Bagaimana Menaikkan Trafik Dan Pelawat Blog | Part 1 - Syahirah Valiant

September 02, 2017

Bagaimana Menaikkan Trafik Dan Pelawat Blog | Part 1

flowers, laptop, and pink image

Pertama sekali, Nurul nak maklumkan yang Nurul ni bukanlah seorang blogger profesional. Tips ini merupakan pengalaman Nurul setelah 5 tahun (secara serious) dalam berblogging dan Nurul rasa Nurul patut share dengan korang. Menjadi seorang blogger yang berjaya bukanlah mudah. Ianya mengambil masa yang agak panjang untuk kita berada pada tahap yang tinggi. Setiap blogger pasti ada idola masing-masing kan? Dan Nurul pun ada. Dan setiap kali Nurul nak update blog, Nurul akan buka blog idola Nurul dan kaji bagaimana cara dia menulis. Korang pun boleh buat. Cari seorang blogger yang dah berjaya atau otai blogger untuk dijadikan idola. Lebih pun lagi bagus.



1. TAJUK YANG MENARIK & JUDUL POSTING
Thumbnail? Perlu ke? Yes, sangat-sangat diperlukan sebab ianya membantu pelawat blog anda klik pada pautan tersebut. Thumbnail ni memerlukan gambar-gambar yang manarik tau. Sebab ianya akan dapat menarik secara organik pelawat blog anda tanpa sebarang paksaan. Bagaimana nak dapatkan gambar yang cantik? Anda tidak memerlukan kamera yang mahal dan cukup lah sekadar ada telefon bimbit. Tapi bukan setakat telefon bimbit je ye.

Korang juga memerlukan pencahayaan yang baik. Yang ini korang boleh gunakan lampu bilik ataupun cahaya matahari. Contoh macam Nurul, lampu bilik Nurul ni agak cerah dan cantik. Ianya sangat sesuai untuk membuat photoshoot. Jadi Nurul sediakan satu tempat untuk photoshoot dan pencahayaan daripada bilik Nurul sendiri. 

Dan seterusnya adalah tajuk post anda. Nurul bukanlah pandai pun nak buat tajuk post yang hebat-hebat. Tetapi Nurul akan menitikberatkan tentang keyword. Keyword ni sangat penting untuk pelawat membuat carian dan carian tersebut akan ke blog anda. Jadi, anda memerlukan serba sedikit kajian sebelum membuat sesuatu post.



2. NAMAKAN SEMULA DAN UBAH SAIZ IMEJ SEBELUM MEMUAT NAIK POST ANDA
Nampaknya agak mudah tetapi ini sangat penting bagi sesebuah posting. Anda perlu menamakan semula gambar di folder gambar sebelum memuat naik gambar tersebut. Tujuannya adalah untuk memudahkan seseorang pelawat membuat carian di google image dan ianya akan menonjolkan blog anda. Jika gambar anda menarik, pelawat tersebut akan klik blog anda. 

Dan jangan lupa untuk ubah size gambar juga ye. Jangan terlalu besar atau terlalu kecil.Jika terlalu besar, gambar anda akan menjadi pecah dan jika terlalu kecil, gambar anda sukar untuk dilihat oleh pelawat yang datang ke blog anda.



3. UBAH SAIZ IMEJ ANDA
Ini akan kita nampak dalam bahagian berat blog kita. Jika blog kita terlalu berat, ia akan menyukarkan dan pelawat blog anda akan menunggu dengan lama. Nurul pun tak suka singgah blog yang loading dia terlalu lama. Jika pada pendapat Nurul, Nurul lebih suka menggunakan saiz X-Large atau Original Size. Gambar tersebut akan terang dan mengikut kapasiti blog.



4. AKTIF
Sentiasa update blog anda. Jadi blog anda akan sentiasa berada di atas senarai blog orang lain. Ia boleh menjadi satu teknik jualan yang mudah. Jangan sebulan sekali je update blog. Paling kurang pun sila update blog seminggu sekali. Dan teknik paling bagus dalam update blog adalah setiap hari.

Tiada masa? Jangan risau. Anda perlu menyediakan satu hari untuk anda free update blog. Update sebanyak mungkin dan sila schedule kan post tersebut.



5. JADI BLOGGER PERAMAH DAN RAJIN BLOGWALKING
Ok, ni sangat dititikberatkan dalam dunia blogging. Anda nak orang lain singgah ke blog anda? Jadi anda perlu singgah ke blog mereka dahulu. Dan jangan lupa tinggalkan komen. Blogger lain suka dengan teknik ini. Ia akan memudahkan kita untuk mencari kawan baru. Dan jangan lupa, ianya akan menaikkan trafik blog anda :D


wallpaper image

Sebenarnya ada banyak lagi. Tapi setakat ni sahaja yang Nurul sharing dan Nurul rasakan 5 langkah ni amat penting untuk dipratikkan oleh setiap blogger. Nak berjaya? Jangan malas. Buang perasaan tersebut. Blog bukan sahaja sebuah diari dan tempat anda sharing ilmu, malah ianya menjadi tempat anda mencari rezeki. :)


Orang yang rajin pasti akan dapat hasilnya ....




21 comments:

  1. Tq nurul. Tips yang sangat bagus

    ReplyDelete
  2. thank u share tips.. share lagi tips2 best hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. most welcome sis.. hehehe.. In Sha Allah, nanti Nurul share tips2 yang best lagi ye ^^

      Delete
  3. Setuju dengan tips yang dikongsi... memang berkesan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. kalau dipraktikkan memang berkesan..

      Delete
  4. Setuju dengan semua point, tambah2 yang number 5. Kalau kita tak singgah blog orang, macam mana orang nak datang blog kita kan, kenal pun tak. So Mai selalu rajinkan diri tegur blogger sana sini, haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. betul tu.. Nurul pun suka tegur2 blogger yang lain.. dari situ kita akan dapat pelawat :D

      Delete
  5. Tips yang berguna :) Siqah nak kena ambil masa untuk edit balik gambar lama. Huhu. TQ nurul for the tips :) Tunggu part 2 pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. most welcome siqah.. part 2 nanti Nurul share :D

      Delete
  6. Tips yang bagus . Tambah-tambah pada newbie blogger

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. newbies kena apply benda ni..

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D