6 Cara Mudah Untuk Mendapatkan Pekerjaan - Syahirah Valiant

September 16, 2017

6 Cara Mudah Untuk Mendapatkan Pekerjaan

Image result for need work

Mencari pekerjaan yang sesuai dengan kita bukan lah semudah ABC. Ianya mengambil sedikit masa dan perlukan kepakaran kita tersendiri. Sebenarnya ada cara untuk memudahkan kita mendapatkan pekerjaan. Jangan lupa ikuti 6 cara ini untuk anda mendapatkan pekerjaan yang anda inginkan.




1. JANGAN CARI KERJA SELEPAS 3 BULAN TAMAT BELAJAR


Ada orang lebih suka bercuti-cuti Malaysia dulu sebelum memasuki alam pekerjaan ini. Penat belajar la kan, nak travel dulu, nak habiskan masa tengok semua episode drama korea yang tergendala tu. Jangan buat macam ni ye. Korang tahu tak kawan-kawan korang yang lain sewaktu tahun terakhir dah sibuk terkejar sana sini untuk cari kerja tapi korang rileks je lagi.

Bila korang mula untuk mencari kerja selepas satu tempoh bercuti, itu tak menjamin korang bakal dapat kerha serta-merta. Macam mana kalau ianya mengambil masa berbulan-bulan? Tak ke korang dah menganggur untuk jangka masa yang lama? Nanti bila bakal majikan tanya apa korang akan jawab? Menganggur untuk masa yang lama tanpa sebarang kerja sampingan ini akan memberikan bad impression seakan korang malas untuk berusaha mencari kerja.



2. SIAPKAN DIRI DENGAN SEGALA SKILL YANG BERBALOI


Apa yang korang belajar dekat universiti itu hanyalah akademik semata-mata. Memang akademik tu penting tapi kemahiran juga sama pentingnya. Bila bakal majikan korang nampak yang korang boleh buat itu dan ini, maksudnya korang ni sangat berkebolehan dan rasa kagum dengan diri korang. Jadi, jangan sesekali korang buang masa di kolej dulu tanpa join mana-mana kelab.

Sekurang-kurangnya, jika kerja yang dimohon kena reject, korang tak perlu nak risau sebab korang ada skill yang diperlukan untuk kerja yang lain pula. Untuk belajar skill ni bukannya susah. Pergilah daftar diri dalam kelas-kelas kemahiran percuma ataupun ambil masa untuk belajar sendiri.



3. PASTIKAN RESUME KEMAS


Sekali lagi ditekankan, resume ni sangat penting bila korang nak memohon sesuatu pekerjaan. Resume ni perkara pertama diambil kira time korang apply kerja. Resume ni terkandung semua maklumat yang bakal majikan korang perlukan dan jika tersalah langkah, alamatnya resume korang ni ditolak tepi.

"Satu kajian menunjukkan bahawa secara purata, kakitangan Sumber Manusia hanya mengambil kira-kira 30 saat untuk meneliti satu resume."

Ringkaskan resume anda sehabis baik dan padatkan dengan maklumat-maklumat yang berkaitan. Kalau boleh, berat korang, tinggi, warna kegemaran dan kesemua yang remeh temeh tu tak perlu masukkan dalam resume korang. Melainkan jawatan yang dimohon memerlukan maklumat yang sedemikian.

Tulis nama anda dengan font yang lebih besar daripada yang lain diletakkan di posisi yang senang untuk bakal majikan baca. Ingat ye :)



4. MOHON SEMUA KERJA YANG BOLEH


Memang betul nak cari kerja ni susah. Tambah-tambah lagi kalau korang nak kerja yang betul-betul sama dengan apa yang korang dah belajar dekat universiti dulu. Tapi sebagai langkah permulaan, mohon la kerja yang berkaitan atau tidak berkaitan langsung asalkan munasabah. Ianya adalah proses untuk mencari pengalaman. 

Mungkin daripada satu posisi, korang akan dilatih dari bawah. Diajar kesemua skill yang diperlukan dan seterusnya maju kehadapan dan jika rezeki berpihak pada korang terus boleh naik pangkat. Haaaa, best kan kalau gitu. In Sha Allah, akan ada rezeki korang.



5. JANGAN KATAKAN TIDAK PADA INTERVIEW

Image result for interview

Dah hantar resume dan tiba-tiba company tu call korang untuk sesi temuduga. Maksudnya korang tinggal selangkah je lagi untuk berjaya. Tapi korang pilih untuk katakan tidak sebab apa? Jangan tau. Kita kena fikir untuk masa depan kita dalam jangka masa yang panjang.

Ada juga yang tak nak pergi interview sebabnya waktu memohon dulu dia main-main je. Bukannya nak sangat jawatan tu. Sebenarnya korang  kena pergi kesemua interview supaya ada la juga pengalaman ke interview. Nurul dulu pun memang takut nak pergi interview sebab takde pengalaman. Bila dah terbiasa, rileks je korang pergi tu. Percaya lah. Walaupun ada la sikit perasaan gementar tu.



6. PRAKTIS SOALAN TEMUDUGA DAN JAWAPAN


Hal interview ni jangan pandang mudah. Sepatutnya sehari sebelum korang hadir ke interview, korang kena praktis dahulu soalan-soalan yang bakal ditanya dan cara untuk menjawab dengan baik. Kalau boleh, cuba cari maklumat mengenai trend soalan yang terkini.

Bukan itu sahaja. Pastikan korang tak lupa untuk mencari maklumat latar belakang mengenai company tu. Jadi tak la korang ternganga nanti bila bakal majikan tanya.


Jadi, itu sahaja tips daripada Nurul. Jangan lupa praktis ye. In Sha Allah, perjalanan korang untuk mencari pekerjaan akan dipermudahkan. Jangan lupa baca doa dan zikir. Mesti dapat punya tu. Hehehe. Semoga korang berjaya dalam dunia pekerjaan. Amin :)




6 comments:

  1. senang cakap kena selalu usaha.

    jangan dok diam saja.

    ReplyDelete
  2. Berdasarkan pengalaman CCL dulu ..lepas habis study memang enjoy sakan , travel mana tempat dlu,puas travel baru mula cari lorong2 kerja .. tapi sebelum nk minta kerja get ready dengan resume. Nanti tak da lah kalut sangat bila dapat interview

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. Nurul lepas habis stdy terus keje.. betul tu.. resume kena sediakan siap2..

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D