Diskaun Sehingga 70% Di The Body Shop - Syahirah Valiant

September 01, 2017

Diskaun Sehingga 70% Di The Body Shop


Siapa peminat The Body Shop, sila munculkan diri anda. Sebab apa? Sebab The Body Shop buat sales giler-giler tau. Seriously memang korang akan rambang mata. Nurul tengok pun rasa nak beli je semua. Tapi apakan daya. Kewangan dan ekonomi yang tak stabil lagi. Hehehe. 


Kenapa Nurul memilih The Body Shop? Sebab wangian dan tesktur barangan The Body Shop ni memang terbaik. Wangian yang tak menusuk sangat dan tesktur yang sangat lembut. Pasti akan membuatkan anda tergoda. Hehehe. 

Semalam sempat juga la singgah The Body Shop dekat Ioi Mall Puchong. Ikutkan hati memang saje je singgah nak tengok-tengok. Sekali tengok ada sales beb! Siapa yang tak nak kan. So Nurul pun ambil keputusan untuk grab 2 items dekat The Body Shop. Dan 2 items ni memang idaman Nurul lama da. 



Body Mist with Strawberry Exract menjadi tumpuan utama Nurul. Memang dah lama usha body mist ni sebab Nurul dah ada lotion dia. And pada korang yang suka sangat bau soft, memang Nurul recommended untuk pilih bauan ni. Seriously, memang sedap sangat. Bau strawberry dia fresh sangat. Yang ini ada 10% diskaun :D

Bauan ni bukan sahaja ada body mist, malah ada gel shower, lotion, perfume dan macam-macam lagi. Kira satu set la. So, misi kita adalah untuk kumpul one set pakej strawberry ni. Hehehe. And untuk pengetahuan korang, pakej strawberry ni ramai yang buat untuk hantaran tau :D

HARGA : RM 59.00





Pada mulanya Nurul memang tengah cari serum. Sebab orang kata kalau kulit kita jenis berminyak, jangan pakai moisturizer. Better pakai serum. So Nurul pun cari la dekat Body Shop. Yang ni 50% tau. Memang super duper murah. 

Tekstur serum ni sangat lembut. Memang sesuai untuk kulit berminyak sebab ianya da lepas apply dekat muka memang tak berminyak langsung. Memang selesa sangat. Bau dia pun wangi. Hehehe. 

Vitamin E Intense Moisture Serum ni sesuai untuk semua jenis kulit. So pada yang kulit jenis kering atau kombinasi pun sesuai sangat guna serum ni. 

HARGA ASAL : RM 42.50



Apa yang Nurul suka sangat dengan The Body Shop ni sebab produk mereka. Memang sangat sesuai dengan kulit Nurul dan citarasa Nurul. Bauan dia tak menusuk tau. Pada sesiapa yang tak suka sangat bauan yang kuat, memang recommended beli dekat The Body Shop. 

Dan The Body Shop ni merupakan bahan-bahan 100% vegetarian. Diperbuat daripada bahan-bahan organik. 

Jadi, cepat-cepat la korang pergi grab The Body Shop korang ye. Diskaun sehingga 70%. Siapa yang tak nak. 




2 comments:

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D