Kelebihan Produk Review Dan Advertorial Di Blog

Wednesday, August 16, 2017

Kini ramai blogger yang menerima pelbagai tawaran untuk membuat advertorial dan produk review di blog masing-masing. Ianya merupakan satu peluang untuk menjana pendapatan yang baik buat blogger.

Tapi, pernah tak anda terfikir kenapa advertorial dan produk review di blog semakin mendapat perhatian dan mula digemari? Sudah tentu kerana terdapatnya kelebihan-kelebihan yang begitu besar dan semakin diakui kepentingannya pada masa kini dan akan datang.


Kelebihan Produk Review & Advertorial di Blog


KELEBIHAN BLOG

Berikut merupakan beberapa kelebihan advertorial dan produk review di blog yang memberikan nilai tinggi dan ada diantaranya tidak mungkin diperoleh melalui media lain.


1. MEDIA YANG LENGKAP
  • Sudah semestinya blog dapat memberikan kaedah yang paling lengkap untuk teknik penyampaian. Tiada had maksimum jumlah perkataan yang boleh digunakan serta informasi bolehlah disampaikan dengan lengkap agar mudah difahami oleh orang ramai.
  • Posting juga boleh disertakan gambar, video, audio, banner serta pautan (link url) yang memberikan nilai tambah serta mempelbagaikan teknik penyampaian agar lebih menarik dan kreatif dalam mengolah artikel.
  • Perkongsian (sharing) artikel amat mudah dilakukan serta kemudahan interaksi dua hala secara terus melalui ruang komen memberikan kelebihan untuk berkomunikasi.

2. GAYA HIDUP MASA KINI
  • Kepesatan dan kemajuan teknologi komunikasi masa kini telah menjadikan segala informasi boleh diakses hanya secara online sahaja. Telefon pintar semakin berkuasa dan menjadi keperluan setiap orang untuk membuat rujukan, membeli, membayar, menjual, bersosial dan sebagainya.
  • Ianya akan terus menjadi gaya hidup masa kini dan akan datang. Maka peluang pemasaran secara online ini semakin amat penting dan berpotensi tinggi. 

3. PROMOSI MELUAS TANPA SEMPADAN
  • Blog merupakan media sosial tanpa sempadan yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia, bangsa dan batasan negara. Ianya menjadi pentas terbaik dan berkesan untuk promosi tanpa had dan boleh menjanjikan kejayaan dalam masa yang singkat serta berterusan.
  • Kelebihan blog yang membenarkan perkongsian artikel dengan mudah ke media sosial lain telah membuka lebih banyak ruang untuk hebahan yang meluas dan bukan sahaja dalam negara malah ke seluruh dunia !

4. TEMPOH PROMOSI BERPANJANGAN
  • Tempoh masa adalah kelebihan yang tidak boleh dimiliki oleh media-media lain. Blog menawarkan jangka masa promosi tanpa had masa selagi posting atau entri serta blog tersebut masih wujud.
  • Ianya memberi jaminan terbaik bagi pengukuhan dan penjenamaan jenama, produk atau perkhidmatan di dalam dunia maya untuk jangka masa yang sangat panjang.

Jadi, jelas bahawa mereka yang telah terbuka mata dan minda sahaja yang sanggup melabur untuk menggunakan peluang advertorial dan produk review di blog. Maka, pilihan melakukan promosi, penjenamaan, pengenalan dan hebahan melalui blog adalah yang terbaik kerana kelebihan yang diperolehi sangat berbaloi.








You Might Also Like

6 Comments

  1. Tak ada orang nak bagi saya review... hihi...

    ReplyDelete
  2. betul tu, sy setuju.. :) blog mmg ada potensi dari dulu lagi sbg satu medium untuk marketing produk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. potensi dia melebihi daripada insta dan facebook..

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Suscribe Us