Dapatkan Kulit Muka Yang Sihat Bersama Bliv - Syahirah Valiant

September 16, 2017

Dapatkan Kulit Muka Yang Sihat Bersama Bliv


Alhamdulillah. Kali ni kotak comel Bliv pula muncul depan rumah. Nurul terfikir juga pada awalnya. Ada ke Nurul order barang. Rasanya macam takde. Then baru teringat tentang email yang bliv ajak untuk collaboration. Rupanya ni la dia. Hehehe. Beauty product sekarang ni guna box macam ni je kan. Memudahkan pelanggan dan barang dalam tu pun dijamin selamat. Apa yang ada dalam kotak ni? Tunggu tunggu. Hehehe :D



" Healthy Skin begins with healthy pores "

Sebelum Nurul bongkarkan apa yang ada dalam tu, Nurul nak share dengan korang pepatah atau tagline yang digunakan oleh Bliv. Memang maksud yang sangat bagus untuk mendapatkan kulit muka yang sihat. Ramai orang nak cantik. Tak kira la lelaki ataupun perempuan. Cuma apa usaha kita untuk mendapatkan result yang sedemikian rupa? Haaaa ~ Jom kita tengok apa yang pihak Bliv tawarkan untuk Nurul. 



Buka-buka je box ni, ada surat cinta dari Bliv. Hehehe. Terima kasih Bliv sebab sudi berkolaborasi dengan Nurul. Serious hargai sangat-sangat. Dan Nurul dapat mask. Yeahhhh ! Nurul da la addicted dengan mask. Nurul suka kumpul dan pakai pelbagai jenis mask. Bila pakai mask Nurul dapat rasa yang kulit muka Nurul ni dapat nutrient yang diperlukan. Ni dapat lagi. Alhamdulillah :D



B.LIV HYDRATE AWAY
Moisturizing bio-cellulose mask

Kulit kita sentiasa terdedah kepada faktor luaran seperti penyaman udara dan pendedahan matahari yang menyebabkan kulit kita kering. Berikut adalah cara mudah untuk mengekalkan tahap hidrasi kulit dengan hasil yang telah terbukti. Bliv hydrate away moisturizing bio-cellulose mask menjamin anda dengan peningkatan 15.6% dalam tahap penghidratan kulit selepas pemakaian dan tahap penghidratan kulit kekal walaupun selepas 4 jam.

Moisturizing bio-cellulose mask ini berkuasa dengan mineral dan asid amino untuk menghidrat, membaikpulih dan membersihkan kulit anda. Di samping itu, struktur mask ini direka khas pada 30 nanometer yang 1/1000 kali lebih nipis daripada rambut manusia agar ianya lebih sesuai untuk menyerap di celah-celah kedutan yang membolehkan penyerapan intipati secara maksimum. Hebat kan? 1 paket mask ni mempunyai 4 pieces untuk kita gunakan.


PENGGUNAAN :

1. Buka paket dan tanggalkan pelekar dari kedua-dua belah mask.
2. Letakkan mask di muka dan ratakan di seluruh muka.
3. Tanggalkan mask selepas 15-20 minit dan sapukan lebihan mask tersebut ke seluruh muka anda.
4. Untuk keputusan yang terbaik, gunakan mask ini 2-3 kali seminggu.


BAHAN-BAHAN :

1. ORGANIC ALGAE
Ekstrak microalgae laut dalam yang dipenuhi dengan mineral dan asid amino membantu menenangkan nada kulit, menjelaskan, membaiki dan melindungi kulit dari kerosakan radikal bebas.

2. EKSTRAK BERAS
Kaya dengan asid amino dan pro-vitamin B5, ekstrak tumbuhan yang kuat ini mempunyai sifat untuk memegang molekul air. Oleh itu, ianya akan menyumbang kepada pelembapan kulit yang berterusan.

3. ASID HYALURONIK
Dikenali sebagai HA. Ia memegang air 1000 kali berat untuk menjaga kolagen terhidrat dan menjadikan kulit muka kita sentiasa tampak muda.




B.LIV SOOTHE ME NOW
Soothing bio-cellulose mask

Adakah kulit anda mengalami kemerahan dan ketidakselesaan yang disebabkan oleh tekanan? Bliv soothe me now soothing bio-cellulose mask berfungsi dengan tepat apa yang anda perlukan. Mask ini direka khas memberikan kelegaan yang menenangkan dan meremajakan kulit muka anda.

Penambahbaikan yang ketara kepada keseluruhan keadaan kulit diuji secara klinikal dengan keputusan terbukti selepas 28 hari berturut-turut digunakan. Pada sesiapa yang mengalami kulit kering memang sesuai untuk menggunakan mask ini. Kulit anda akan lembut dan sentiasa lembab. Dan yang paling penting, ianya akan mengurangkan tekanan yang mengakibatkan kulit muka kita berkedut.


BAHAN-BAHAN :

1. BUNGA IMMORTELLE ORGANIK
Kilang Mediterranean juga dikenali sebagai tumbuhan kekal mempunyai umur yang panjang yang luar biasa dan ia tidak pernah pudar walaupun dipetik.

2. SOOTHING PEPTIDE (ACETYL TETRAPEPTIDE-15)
Tetrapeptide membantu meningkatkan kepekaan kulit melalui kesannya yang menyenankan dan berkesan mengurangkan sensasi ketidakselesaan.

3. ASID HYALURONIK
Dikenali sebagai HA. Ia memegang air 1000 kali berat untuk menjaga kolagen terhidrat dan menjadikan kulit muka kita sentiasa tampak muda.




B.LIV AGE ERASER
Youth preserving bio-cellulose mask

Bliv age eraser youth preserving bio-cellulose mask ini menghasilkan kesan yang sangat bagus untuk kulit anda. Ianya dapat membantu memulihkan kulit muka anda untuk kelihatan lebih muda daripada umur yang sebenar. Mask ini mempunyai kolagen yang diperlukan untuk kulit muka kita.


BAHAN-BAHAN :

1. PALMITOYL HEXAPEPTIDE-12
Bertindak seperti botox yang melonggarkan garisan yang kelihatan sambil melegakan rasa sensasi dan ketidakselesaan.

2. PALMITOYL TETRAPEPTIDE-7
Melegakan dan melindungi kulit daripada tekanan oksidatif yang disebabkan oleh gula, alkohol, cahaya UV, pencemaran alam sekitar dan tekanan.

3. ASID HYALURONIK
Dikenali sebagai HA. Ia memegang air 1000 kali berat untuk menjaga kolagen terhidrat dan menjadikan kulit muka kita sentiasa tampak muda.



Jadi, tunggu apa lagi. Jom kita grab mask bliv ni. Memang best sangat tau. 1 paket boleh guna sampai 4 kali. Selalunya kita beli mask 1 paket boleh guna sekali je kan. Mask addicted macam Nurul memang kena grab. Boleh la kita buat spa dekat rumah :D



KETERANGAN LANJUT DI :







8 comments:

  1. Bestnya.. Sha pun dah tersuka dekat mask.. Kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. mask ni bila pakai memang rileks je muka kita :D

      Delete
  2. wah macam best la mask ni...boleh la cuba nanti

    ReplyDelete
  3. Best juga mask ni, boleh guna sampai 4 kali ...

    ReplyDelete
  4. aira pun tengah addicted dengan mask skrg ni :D

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D