5 Langkah Penting Menjaga Miss V Ketika Haid

Sunday, September 17, 2017

tips agar vagina bersih saat haid

Menjaga kebersihan Miss V merupakan perkara yang wajib dilakukan oleh setiap wanita. Lagi-lagi ketika kita sedang haid. Bila tengah haid tu, Miss V anda akan selalu terkena pelbagai serangan bakteria dan parasit yang dapat membuatkan Miss V anda terkena infection. Jadi, anda perlu membersihkan Miss V supaya tetap sihat dan wangi. Tapi, macam mana nak jaga secara bersih bila kita tengah haid? Jom ikuti 5 Langkah Penting Menjaga Miss V Ketika Haid.


5 Langkah Penting Menjaga Miss V Ketika Haid

Miss V sebenarnya berkemampuan untuk membersihkannya sendiri dengan mengeluarkan cecair yang bersifat seperti air liur. Cecair ini membuatkan Miss V kita bersih dan terbebas daripada pelbagai jenis bakteria yang boleh mengakibatkan infection. Tetapi, jika anda tidak membersihkannya dengan betul, Miss V anda berkemungkinan mengalami infection daripada bakteria tersebut.

Dalam satu kajian yang dilakukan di Iran, jika kita menjaga Miss V dengan bersih apalagi ketika datang haid, ianya merupakan salah satu cara untuk mencegah daripada kanser serviks yang selalu menyerang kaum hawa zaman sekarang ni. 


1. MENUKAR PAD DENGAN KERAP 

Mungkin anda pun tak tahu berapa kali sehari kita kena tukar pad. Betul tak? Kadang-kadang ada yang pad tu dia pakai untuk sehari. Aippp ! Jangan tau ! Pad tu paling-paling pun sehari kita kena tukar dalam 4-6 jam setelah pemakaian. Jadi, dalam sehari tu, anda perlu menukar pad sebanyak 4-6 kali. Sebab lagi sikit rutin anda menukar pad, lagi cepat la Miss V anda akan terkena jangkitan bakteria.


2. MEMBERSIHKAN MISS V DENGAN CARA YANG BETUL

Ramai kaum hawa yang masih salah dalam cara pembersihan area Miss V. Kebanyakan daripada mereka mungkin termasuk diri kita sendiri membasuh organ kewanitaan dari arah belakang ke depan. Cara ini mungkin akan menyebabkan bakteria berpindah dari bahagian saluran kencing ke sekitar Miss V anda.

Jadi, mulai sekarang, kita kena ubah cara membersihkan Miss V. Basuh Miss V dari arah belakang ke depan dengan menggunakan air yang mengalir. Jangan lupa untuk mengeringkan area miss v agar tidak lembap. Sebab bakteria suka dengan bahagian lembap.


3. PILIH FEMININE WASH YANG TEPAT

Anda tidak boleh menggunakan feminine wash sembarangan untuk miss v anda. Miss v pun kita perlu bersihkan dengan sabun ye. Bukan setakat badan je. Dan kena take note kita tidak boleh sesekali basuh miss v kita dengan sabun mandi kerana pH untuk miss v ni lain. Selalunya pH miss adalah 3,8-4,5. Jadi, kebanyakan sabun mandi memang tak sesuai untuk digunakan.

Anda harus memilih feminine wash yang mempunyai pH yang sesuai dengan miss v anda. Contoh yang selalu Nurul guna adalah feminine wash cosmoderm. Feminine wash cosmoderm ni memang khas untuk miss v kita dan pH yang sangat sesuai untuk miss v. Jadi, miss v kita akan terhindar daripada jangkitan bakteria yang menyebabkan miss v kita gatal.

Tapi, kita perlu menggunakan feminine wash di bahagian luar miss v je ye. Jika kita guna dan basuh di dalam miss v, ianya akan membunuh bakteria baik. Miss v kita pun ada bakteria baik.


4. MENCUKUR BULU MISS V MENJELANG HAID

Biasakan untuk mencukur sebelum anda datang haid. Bulu yang terlalu panjang dan banyak mungkin akan menyebabkan darah haid menggumpal tanpa anda sedari. Hal ini memang kita sendiri selalu terlupa.

Darah yang menggumpal pada bulu akan menjadi sarang bakteria jika tidak dibersihkan dengan betul. Jadi, jangan lupa untuk mencukur sebelum masa kita haid. Dan berhati-hati ketika mencukur kerana miss v kita akan cepat terluka.


5. PERLU KERAP MENUKAR SELUAR DALAM

Hal ni kadang-kadang ada yang main tibai je. Ada kes yang seluar dalam main pakai untuk 2-3 hari. Huhuhu. Kotor kan. Seluar dalam yang kita pakai berulang tu akan menyebabkan miss v akan terdedah dengan bakteria. Itu yang jadi kes miss v kita selalu gatal-gatal. Itu tandanya miss v dah terkena jangkitan bakteria.


Jadi, ini lah sebabnya kita kena jaga betul-betul miss v kita lagi-lagi bila datangnya haid. Ingatkan diri sendiri dan juga anak-anak. Ingatkan juga ahli keluarga yang lain. Jangan ingat kita dah jaga betul-betul miss v ni. Kena check balik ye ^^ Peringatan untuk diri sendiri juga :D



You Might Also Like

8 Comments

  1. Betul tu..time period ni memang kena extra sikit penjagaan nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu takpe.. memang kena extra bersih kalau time period..

      Delete
  2. Sis, yg bab tukar pad selam 6 jam tu mcm susah je. Sebab saya kadang2 kelas straight dr 10 smpai 7.30 ptg. Then toilet kau US ni takde paip air. Semua guna tisu, jadi susah pulak mcm mana nak buang pad tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini kalau boleh kita ikhtiar untuk tukar.. sebab untuk kelesaan juga.. tapi kalau tak memudharatkan, takpe :)

      Delete
  3. Kalau tido saya selalu pakai panties yg longgar sikit...sbb nkkan pengudaran yg stabil. Hahaha. Kalau x merenyammmm je rasa. Gatal. Huhu.

    ReplyDelete
  4. Memang kena jaga miss V betul2 spya kebersihan terjaga dan tak dijangkiti kuman

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. bahagian tu sangat-sangat kena bersih..

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Suscribe Us