TANDA-TANDA BUASIR DAN CARA MERAWAT BUASIR SECARA SEMULAJADI - Syahirah Valiant

Post Top Ad

August 06, 2017

TANDA-TANDA BUASIR DAN CARA MERAWAT BUASIR SECARA SEMULAJADI


Buasir atau dikenali sebagai hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar, ia akan mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum menyebabkan dinding vena berdarah atau membonjol. Kadangkala ianya boleh pecah.




Buasir akan menyebabkan bahagian dubur menjadi bengkak. Adakalanya akan terasa seperti ada benjolan di bahagian luar dubur. Bengkak ini boleh menyebabkan pendarahan ketika individu yang menghidap buasir mengalami sembelit atau bila najis keras bergesel dengan bahagian dubur yang membengkak. Pesakit buasir kerap akan berasa tidak selesa di bahagian dubur, lebih-lebih lagi ketika melalui proses pembuangan air besar.



KENALI JENIS BUASIR DALAMAN DAN BUASIR LUARAN

Merawat Buasir


BUASIR DALAMAN

Lazimnya, buasir ini tidak menyebabkan rasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi apabila meneran dan akan menyebabkan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Adakalanua pesakit yang mempunyai buasir dalaman juga boleh terasa seperti ada ketumbuhan yang keluar dari lubang dubur lebih-lebih lagi ketika proses membuang air besar.

Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku, anda perlu mendapat bantuan perubatan kerana darah tersebut mungkin datang dari seumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.



merawat buasir


BUASIR LUARAN

Kebanyakan dari kita mungkin biasa dengan tentang buasir luaran. Ia mengakibatkan simptom-simptom lazim seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Buasir luara memerlukan perhatian dan rawatan lanjut kerana kesakitan yang timbul boleh mengganggu kelancaran aktiviti harian.

Kebiasaan tanda-tanda awal berlaku sewaktu pesakit meneran semasa membuang air besar. Pesakit berasa sangat sakit kerana buasir yang sudah membengkak bergesel dengan najis yang hendak keluar menyebabkan rasa sakit dan perit yang amat sangat.



TANDA-TANDA BUASIR YANG ANDA PERLU TAHU !

SIMPTOM BUASIR
  • Rasa sukar untuk membuang air besar
  • Pendarahan sebelum dan selepas membuang air besar
  • Bengkak dan gatal di bahagian dubur kebiasaannya selepas membuang air besar
  • Rasa sakit di bahagian dubur
  • Rasa tidak selesa di bahagian dubur bila berdiri atau mencangkung untuk tempoh yang lama 

PUNCA BUASIR
  • Kerap sembelit sehingga terpaksa meneran dengan kuat untuk membuang air besar
  • Mengalami cirit birit untuk tempoh yang agak lama
  • Kurang mengambil makanan yang tinggi serat
  • Kurang minum air
  • Mengandung atau bersalin
  • Berat badan berlebihan



CARA MERAWAT BUASIR SECARA SEMULAJADI

UBAH CORAK PEMAKANAN

Cara Merawat Buasir

Kalau anda tidak suka makan buah-buahan atau sayur-sayuran, buanglah tabiat tidak elok itu sekarang. Makanan tinggi serat dapat membantu menghindarkan najis keras yang menjadi punca sembelit dan seterusnya menyebabkan buasir.



BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG

Cara Merawat Buasir

Ini penting bukan sahaja untuk merawat buasir, tetapi untuk kesihatan keseluruhan. Jangan biasakan diri untuk minum air manis sahaja. Air kosong diperlukan sekurang-kurangnya 3 liter sehari.



AMALKAN SUPPLEMENT UNTUK MELEMBUTKAN NAJIS

Image result for SET BUASIR SHAKLEE




APA KATA MEREKA ?


Image result for testimoni set buasir shaklee


Image result for testimoni set buasir shaklee



Image result for testimoni set buasir shaklee




Image result for testimoni set buasir shaklee







HUBUNGI :


WHATSAPP / CALL / SMS : 017.3575871


** COD AREA PUCHONG **




4 comments:

  1. Sekarang ni kerap jugak sembelit so dah selalu minum air & banyakkan makan sayur. Takut kena buasir :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Air kena minum banyak.. Sbb tu untuk melembutkan najis kita.. Benda ni semua penting 😊

      Delete
  2. Ada best friend memang ada penyakit buasir nie. kesian jugak tengok. boleh lah rekomen ubat herbal ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Bahaya tu.. Minum banyak air dan boleh cuba makan supplement 😊

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Post Bottom Ad