5 Tips Mengatasi Masalah Putus Cinta - Syahirah Valiant

September 19, 2017

5 Tips Mengatasi Masalah Putus Cinta

Image result for tips atasi putus cinta

Sesetengah orang mesti pernah mengalami masalah putus cinta atau gagal dalam membina sebuah pernikahan. Perasaan serta situasi yang dialami saat ini memang membuatkan seseorang merasa tertekan. Memang agak susah untuk hilangkan sakit hati malah ada yang hanya waktu yang akan menyembuhkannya.

Komitmen seseorang dalam membina sebuah hubungan terkadang berakhir dengan drama, perpisahan terpaksa dipilih sebagai jalan alternatif terbaik. Namun, adakah pernah anda terfikir bahawa sebenarnya tidak ada satu pun pihak yang menguntungkan.

Sebenarnya memang sangat sakit bila kita alami benda ni. Bukan lah tujuan mendoakan. Tetapi memang boleh dikatakan ramai yang mengalaminya. Nurul pernah alami dan ianya memang ternyata amat menyakitkan. Mungkin masa tu pun Nurul masih budak hingusan lagi. Hehehe. Jadi, untuk yang pernah mengalami putus cinta ni, meh kita hayati tips-tips yang Nurul nak bagi untuk korang. Mana tahu dapat melegakan. In Sha Allah, kumbang bukan seekor dan bunga bukan sekuntum. Lama mana pun kita bercinta dan Allah kata itu bukan jodoh kita, maka putus la juga ye. Jadi, hayati betul-betul ye.


1. DAPATKAN BANTUAN

Walaupun korang dah berusaha sekuat mana dan sedaya upaya korang untuk menyembuhkan diri tapi masih juga gagal, korang kena cuba untuk membuat consultation dengan ahli kaunseling atau psikologi. Mungkin korang akan lega. Jika tak nak, korang lebih rapat dengan kawan-kawan atau ahli keluarga korang sendiri contohnya macam ibu, haaaa. Korang boleh bercerita dengan mereka ni. Tapi Nurul sarankan korang luahkan dekat ibu korang sebab ianya amat-amat melegakan. Nurul dah buat dan memang ternyata berhasil walaupun first tu kena marah. Hehehe. Parents Nurul memang singa sikit bab-bab cintan cintun ni. Agaknya diaorang nak anak dia ni berkahwin tanpa bercinta dulu kut. Hehehe.


2. BUANG SEGALA BARANG YANG MENGINGATKAN TENTANG SI DIA

Kalau time hangat bercinta ni mesti ada je barang yang si dia nak kasi kan? Betul tak? Teddy bear ke, jam ke, baju ke dan macam-macam lagi la. Jadi, Nurul nak korang buang semua barang tu terlebih dahulu sebelum korang nak melupakan si dia. Kalau tak buang dan korang nampak benda tu, memang akan bertambah parah lagi. Kalau tak nak buang, korang sedekah je dekat sape-sape. Contoh macam anak-anak yatim ke. Kan dapat pahala gitu. Hehehe. Pengalaman Nurul, Nurul sedekah je. Tak sampai hati pula nak buang lagipun barang tu semua elok lagi kan.


3. BERFIKIRLAH SECARA DEWASA

Yakin pada diri korang selagi korang tak jumpa jodoh sesuai, memang akan terjadi hal-hal macam ni. Percayalah ~ Allah tak nak kita salah orang. Sebab tu lebih baik kita sakit sekarang daripada sakit lepas dah berkahwin nanti. Dan paling penting, fikir secara dewasa. Anggap itu bukan jodoh korang sebab Allah dah sediakan jodoh yang lebih baik daripada si dia. In Sha Allah, kebahagiaan milik korang. Walaupun ye memang Nurul mengaku, memang agak sukar dan pada masa ni kita akan seperti budak-budak. Tapi jangan ye. Nurul warning tau ! Hehehe.


4. BERGAUL DENGAN LEBIH KERAP

Cara ini memang Nurul suka sangat buat. Bukan sahaja time Nurul putus. Time Nurul sedih atau tension pun Nurul akan buat. Memang recommended sangat untuk korang yang memerlukan. Bergaul la dengan kawan korang atau keluarga. Rajinkan diri untuk join kalau diaorang tengah-tengah lepak. In Sha Allah, memang korang akan lupakan saat kesedihan korang tu.


5. TINGKATKAN KEIMANAN

Putus cinta memang akan menyakitkan hati kita. Kadang-kadang sakit hati tu mengatasi segala-galanya. Dan paling teruk ada yang sanggup bertindak tanpa ikut kewarasan. Please jangan jadi bodoh tau. Maap ayat kasar sikit. Hehehe. Tapi itulah yang dapat menggambarkan perlakuan tersebut. Jangan tau. Berdoa dan terus berdoa kepada Allah. In Sha Allah, hati tu akan sejuk. Allah sayangkan kita sebab tu Allah tak nak kita salah pilih pasangan. Terus bersangka baik dengan Allah, korang akan mendapat kebahagiaan yang korang nak.


Image result for love islam cartoon

Jadi, tiada sebab untuk korang terus bersedih. Memang Nurul tak berkahwin lagi. Tapi dari pemerhatian Nurul, ini yang Nurul dapat dan memang kebahagiaan akan jadi milik kita kalau kita dekatkan diri dengan Allah. In Sha Allah. Jodoh kita takkan salah sebab Allah dah tetapkan sebelum kita lahir lagi. Jadi, apa yang korang nak takut kalau si dia tu tinggalkan korang? Tak jadi yang halal lagi pun. Jadi, let them go. Biarkan. Kita berhak untuk bahagia kan? ^^


4 comments:

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D