Bekerja Sekejap, Kemudian Berhenti | Tips Untuk Mencari Kerja Yang Sesuai Dengan Minat Dan Bakat

By Nurul Syahirah - September 26, 2017

Image result for works

Zaman sekarang peluang untuk mendapatkan pekerjaan memang agak limited. Lagi-lagi untuk para fresh graduate. Yela kan ~ Fresh graduate bukannya ada pengalaman kerja lagi pun. Tu yang kita kena ada pengalaman untuk dapatkan kerja yang lagi bagus. 

Tapi sebenarnya, kita yang dah ada pengalaman pun ada problem untuk mendapatkan kerja. Kenapa? Yela kan. Bila dah dapat kerja tu asyik berhenti je. Mana taknya. Kerja tu tak kena dengan minat atau bakat yang kita ada. Nama pun cari pengalaman, jadi main hentam je kerja apa pun tanpa memilih sebarang kerja.


Macam mana nak cari kerja yang sesuai dengan minat dan bidang kita?

Jom Nurul share serba sedikit tips yang mampu membantu korang dalam urusan mencari kerja ^^


Related image


1) LAKUKAN SESUATU YANG ANDA MINAT

Memang la duit ni diperlukan untuk keperluan harian kita. Tapi kalau fikir pasal duit je sedangkan kita tak minat kerja kita tu pun takde guna tau. Lagi membuatkan kita akan stress. Seriously. Kalau tak pecaya korang boleh try sendiri. Jadi, lebih baik korang buat sesuatu kerja yang mendapatkan duit dan kerja tersebut korang minat.


2) FIKIRKAN TENTANG KERJAYA ANDA SEKARANG

Tak suka kerja yang sekarang? Jangan risau. Sebelum korang berhenti kerja tu, pastikan korang analisis dulu keadaan kerjaya korang sekarang. Apa yang korang tak suka dengan kerja yang sekarang. Contohnya macam korang tak suka kawasan kerja korang ke, kawan-kawan ofis ke ataupun task yang korang buat sekarang. Bila korang dah analisis, korang lebih senang untuk mencari kerja yang sesuai dengan korang.


3) MEMBUAT PENILAIAN KARIER

Apa benda tu penilaian karier? Alaaaa. Soal jawab yang korang pernah jawab time kaunseling. Penilaian ini bertujuan untuk memastikan bidang kerjaya apa yang korang minat.

Image result for penilaian inventori kerjaya


Contoh soalan penilaian karier




Image result for inventori minat kerjaya

Gambar di atas contoh untuk penilaian karier. Korang mesti pernah buat kan zaman sekolah atau zaman universiti dulu. Nurul zaman kolej dulu kemain banyak lagi Nurul buat. Dengan cara ni kita dapat mengetahui bidang mana yang kita minat. Jadi, lebih mudah untuk korang cari kerja yang bersesuaian dengan minat dan bakat korang ^^


4) IKUTI KURSUS YANG SESUAI

Salah satu cara untuk korang tahu kerja apa yang sesuai untuk korang adalah dengan menghadiri kursus kerjaya. Kursus kerjaya ni best tau. Nurul pernah join. Alhamdulillah. Memang tepat sekali apa yang Nurul cari dalam sesuatu kerjaya yang bakal Nurul ceburi. Korang pun boleh cuba ^^


Itu dia tips ringkas yang mungkin akan membantu korang dalam mencari pekerjaan yang sesuai dengan minat dan bakat korang. Ingat ye, cari kerja yang korang minat. Tanpa minat, kita akan buat sambil lewa je dengan kerja tersebut.



  • Share:

You Might Also Like

12 Comments