7 Tips Menggunakan Laptop Secara Sihat - Syahirah Valiant

September 17, 2017

7 Tips Menggunakan Laptop Secara Sihat

white, home, and decor image

Kita semua majoriti memang menggunakan laptop kan. Kalau PC ni jarang orang guna sebab sekarang ni kita cari sesuatu yang mudah dibawa ke mana sahaja. Betul tak? Salah satunya merupakan laptop. Kalau untuk seorang blogger memang laptop ni adalah sesuatu yang amat penting. Yela kan ~ Dengan laptop kita boleh update entri atau edit gambar. Untuk yang bekerjaya pun laptop merupakan salah satu benda yang sangat penting.

Tapi pernah tak kita terfikir bagaimana kedudukan yang betul atau tepat sekali kedudukan yang sihat untuk kita menggunakan laptop ni? Adakah secara menelentang? Atau secara duduk? Haaaaa. Macam-macam gaya kita gunakan kan? Nurul pun gitu. Hehehe. Tapi hari ni Nurul nak share dengan korang 7 tips menggunakan laptop secara sihat. Stay tune ^^


1. POSISI DUDUK YANG BETUL

Posisi Duduk Yang Benar Menggunaka Laptop

Kedudukan kita duduk adalah sangat penting untuk kita perhatikan. Cara ni korang kena letak laptop korang sejajar dengan mata supaya kita tak bongkok bila melihat laptop tu. Faham-faham la kan kalau kita membongkok apa jadi. Pinggang kita pun akan sakit. Kalau boleh, letak laptop korang di atas meja tak kira meja apa sekalipun asalkan korang dapat kedudukan yang selesa.

Dan peringatan untuk korang. Jangan sesekali letak laptop dekat atas peha korang. Selalu je kan nampak gaya orang hadap laptop dengan letak atas peha? Jangan k. Macam-macam kemungkinan akan jadi sebab radiasi laptop ni agak kuat disebabkan bahang yang terhasil daripadanya.

Pernah tak korang guna laptop secara menelentang? Apa yang korang rasa? Hehehe. Tak sampai 5 minit leher korang akan sakit kan. Sama la macam Nurul. Memang dulu favourite posisi Nurul. Tapi tengkuk tu sakit la. Last-last memang tak buat gitu da.


2. ADJUST KECERAHAN LAYAR 

Yang ni kita sendiri pun tahu kan. Kalau cerah sangat nanti mata kita yang sakit. Kalau gelap sangat pula nanti tak nampak. Jadi korang perlu adjustkan kecerahan laptop korang tu ikut keselesaan. Sebab kalau laptop kita ni terlebih cerah, mata kita akan automatik rasa sakit kan. Atau tepat sekali rasa pedih.

Bukan itu sahaja. Laptop yang terlampau cerah pun akan memakan lebih banyak bateri. Lagi pula kalau kita time tu nak jimat bateri. Lagi-lagi kita dekat luar kan. Jadi, layar yang sesuai untuk anda amatlah penting untuk keselesaan anda membuat kerja.


3. GUNAKAN MOUSE

Laptop kita ni memang dah tersedia touchpad kan yang fungsi dia sama je dengan mouse. Tapi, korang hanya dapat bertahan sekejap je menggunakan touchpad ni. Hehehe. Betul tak? Agak sukar lagi-lagi pada siapa yang membuat design blog. Mouse adalah teman setia kita.

Dan tambahan lagi, kalau korang gunakan mouse, pergelangan korang takkan sakit atau lenguh. Touchpad ni kecil dan kita nak tekan pun kadang-kadang kemain susah nya lagi. Jadi, pergi la cari mouse cepat-cepat ye :D


4. PASANG SCREEN PROTECTOR

Screen protector ni yang Nurul pernah nampak adalah untuk PC. Untuk laptop mungkin ada sebab Nurul pun tak pernah guna untuk laptop. Kalau PC memang ada. Screen protector ni bertujuan untuk menghalang mata kita direct ke layar yang boleh mengakibatkan radiasi.

Pernah dengar kan kalau mata kita ni terlebih nampak cahaya akan menyebabkan masalah katarak. Atau mata kita ni sukar untuk berkelip sebab air mata dah kering. Kiranya teori sains la ye. Atau korang tak nak pasang screen protector? Boleh. Korang sediakan satu cermin mata khas untuk menghadap laptop. Bukan untuk orang rabun pun ada. Dekat kedai cermin mata memang ada khaskan protector untuk kita menghadap laptop.


5. BERKELIP DENGAN SELALU

Pernah tak bila kita dah terlalu fokus sehinggakan mata tak berkedip? Hahaha. Jangan gelak k. Tapi memang hakikat. Kita tengah fokus apa kita tahu kan. Jadi, berkedip la mata tu sikit ye. Biar mata tu basah. Jangan sampai kering. Macam yang Nurul cakap tadi, kalau kita dah kerap menghadap laptop, ianya akan membuatkan mata kita agak kering. 


6. LAKUKAN EXERCISE RINGAN

Bila dah seharian menghadap kan. Mesti la badan kita pun akan lenguh-lenguh. Lagi-lagi kalau dekat ofis. Memang sakit buntut dan pinggang kan. Opsss ! Hehehe. Tapi itu lah hakikat. Jadi korang kena adakan exercise sikit untuk regangkan balik otot-otot tu.

Apa yang Nurul buat? Nurul akan mengeliat sikit, letup-letupkan jari dan acah pergi toilet sebab dah duduk lama sangat. Hehehe. Jadi, korang pun boleh buat :D


7. REHATKAN MATA

Mata merupakan bahagian tubuh badan kita yang mudah sangat letih. Jangan korang paksa mata korang untuk bekerja terus-terusan. Kesian mata tu kan. Dia pun nak rehat. Rehatkan mata korang dengan pejamkan mata sekejap. Atau dalam 30 minit, korang jangan pandang screen laptop atau PC. Kalau boleh letak pokok kecil dekat ofis atau bilik korang, better korang letak. Jadi bila nak rehatkan mata tu korang boleh pandang pokok menghijau tu. Boleh dikatakan sebagai treatment mata juga.



Jadi, itu sahaja tips daripada Nurul. Untuk kita menghadap laptop pun ada caranya tau. Semoga dengan tips ni takde la sebarang kesan negatif bila kita menggunakan laptop. In Sha Allah. Semoga ianya bermanfaat untuk korang semua ye ^^



15 comments:

  1. letihkan asyik hadap laptop je huhu jom rehatkan mata hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. itu la.. sekali sekala kena rehatkan mata :D

      Delete
  2. Terima kasih tekan tips tips ini. Beeha tak penah ambil berat langsung pasal ni. Patutla selalu sakit kepala kalau tengok laptop lama lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama beeha.. so lepas ni ada cara untuk tak seksa diri kita :D

      Delete
  3. Tips yang kurangkan kecerahan tu selalu akak buat. Terang sangat sakit mata huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. sama la kita.. kena adjust.. kalau tidak nanti rosak mata..

      Delete
  4. kecerahan laptop memang kena adjust.. sakit mata tauu

    ReplyDelete
  5. Patutla saya kurang selesa akibat terlalu lama depan laptop..

    Tiada lakukan exercise

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. lepas ni kena buat exercise sikit :D

      Delete
  6. part posisi duduk tu memang bermacam cara buat sebab lenguh. hehe

    ReplyDelete
  7. Bahaya jugak pada mata kalau asyik mgadap laptop or komputer . Tapi CCL kerja tiap2 hari perlu hadap komputer ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la dengan Nurul ni.. sebab tu kena standby cermin mata.. hehehe :D

      Delete
  8. Saya memang jenis mengadap laptop ni 24jam haha. Thanks for sharing :)

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D