8 Simptom Pre Eklamsia Yang Mungkin Menjejaskan Kehamilan

Sunday, September 03, 2017


Apa itu PRE-EKLAMSIA? Rata-rata mesti jarang atau tak pernah dengar kan? Nurul akan share dengan korang serba sedikit tentang pre-eklamsia ni. Mungkin sebelum ni korang tak pernah nak tahu. Lepas ni kena alert dan lebih berhati-hati ye terutama sekali untuk ibu-ibu hamil.


PRE-ECLAMPSIA merupakan keadaan yang hanya berlaku semasa mengandung di mana diagnosis dilakukan untuk mengesahkan gabungan antara stress + darah tinggi (hypertension) + protein dalam air kencing. Kebiasannya berlaku selepas minggu ke 20 kehamilan. Pre-eclampsia menjejaskan kira-kira 2-6% kesihatan ibu yang pertama kali hamil.

Buah pinggang merupakan organ pertama yang mendapat komplikasi dari penyakit pre-eclampsia sebab tu kalau nak tahu yang korang merupakan pesakit pre-eclampsia atau tidak, ujian air kencing perlu dilakukan untuk memastikan kandungan protein dalam air kencing. Kalau banyak protein, memang SAH la korang mengalami pre-eclampsia dan semakin tinggi kandungan protein, semakin teruk keadaan pesakit.


SIAPA YANG BERISIKO MENGALAMI PRE-ECLAMPSIA?

7 daripada 100 wanita yang hamil mengalami pre-eclampsia ringan manakala eclampisa jarang berlaku dan hanya 1 daripada 100 pesakit pre-eclampsia yang mengalami eclampsia. Tapi, hampir 44% berlaku selepas proses kehamilan ( selepas bersalin ).

Punca pre-eclampsia ni sebenarnya tidak diketahui tapi ada beberapa faktor yang mungkin boleh dijadikan punca iaitu kehamilan pertama atau jarak kehamilan yang lama dari anak yang sebelumnya. Dah macam orang merancang kehamilan kan :D


RISIKO PRE-ECLAMPSIA

Setiap kali pre-natal check up akan ada buat ujian air kencing kan? Masa tu korang dah boleh dapat tahu sama ada korang mengalami pre-eclampsia atau tidak. Selain itu, doktor pun boleh buat ujian pemeriksaan buah pinggang dan ultrasound Doppler untuk mengukur kecekapan aliran darah ke plasenta.

Tapi ! Kalau korang :
  • Berumur 40 tahun atau lebih
  • Masalah kegemukan ketika hamil ( obesiti )
  • Mempunyai masalah perubatan kronik yang menjejaskan sistem darah termasuk tekana darah tinggi, SLE, masalah buah pinggang atau diabetes
  • Mengandung anak kembar
  • Mempunyai sejarah pre-eclampsia dalam keluarga
  • Pernah mengalami pre-eclampsia ; satu daripada lima adalah pesakit berulang

Kena lebih berhati-hati tau. Walaupun tiada rawatan untuk menyembuhkan pre-eclampsia semasa hamil tetapi ianya boleh dikawal. Jadi, jangan lah risau ye. As long as korang boleh control, ianya akan ok. In Sha Allah. :)



Pre-eclampsia mengurangkan aliran darah ke plasenta dan boleh membahayakan baby dalam kandungan kerana ianya menyekat tumbesaran baby sebab oksigen atau nutrien tak sampai ke baby. Kira baby dalam kandungan akan tidak cukup oksigen.

Kalau tidak dikawal dengan baik, pre-eclampsia boleh melarat menjadi eclampsia dimana tekanan darah korang sangat lah tinggi dan merisikokan baby. Eclampsia boleh menyebabkan sawan dan melarat sehingga koma dan meragut nyawa. Kena lebih berhati-hati ye.



SIMPTOM PRE-ECLAMPSIA
  • Peningkatan berat badan secara mendadak
  • Bacaan tekanan darah tinggi 140 / 90 ke atas
  • Bengkak terutamanya di tangan dan muka
  • Mengalami pedih ulu hati
  • Sakit kepala terutamanya dibahagian hadapan kepala
  • Kebas-kebas pada tangan
  • Mempunyai 0.3 gram atau lebih kandungan protein dalam sample urin dalam tempoh 24 jam
  • Pandangan kabur


RAWATAN PRE-ECLAMPSIA

Bergantung pada usia kandungan korang. Kalau kandungan korang dekat dengan jagkaan tarikh bersalin ( EDD ) dan baby korang cukup matang, doktor mungkin akan paksa awalkan kelahiran. Tapi kalau baby tak cukup matang, mungkin doktor akan mengesyorkan :

  • Rehat + posisi tidur yang betul iaitu berbaring dirusuk sebelah kiri kerana posisi tersebut membolehkan darah mengalir secara optimum untuk saluran utama iaitu vena cava
  • Menjalankan pre-natal check up secara konsisten
  • Kurangkan garam dalam diet harian
  • Minum sekurangnya 8 gelas air masak sehari bersamaan 3 liter air
  • Menukar kepada diet sihat mengikut panduan daripada doktor
  • Pengambilan supplement untuk melengkapkan nutrisi ibu dan baby


Jadi, korang dah check up? Hehehe. Baby boy or baby girl? :D









You Might Also Like

0 Comments

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Suscribe Us