Imbau Kembali Zaman Yahoo Messenger

By Nurul Syahirah - August 20, 2017


Peredaran zaman sekarang ni makin lama makin pesat. Tak kira la dari segi bangunan ataupun laman sesawang. Ingat tak zaman friendster, myspace dan sebagainya. Mesti korang pernah gunakan? Hehehe. Sebab zaman Nurul pun Nurul sempat guna semua tu. Dan yang paling legend adalah Yahoo Messenger. Betul tak? :D

Bila imbau balik macam alahai ~ Tua da aku ni. Serious lama sangat yahoo messenger tu. Time tu rasanya Nurul baru umur 12 tahun iaitu darjah 6 uolsss. Teringat Nurul suka sangat chat dekat Yahoo Messenger tu. Sampai la umur Nurul 16 tahun. Lepas tu da stop da. Hahaha.


Image result for zaman yahoo messenger

Ingat la kan Yahoo Messenger macam ni :D Kita add kawan menggunakan email masing-masing. Then dekat situ kita boleh chat, share gambar dan bagi alert.


Sekarang rasanya macam dah jarang sangat orang guna ataupun memang takde orang guna da kan. Fungsi dia sama je macam whatsapp cumanya whatsapp ni kita add guna nombor fon. Memang legend sangat la kan. Siapa dekat sini sempat guna Yahoo Messenger ni? Meh munculkan diri anda. Hehehe. Nak tengok sape geng Nurul :D

Tapi ada juga kenangan pahit tentang YM ni kan. Mana taknya. Kita add tu dan siapa add kita tu adalah strangers. Kalau macam nak berkawan dengan cara baik takpe lagi. Buatnya tetiba kawan kita merosakkan pandangan kita ni, jadi haru pulak kan. Hehehe. Ada juga sesetengah yang ada pengalaman buruk ni. Tapi apa-apa pun kita niat ber YM ni sebab untuk berkawan. Betul tak? Zaman dulu kemain syok lagi nak ber YM kan. Betul tak? ^^ Hehehe

Dan paling penting, Nurul tak pernah letak gambar sendiri dekat YM ni. Hehehe. Paling-paling pun Nurul akan letak gambar bunga ke, gambar haiwan ke. Yela kan ~ Dulu kita diprovokkan supaya jangan dedahkan gambar kita dekat laman sesawang. Lagipun time tu memang budak-budak lagi. So, apa tahu kan. Hehehe. Nostalgia sangat. :D




  • Share:

You Might Also Like

18 Comments