Tips Simpan Duit RM20 Untuk Anak, Dalam Masa Setahun Dah Boleh Dapat Berbelas Ribu !

By Nurul Syahirah - August 11, 2017


"Anak aku ni simpanan pun tak ada, masa bila nak simpan macam-macam benda nak kena beli..."


Dalam keadaan ekonomi sekarang, memang agak sukar jika kita fikirkan untuk ada simpanan duit yang banyak kan? Mana taknya. Macam-macam yang perlu dibayar dan dibeli sampai tak ada baki untuk membuat simpanan khususnya untuk masa depan anak. Namun, sebenarnya ada cara dan "trick" untuk anda membuat simpanan untuk anak bermula dengan jumlah yang minima. Macam mana pulak tu? Jom baca tips ini.


KAU MUNGKIN RASA TERBEBAN, TAPI HASILNYA ANAK KAU ADA SIMPANAN

Cara simpan duit untuk anak dalam masa 1 tahun sahaja !



Hari ni Nurul nak share tips untuk simpan duit secara kreatif sesuai untuk ibu bapa yang nak menyimpan untuk anak. 

1. Sediakan botol kuih raya saiz besar (selalunya orang guna isi tempeyek). Anda hiaslah ikut suka. Asalkan botol tu boleh bagi anda motivasi untuk menyimpan. Nak letak gambar idola anda pun boleh.

2. Berbelanja. Anda tidak perlu sekat perbelanjaan pun sebenarnya. Beli je keperluan hidup seharian. Tricknya adalah NEVER EVER USE RM20 TO PURCHASE !! Gunakan duit lain yang ada selain RM20. Kalau terpaksa pecah RM50 tu, pecahkanlah sebab kemungkinan bakinya anda akan mendapat RM20 lagi. Tanam pada diri tu tau. Jangan sesekali guna duit RM20.




3. Balik je rumah, pastikan lepas buka kasut tu bagi salam dan tanpa letak wallet atau handbag, masukkan semua RM20 yang anda ada dalam botol. Anda mungkin akan tenung botol tu yang mula dengan sekeping RM20 sambil berkata "Alahai, besarnya RM20 ni ~" Tapi sila lah bertabah dan jangan rasa demotivated ye. 

4. Ulang langkah 1,2,3 sehingga tiba harinya tabung anda penuh melimpah selama setahun. Anda ada 365 hari untuk lalui perjuangan RM20 anda. So, Good luck ^^

5. Cukup 365 hari, anda ajak anak yang ditabungkan tadi duduk sama-sama kira berapa banyak duit untuk dia dah dikumpulkan. Proses pengiraan bersama ini adalah proses paling memuaskan yang tidak tergambar dek kata-kata. Anda mesti buat ye. Ni semua untuk masa depan anak-anak.




KENAPA RM20 ?

1. LEBIH SENANG NAMPAK


Disebabkan warna nya oren, anda akan sedar dengan cepat yang itu duit yang anda kena simpan. Secara automatik anda akan tepikan. Memang tidak terlalu besar macam duit RM50, tapi ianya sangat berharga.



Kesimpulannya, ibu bapa boleh paksa diri untuk buat kalau tidak dapat simpan beribu riban sebulan untuk anak sebab kita bukan orang kaya. Kalau tidak boleh RM20, RM10 pun boleh. Ianya akan menjadi jumlah yang cukup besar.



  • Share:

You Might Also Like

15 Comments