan pakai cukur je. Sebelum ni tak tahu? Tidak mengapa. Nurul dah share ni nanti anda boleh la praktikkan sebelum bercukur tau ^^





4 comments:

  1. haaa betul tu. kinah memang selalu buat macam tu. nice sharing Nurul

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. setiap daripada kita kena praktikkan 6 perkara ni :D

      Delete
  2. Setuju tips ni. Hihihi tapi dah nak kahwin ni, nak cuba jauhkan diri dari pencukur, nak try wax pulak, kekekeke, ngade :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. sebenarnya wax lagi bagus daripada mencukur ni .. tapi tu la, kena tahan sakit >.<"

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D