Maybelline Baby Lips Mampu Melembapkan Bibir Sepanjang Hari - Syahirah Valiant

August 10, 2017

Maybelline Baby Lips Mampu Melembapkan Bibir Sepanjang Hari

Image result for maybelline


Assalammualaikum wbt. Cakap je pasal Maybelline mesti korang pun tahu kan. Mana taknya. Jenama yang terkenal kut. Memang la rata-rata orang kenal. Siapa yang suka dengan makeup, pasti akan usha jenama Maybelline ni juga kan dan Nurul pun tidak ketinggalan. Hehehe.

Ok, untuk pengetahuan korang, selama ni Nurul kalau pakai lipstik, memang main pakai je. Takde apa base pun. Dan satu hari tu, Ibu Nurul ada cakap kalau suka pakai lipstik, pakai la lip balm ke dulu kalau tak, nanti bibir hitam. Nurul time tu pun, Haaaa ! Biar betul??!! Hahaha. Punya la takut bibir hitam. Mesti la kan. Nanti tak lawa. Nampak kusam je muka kita nanti.

Jadi, start daripada situ Nurul pakai la lip balm. Dan first lip balm yang Nurul pakai adalah Baby Lips khas daripada Maybelline. And first impression Nurul bila dapat baby lips ni, Ya Allah. Comel sangat. Hehehe. Benda da la comel lote je.Warna pun memang warna favourite Nurul. Lagi la excited ku nak pakai ^^





Jadi, ini lah hasil daripada pembelian Nurul dari Maybelline. Alhamdulillah. Memang Nurul suka sangat. Pada korang yang bibir tu selalu je kering dan menggelupas, memang elok sangat korang pakai baby lips ni. Smooth je rasa. Ianya juga sebagai treatment untuk bibir kita. Kesian bibir kita tu kalau tak dijaga dengan betul kan.


APA ITU MAYBELLINE BABY LIPS ?
  • Maybelline Baby Lips mampu melembapkan bibir 8 jam sepanjang hari. Ia juga membantu menjadikan bibir kelihatan seolah-olah melakukan treatment.


KELEBIHAN MAYBELLINE BABY LIPS

Ia merupakan penjagaan klinikal untuk bibir yang lembut seumpama bibir bayi. Formula eksklusif melembapkan dan melindungi bibir selama 8 jam sepanjang hari.
  • 88% mengalami bibir yang lebih licin.
  • 83% mengalami bibir yang lebih baik.
  • 82% mengalami bibir yang kurang kering.
  • 70% mengalami bibir yang lebih lembut.


Haaaa. Itu dia kelebihan Maybelline Baby Lips ni. Memang super duper best tau. Lagi best kalau korang rasai sendiri. Cuba la pakai. In Sha Allah, lepas ni bibir korang akan lebih sihat. Tapi, macam mana nak beli? 

Senang je. Korang boleh beli dekat watson atau farmasi-farmasi yang terdekat. Tengok la mana yang ada. Ada yang farmasi takde. So korang kena rajin survey la ye. Malas nak keluar rumah? Jangan risau. Korang boleh beli online ye. See, da canggih sekarang. Kita online aje.

Tapi korang kena download apps shoppe my dulu tau. Lepas dah download, korang search je Maybelline. Nanti dia akan tunjuk official shop mereka. Siap ada official shop tau. So memang 100% trusted untuk korang beli dekat situ. And harga pun murah jugak.












So korang boleh la search dekat shopee tu ye. Semua ada. Harga pun memang berbaloi. Serious Nurul tak menyesal pakai maybelline baby lips ni. Serious best. Jadi, lepas ni sebelum pakai lipstik tu, sila lah pakai lip balm dulu ye.







9 comments:

  1. mmg bagus. sy dulu masa bibir merekah ada pakai yg warna pink pekat tu.. mmg lembap ja sepanjang hri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. Kan2.. Nurul pun jenis bibir kering.. So pakai base dulu baru pakai lipstik..

      Delete
  2. prefer lip balm dari lipstick :)

    ReplyDelete
  3. btul. semua org kenal jenama ni. saya ada berry crush! hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. Sape je yang tak kenal jenama hebat ni kan..

      Delete
  4. macam best je. tak pernah lagi beli baby lips jenama maybelline. selalu pakai lipstik biasa je.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Dulu memang peminat maybelinn ni. Boleh dikatakan semua produk dia saya ada. Sekarang ni cuma oles aloe vera jer.

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D