Atasi Masalah Kulit Kering Hanya Dengan 2 Langkah Mudah

Tuesday, September 12, 2017

Jenis kulit muka ni lain orang lain jenisnya ye. Nurul ada ulas macam mana kita nak tahu jenis kulit muka kita macam mana DI SINI. Hari ni kita fokus kepada yang mempunyai masalah kulit kering. Memang la kulit berminyak ni kita tak selesa. Tetapi, kalau kulit tu dah kering sangat, ada yang sampai bersisik, korang selesa tak? Nak keluar rumah pun malu kan?

Macam mana kulit kering sampai boleh jadi bersisik tu? Nanti ye Nurul tunjukkan. Tapi sekarang ni Nurul nak tanya, kenapa kulit kita boleh jadi kering? Mungkin salah pakai pencuci muka yang dikhaskan untuk kulit berminyak? Atau mungkin kita tak pakai moisturizer? Atau kulit muka kita sendiri yang tak cukup nutrient. Hurmmm ~ Mana satu ye.

Image result for dry face skin

Keadaan kulit muka yang kering juga akan menyebabkan kita rasa tidak selesa dan mungkin akan menyebabkan muka kita menjadi gatal. Tu yang bila garu boleh jadi luka. Tapi apa puncanya? Selalunya ia berpunca kepada kita kurang minum air masak. Mana taknya. Kerja nak minum air manis je kan. Air masak tak nak usik. Itu lah sebabnya. Jadi kena pantau cycle kita minum air ye.

Jom Nurul bongkarkan 2 LANGKAH MUDAH untuk korang dapatkan kulit cantik dan lembut bak kulit bayi. Siapa nak meh dekat sini. Tiada satu pun Nurul tinggal tau. Tapi ini khas untuk sesiapa yang ada masalah kulit kering.


1. PENGAMBILAN NUTRISI YANG LENGKAP DENGAN PROTEIN, VITAMIN C DAN E

Penggunaan Vitamin E adalah yang terbaik. Vitamin E dapat melembapkan kulit dari dalam selain memperbaiki kerosakan sel kulit. Bila kita makan Vitamin E ni, bukan sahaja kulit akan jadi cantik, kalau yang ada masalah bibir pecah-pecah pun sangat digalakkan untuk makan Vitamin E. Kenapa Vitamin E Shaklee dapat memberikan kesan yang sangat best? Sebab kandungan Vitamin E ada bersama dengan selenium. Selenium membantu penyerapan Vitamin E dengan lebih berkesan.

Vitamin C membantu melembapkan kulit dan membentuk kolagen agar nampak lebih anjal dan muda. Protein ESP pula adalah sumber protein yang menjadi makanan sel tubuh badan. Kerosakkan sel menyebabkan kerosakan kulit. Jadi, sel tersebut perlu dipulihkan dan dibaiki semula secara semulajadi.







2. PENGAMBILAN AIR YANG SECUKUPNYA

Pengambilan air sebanyak 2-3 liter sehari dengan istiqomah dapat membantu memberi kelembapan kulit anda. Mungkin pada permulaan korang terpaksa ulang alik ke bilik air. Hehehe. Macam Nurul juga. Tapi bila korang dah biasa amalkan, ianya takkan membebankan korang malah ianya akan memberikan korang kebaikan yang super duper best !


Jadi, hanya dengan 2 langkah ni je korang mampu hilangkan kulit kering korang tu tau. Tak susah pun. Tapi yang penting kena rajin la ye. Kenapa korang perlu membazir untuk mencuba produk lain yang mungkin berkesan tetapi ada kesan sampingan? Ada yang pernah kena kan. Jadi, takkan la korang tak serik-serik lagi. Fikir-fikirkanlah ye :)






You Might Also Like

2 Comments

  1. Dulu rajin minum air sampai 3 liter, sekarang ni malas betul. 2 liter pun tak cecah. Kulit pun makin kusam

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. jangan.. air kena cukup tau ^^

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Suscribe Us