5 Cara Elak Stress Dengan Berkesan - Syahirah Valiant

September 24, 2017

5 Cara Elak Stress Dengan Berkesan

Image result for stress

Stress? Semua orang pernah mengalaminya. Tidak kira la yang masih belajar ataupun sudah bekerja. Suri ruma pun ada masalah stress ni. Tapi, sebenarnya menggelak belenggu stress lebih mudah berbanding dengan mengendalikannya. Haaaa. Macam mana tu? Sebenarnya memang amat mudah untuk kita mengelak stress daripada diri kita. Nak kendalikan stress yang susah. Apa yang perlu kita buat? Hanya perlu relax dan nikmati hidup yang sementara ni ^^

Ok, kali ni Nurul nak share dengan korang 5 Cara Elak Stress Dengan Berkesan. Kalau kita elak je tapi tak berkesan, buat apa kan. Jadi, kita perlu elak stress tu dengan cara yang betul-betul berkesan supaya tak payah susah-susah diri kita ni nak menghadap stress yang tak sudah tu.


1. MEDITASI

Menurut pakar psikologi Robbie Maller Hartman, meditasi harian boleh mengubah sistem neuro otak dan buatkan anda lebih kental mengadapi stress. Tapi macam mana? Ok, apa yang korang perlu buat hanyalah pejamkan mata dan fokuskan perhatian dengan sebut perkataan-perkataan positif sahaja seperti "I Love Myself" atau "I Feel At Peace" dan anda akan berasa tenang tanpa tekanan dalam diri tu. Jadi, amat mudah kan untuk kita menggelak daripada diri kita stress.


2. TARIK NAFAS DALAM-DALAM

Dalam cara ini, apa yang korang perlu lakukan adalah dengan mengambil masa 5 minit untuk rehat dan fokuskan kepada pernafasan kita. Pastikan korang berdiri tegak dengan mata tertutup dan tangan di perut. Bernafas perlahan-lahan melalui hidung. Korang akan rasakan nafas bermula dari abdomen dan beransur menuju ke kepala.


Image result for reach out


3. REACH OUT

Apa yang dimaksudkan dengan reach out ni? Ini bermaksud korang perlu menyibukkan diri korang dengan bersosial. Tapi bukan bersosial yang jahat-jahat ye. Maksudnya korang bercakap dengan kawan-kawan ke, dengan family ke atau dengan seseorang yang boleh korang percaya. Dan paling penting, seseorang tu akan sudi mendengar luahan korang. Sebenarnya teknik ni sangat mujarab dalam hal mengendalikan stress. Tak percaya? Try la buat :D


4. GELAK KETAWA BAGAI TIADA HARI ESOK

Orang dulu-dulu cakap, kalau ketawa banyak sangat nanti menangis. Tapi kalau kita dah menangis dulu boleh la ketawa puas-puas kan? Hehehe. Sebenarnya ketawa ni akan membuatkan beban yang ada pada kita terlepas dengan jayanya. Korang akan merasakan kepala korang kosong je tanpa sebarang masalah. Dan ianya bukan sahaja dapat meringankan beban di kepala, malah ianya akan merendahkan kortisol yakni hormon stress badan. Cara ini juga akan merangsang endorphin yang membantu meningkatkan mood. Apa yang korang boleh buat? Youtube kan ada, pergi la tengok video lawak-lawak. Ataupun tengok je running man tu. Hehehe ^^


5. JADI AKTIF

Jadi aktif ni bukan lah bermaksud korang lari marathon setiap hari. Bukan ye. Memadai la dengan hanya aktiviti senaman ringan seperti berjalan atau yoga. Aktiviti ini dapat meredakan kemurungan apabila otak merembeskan bahan kimia gembira. Bukan je sains ada formula ye. Kegembiraan dalam diri kita pun ada formulanya. Hehehe ^^



Jadi, tak perlu nak stress-stress lagi ye sayang-sayang semua. Hidup kita ini hanyalah sementara. Sementara kita ada ni, buatlah sesuatu perkara yang dapat menggembirakan kita dan juga keluarga. Bila stress kan tak best. Mana taknya, risau termarah orang di sekeliling kita. Lagi la haru nanti kan. Jadi, jom la kita praktik kan amalan ni. In Sha Allah, stress tu akan lari jauh daripada korang ^^



4 comments:

  1. tiap orang ada yang tersendiri, masing2 boleh cuba cara seperti di atas dan rasai mana paling ngam

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. semuanya ada cara tersendiri ^^

      Delete
  2. yes agree..klu stress mmg akan duduk diam n tarik nafas dlm2..bila anak usia 2tahun ni mula la tentrum..btol2 menguji ksabaran.. cuba elakkan melepaskan marah pda anak.. kdg2 termarah tu rasa mnyesal sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la.. risau kena tempias dekat orang sekeliling je.. jadi kena rileks dan fikir dulu sebelum lakukan sesuatu..

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D