MENGENALI PCOS YANG MEMBUATKAN WANITA SUKAR HAMIL - Syahirah Valiant

Post Top Ad

August 05, 2017

MENGENALI PCOS YANG MEMBUATKAN WANITA SUKAR HAMIL



Pernahkah anda mendengar tentang PCOS? PCOS merupakan satu penyakit yang ada kaitan dengan hormon yang biasanya berlaku pada wanita usia subur. Mungkin anda jarang dengar penyakit ini. Namun penyakit ini boleh menyerang sesiapa sahaja. Disebabkan penyakit ini, mungkin akan menyebabkan anda sukar untuk hamil. 



APA ITU PCOS ?

Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) atau dikenali juga sebagai masalah pada keseimbangan hormon wanita. Kerana ketidakseimbangan hormon yang dimilikinya, wanita yang ada masalah PCOS boleh mengalami kitaran haid yang tidak teratur. Kitaran haid yang tidak teratur inilah yang dapat menyebabkan wanita yang mengalami PCOS sukar untuk hamil. Selain dapat menyebabkan kitaran haid tidak teratur, PCOS juga menyebabkan pertumbuhan rambut berlebihan, jerawat dan obesiti. Jika PCOS tidak diubati, lama-kelamaan juga dapat menyebabkan penyakit yang lebih serius seperti penyakit jantung.



PENYEBAB PCOS ?

1. KETURUNAN

Ini merupakan faktor yang paling utama menyebabkan anda mempunyai PCOS. Jika ibu atau saudara perempuan anda memiliki PCOS, anda mungkin juga memiliki peluang yang lebih besar untuk terkena PCOS. Ada juga yang menyatakan bahawa PCOS dapat diturunkan dari keluarga sebelah ibu mahupun ayah. Risiko anda untuk mendapat penyakit PCOS adalah tinggi jika salah satu wanita dalam keluarga anda menderita PCOS atau mempunyai kitaran haid yang tidak teratur atau menderita diabetes.


2. INSULIN BERLEBIHAN

Jika tubuh anda resisten terhadap insulin, kemampuan anda untuk menggunakan insulan akan terganggu sehinggakan pankreas akan mengeluarkan lebih banyak insulin untuk menyediakan glukosa bagi sel. Insulin berlebihan ini mungkin akan mempengaruhi induk telur dengan meningkatkan produksi androgen. Peningkatan produksi androgen ini dapat mengganggu kemampuan ovari untuk ovulasi.





APA TANDA - TANDA & GEJALA PCOS ?

Gejala PCOS hadir setelah seseorang wanita mengalami menstruasi untuk pertama kali atau ada juga yang hadir setelah bertahun-tahun mengalami kitaran haid yang teratur. Wanita yang mempunyai PCOS mungkin akan menunjukkan gejala yang berlainan tetapi terdapat gejala yang umum terjadi pada setiap penderita PCOS, iaitu :-

  • Kitaran haid yang tidak teratur. Sering kali wanita yang mempunyai PCOS memiliki kurang daripada sembilan kitaran haid setiap tahun, kegagalan kitaran haid selama 4 bulan atau lebih atau jarak antara kitaran haid lebih daripada 35 hari. 
  • Jerawat.
  • Rambut yang berlebihan pada wajah dan tubuh. Rambut halus pada wajah wanita lebih tebal dan gelap dan juga mempunyai rambut berlebihan pada dada, perut dan punggung.
  • Kenaikan berat badan berlebihan. Atau kesukaran untuk menurunkan berat badan.
  • Masalah kesuburan. Ramai wanita yang mengalami PCOS mengalami kesukaran untuk hamil.


BAGAIMANA NAK ATASI PCOS SECARA SEMULAJADI ?









HUBUNGI :


WHATSAPP / CALL / SMS : 0173575871


** COD AREA PUCHONG **



3 comments:

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Post Bottom Ad