Serlahkan Kejelitaan Anda Bersama Essence

By Nurul Syahirah - August 13, 2017

Cakap je pasal makeup, mesti ramai yang suka kan. Especially siapa yang kaki makeup macam Nurul. Hehehe. Tapi kebanyakan makeup Nurul hanya lah berasaskan daripada drugstore je. Tak mampu deh nak beli dekat sephora. Tengok harga pun dah terbeliak. So, untuk tunaikan minat kita terhadap makeup, Nurul beli je mana yang mampu dan hasilnya sama je kan :D

Siapa yang selalu beli makeup dekat drugstore tu, angkat tangan !! Kita geng. Hehehe. Time nak pilih pun satu hal. Confirm rambang mata kan. Padahal semua sama je. Tapi bila dah sampai masa tu, dalam kepala asyik fikir, eh ni lain. Tu lain. Siapa yang ikut Nurul pergi shopping makeup pun memang akan pening dan penat. Bukan penat apa. Penat tengok kita memilih :D


Nurul suka sangat dengan makeup daripada essence ni. Sangat sesuai dengan muka Nurul. Ada sesetengah makeup kalau Nurul pakai akan naik jerawat tau. Tapi bila pakai ESSENCE ni, Alhamdulillah jerawat tak naik. Maksudnya muka memang dah serasi dengan makeup ni dan makeup daripada essence memang sangat-sangat cantik tau. Nak tengok koleksi Nurul? Jom-jom :D




So, ini lah koleksi Essence Nurul. Beli dekat drugstore je. Murah pun murah. Pasal essence yang Nurul suka adalah packaging dia. Comel dan mudah untuk bawak travel. Serious ~ Palette dia pun comel je. Hehehe. Senang Nurul nak bawak balik kampung atau pergi travel.

Apa yang Nurul ada tu ?

  • Mousse foundation
  • Mosaic blush
  • Eyeshadow roses palette
  • Highlighter palette
  • Eyeliner 2 in 1
  • Concealer
  • Transparent mascara
  • Eyeshadow base
  • Eyebrow mascara

Itu lah dia collection essence Nurul. Nanti Nurul up pasal cara Nurul makeup pulak ye :D Pada diri Nurul, Nurul suka pakai makeup yang sangat ringan. Kadang-kadang nampak macam tak makeup. Hehehe. Tapi kita nak nampakkan natural look tu kan, so kena la pakai makeup nipis je. ^^


Perempuan yang pakai makeup ni bukan lah tutup segala cela yang ada. Itu la diri seorang perempuan. Makeup ni sekadar hiasan untuk diri lebih yakin tampil depan orang ramai. Betul tak? Kalau kita pakai lawa-lawa, mesti kita ada keyakinan nak jumpa ramai orang kan.

Tapi nak diingatkan, da makeup tu cuci elok-elok tau untuk solat. ^^




  • Share:

You Might Also Like

13 Comments