DIY Planner Hanya Menggunakan Notebook

Monday, September 04, 2017

aesthetic, books, and study image

Dalam kehidupan seharian kita ni sepatutnya perlu ada perancangan. Tak kisah la untuk harian atau bulanan. Ada sesetengah orang catit dalam buku atau journal mereka. Kira macam diari la. Setiap aktiviti dalam hidup dia, dia akan catit. Mungkin pada masa akan datang kita boleh baca balik macam mana perjalanan kehidupan kita. Dan sepatutnya setiap orang perlu ada.

Mesti ramai yang guna planner kan? Tak kira la planner atau journal. Lagi-lagi kita sebagai blogger. Sebab setiap kali idea datang, mesti kena tulis kan. Kalau tidak memang alamatnya lupa la cik kak oii. Hehehe. Sama la juga macam Nurul. Setiap kali idea datang, mesti kena catat. Kalau tidak nanti Nurul akan lupa. Tapi catat macam mana? Hehehe.


Kita selalu dengan pasal planner kan? Tapi pernah tak korang dengar tentang Blogger Planner? Haaaa. Ada yang tak pernah dengar kan. Dalam planner biasa takde blogger planner. Kita yang kena create sendiri. Tapi macam mana?

Ok, ada sesetengah orang setiap tahun je mesti beli planner baru. Kalau planner murah takpe jugak. Tapi kebanyakan planner kalau tak cecah RM50 - RM100 tu memang tak sah. Mahal kot. Takkan la setiap tahun nak beli kan. Tulis pun bukan penuh satu buku. Kan da membazir tu.

And now Nurul nak share dengan korang macam mana caranya untuk korang buat planner sendiri hanya menggunakan NOTEBOOK. Alaaaa. Notebook yang ada dekat kedai-kedai tu. RM2 dah boleh dapat :D Planner Nurul semua Nurul diy sendiri sebab puas hati bila tengok dan kita boleh tambah apa je yang kita nak. Best kan? :D Ok, jom kita tengok macam mana Nurul buat planner sendiri. Hanya gunakan barang yang mudah didapat sahaja tau ^^




PERALATAN YANG DIPERLUKAN
  • Notebook
  • Color pen & black pen
  • Sticky Notes
  • Sticker

Jadi, ini je yang korang perlu kan. Dan jom kita mendecor. Hehehe. Bab mendecor dan apa yang korang nak ada dalam planner tu terpulang pada korang. Apa yang penting, korang masukkan. Contoh macam Nurul buat ni simple je. Sebab Nurul rasa ni sahaja yang Nurul perlukan. Kalau korang nak tengok contoh pun boleh :)




Ni bahagian Monthly Planner Nurul. Kan ada sesetengah yang suka buat weekly planner kan. Tapi Nurul tak suka. Bahagian kalender Nurul sekalikan. Lagi senang dan jimat space :D



Ni bahagian Notes. Nurul suka letak sticker merata-rata. Nampak comel. Hehehe



Ok, bahagian To Do List ni sangat perlu untuk ada dalam setiap planner. Biar kita tulis dan ingat apa yang kita nak. Kalau lupa kan boleh ada rujukan :D



Bahagian ni Nurul nak highlight kan. Sebagai blogger Nurul rasa Nurul perlu ada benda ni. Ni dipanggil sebagai Weekly Post Planner. Bahagian ni korang boleh tambah dalam planner korang. Dekat google atau dekat youtube banyak contoh. Korang boleh ikut atau ubah dengan cara korang tau.


Sebenarnya banyak lagi bahagian dalam planner Nurul. Tapi tu semua Nurul tambah je. Jadi yang ni paling penting. Korang kalau ada idea sendiri, lagi digalakkan tambah. Biar puas hati kita tengok planner kita tu. Jadi, senang je kan planner Nurul ni. Kos keseluruhan hanya RM20 je tau. Memang jimat dan paling best kita boleh decorate apa je yang kita nak :D

So, boleh la korang cuba :D





You Might Also Like

36 Comments

  1. rajinnya dia buat diy planner. kalau kinah beli je la tak sempat nak diy semua tu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. Nurul lagi prefer diy sendiri.. sebab memang favourite kan >.<"

      Delete
  2. wah <3 comelnye ... kalau jual mesti ramai beli kikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. alamak.. takde la fikir sampai ada orang beli.. :D

      Delete
  3. Wahh comelnyaa.. sy awal2 ja semangat bwat planner haha~
    lepas tue planner ntah hilang pi mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. biasa da tu.. tapi planner ni dah macam keperluan harian.. setiap masa kena bawak.. :D

      Delete
  4. kalau org kretif senua boleh.... mcm unni.. emmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. aippp.. Nurul tak kreatif pun unni.. hehehe.. tapi Nurul banyak tengok youtube untuk ideas2 planner :D

      Delete
  5. Rajin nurul buat. Comel & murah pulak tu

    ReplyDelete
  6. Cantiknya syahirah buat . Wani pun minat juga buat benda macam nie tapi kekadang tak ada masa . Rajin shahirah , bagus , hehe .

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. kadang2 memang takde masa.. tapi bila da ada masa tu terus menghadap.. heee ^^

      Delete
  7. Cantiknya syahirah buat . Wani pun minat juga buat benda macam nie tapi kekadang tak ada masa . Rajin shahirah , bagus , hehe .

    ReplyDelete
  8. Good idea. Bagi akak idea buat planner sendiri. Tiap2 tahun akak beli sebab x sekreatif nurul

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. Nurul malas nak beli planner sebab fikir nanti tak guna dan nak save budget :D

      Delete
  9. Bestnyaaaaa. dulu masa zaman universiti kite pun suka buat diy palnner sendiri. sekarang dah bekerjaya guna planner yg opis bagi je. xde hias2 pun sbb x sempat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. betul tu.. kebanyakan zaman belajar je buat.. :D

      Delete
  10. mmg bagus buat planner n my daughter pun tak ketingglan..good sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh.. best tu dari kecil dah suka buat planner.. tq kak :D

      Delete
  11. That's so creative Nurul. Cantik pulak tue.

    Nice nice <3

    ReplyDelete
  12. rajin dan kreatif sungguh.

    www.liahasty.com
    afbmy

    ReplyDelete
  13. Fall in love with yr DIY. I terus follow blog u. Jum singgah blog beeha. https://beehaazman19.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. alamak, cantiklah awak, eh planner,

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa.. hamboi ~ Otai singgah sini laa.. terima kasih kak :D

      Delete
  15. rajinnya syahirah, tulisan pun comel..hihi nnt sha nak buat sha rujuk entry ini ya
    #afbsupport blogwalking dr www.opzzpinky.my

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Suscribe Us