4 Cara Mengetahui Jenis Kulit Wajah Anda - Syahirah Valiant

Post Top Ad

September 24, 2017

4 Cara Mengetahui Jenis Kulit Wajah Anda

Image result for beauty

Bukan semua orang baik lelaki atau perempuan mengenali jenis kulit wajah sendiri walaupun setiap hari kita menyentuh dan memperhatikannya. Tapi, tanpa kita sedar sebenarnya kita perlu mengetahui jenis kulit kita supaya lebih mudah untuk kita memilih produk kecantikan dengan tepat tanpa sebarang kesalahan memakai produk sehinggakan muka boleh breakout. Bukan itu sahaja, dengan cara kita mengetahui jenis kulit kita, kita juga akan tahu rawatan yang sesuai untuk kulit. Yela kan, dah tentu cara rawatan untuk kulit kombinasi berbeza dengan cara rawatan kulit sensitif.

Jadi, hari ini Nurul nak share dengan korang macam mana korang boleh tahu jenis kulit muka korang macam mana dengan mudah je. Mengenali jenis kulit muka ada pelbagai cara dan ini akan membuatkan korang boleh praktikkan dekat rumah ye. 




Ada beberapa langkah mudah untuk kita kenali jenis kulit wajah kita sendiri. Adakah kulit korang jenis kulit kombinasi, sensitif, kering, berminyak atau normal? Haaaa. Pernah korang tahu? Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ada yang belum. Jom kita baca cara mengetahui jenis kulit muka kita.


1. MENGGUNAKAN TISU

Kita boleh menggunakan tisu atau dengan kertas makeup khusus untuk mengenali jenis kulit muka kita. Dengan menggunakan cara ini, kita dapat mengetahui sama ada muka kita berminyak atau tidak. Korang akan nampak minyak di tisu atau kertas makeup khusus tu


2. MENGGUNAKAN CERMIN

Ada cermin dekat rumah kan? Haaaa, dah tiba masanya untuk kita manfaatkan cermin dekat rumah kita tu. Korang tengok cermin tu dan perhatikan permukaan kulit atau pori-pori wajah. Korang boleh nampak sama ada kulit muka korang lebih kepada berminyak, kering atau kombinasi.


3. PERHATIKAN PORI-PORI WAJAH

Perhatikan pori-pori yang ada dekat muka kita juga merupakan salah satu cara untuk kita mengetahui jenis kulit muka kita. Kalau korang nampak pori kulit muka korang besar, maknanya muka korang jenis yang kulit berminyak. Kalau kulit kering pula, korang akan nampak pori-pori juga tapi tiada minyak,

Macam mana dengan kulit kombinasi? Ok, kulit kombinasi ni ada 2 jenis iaitu kulit kita berminyak dan kering. Tapi cuba kita tengok dekat bahagian mana yang kering dan bahagian mana yang berminyak. Sebab selalunya bahagian T-zone yang berminyak. Itu pun terpulang pada kulit masing-masing.


4. MENCUBIT PIPI

Cara ni memang selalu Nurul buat walaupun merah pipiku ini. Hehehe. Bagaimana nak tahu? Senang je la. Bila korang rasa pipi korang seperti kenyal dan lembut ketika dicubit, maknanya kulit korang jenis normal. Kalau kita cubit pipi kita dan nampak berminyak, maksudnya jenis kulit kita berminyak. Orang kulit berminyak ni senang je nak detect.





Jadi, kita dah boleh tahu kan jenis kulit muka kita macam mana. Kalau Nurul, muka Nurul jenis berminyak tapi hanya kering di bahagian hidung. Berminyak tak best sebab memang tak selesa. Huhuhu. Tapi Alhamdulillah sekarang dah ok. Cumanya dulu memang teruk la. Nak sentuh muka pun rasa geli.

Tips yang Nurul kasi ni sesuai untuk perempuan dan lelaki tau. Bukan perempuan je yang nak tahu jenis kulit muka. Lelaki pun mesti nak kan ^^




8 comments:

  1. mcm sis tahu jenis kulit kombinasi. so rajin wat scrub ntk bahagian bminyak shj...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. scrub elok untuk kawasan berminyak..

      Delete
  2. Kulit muka akak memg jenis berminyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahhh !! kita sama kak.. hahaha.. stress tau kekadang tu..

      Delete
  3. Replies
    1. hehehe.. kite sama :D kekadang stress kulit berminyak ni..

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Post Bottom Ad