Boleh Je Kurus Tanpa Vitamin, Kenapa Nak Kurus Dengan Vitamin Pulak? - Syahirah Valiant

August 20, 2017

Boleh Je Kurus Tanpa Vitamin, Kenapa Nak Kurus Dengan Vitamin Pulak?


Sekian lama Nurul tak share berkaitan kesihatan kan. So sekarang ni ada sesuatu yang korang semua perlu tahu dan kena ambil tahu untuk kepentingan hidup korang jugak. Bukan untuk diri sendiri semata-mata, malah untuk seisi keluarga juga.

Dekat luar sana selalu je kita nampak dan kita baca ada orang yang berjaya kurus tanpa vitamin. Betul tak? Confirm ada je yang terselit "Saya tak ambil apa-apa vitamin" atau ada yang menggambarkan dia tak ambil vitamin. Contohnya seperti cuma jaga makan dan bersenam sahaja.


Persoalan di sini sekarang, penting ke vitamin ni dalam kehidupan seharian kita? Korang boleh utarakan jawapan korang juga ye.

Sebenarnya persepsi orang lain-lain. Nurul dapati ada beberapa sebab kenapa ramai yang beranggapan bahawa vitamin ni tidak lah penting mana. Hal ini supaya kita lebih faham dan kenapa ramai sangat yang anti vitamin atau supplement.

No automatic alt text available.


1. SAMAKAN SHAKLEE DENGAN VITAMIN SCAM

Landmark Study (yang mereka tak nak percaya) pun dah ada bukti bahawa vitamin Shaklee ni bukan sebarang vitamin dan bukan setanding dengan vitamin yang ada. Orang yang makan vitamin kebanyakan daripada jenama popular lain memang tiada kesan kepada tahap kesihatan malah ada yang lebih teruk berbanding yang tidak makan apa-apa vitamin. Jadi, memang betul kebanyakan vitamin yang ada di pasaran memang tidak berguna dan korang hanyalah membazir sahaja.

Cuma, ada yang lupa bahawa Shaklee ni berbeza. Sekali lagi, hal ini dibuktikan dalam Landmark Study tu ye. Shaklee sendiri memang guaranted bahawa sesiapa yang makan vitamin Shaklee akan mendapat kesihatan yang baik sama ada dalam jangka masa panjang atau dalam masa jangka pendek. Syarikat vitamin lain tak berani nak guaranted hal ni tau. 

Tapi malangnya, mereka tak nak juga percaya dan main makan je vitamin yang bukan-bukan. Haihhh ~ Tak mau begitu. Kesian diri awak tu. Allah bagi amanah untuk kita jaga betul-betul. Sementara kita hidup ni dengan ada kesihatan yang sihat la kita boleh beramal dengan banyak.


2. MASYARAKAT MASIH ANGGAP VITAMIN INI AKSESORI

Macam aksesori rantai dan kereta, kalau ada pun ok, kalau takde pun ok. Golongan ini selalunya tak tahu apa yang diperlukan oleh badan mereka. Mereka tak tahu nutrisi apa yang cukup atau tidak. Dan ada juga golongan yang main makan je vitamin apa pun asalkan murah. Diaorang tak fikir vitamin tu berkesan ataupun tidak, ada racun pun ditolak tepi. Yang penting janji murah.

Alahai ~


Yes. Memang boleh kurus tanpa vitamin. Tapi lagi bagus korang amalkan vitamin untuk keperluan nutrisi yang cukup. Sebab ianya akan membantu metabolisme kita untuk melawan penyakit yang berbahaya. Kita hidup ni bukan setakat nak kurus je tau. Malah kita kena fikirkan kesihatan juga.

Sebenarnya kalau kita exercise sekalipun, tak cukup vitamin, akan membawa padah tau. Padah macam mana pulak tu? 

Contohnya, seorang ahli gym ni buat work out. Nak badan berketul-ketul tapi tak pentingkan vitamin. Tengok-tengok tengah work out tu kaki patah. Tu tandanya beliau tak cukup kalsium. Jadi, daripada situ dah nampak yang korang jangan lah abaikan vitamin walaupun rasa ianya tak penting. Tapi dalam diam ianya sangat penting ye :)


Kurus ni adalah subjektif untuk semua orang. Tapi korang nak ke tengah sibuk nak kurus, tengok-tengok ada penyakit berbahaya. Confirm la tak nak kan. Jadi, pilihan di tangan anda. Nurul menulis di sini bukan bertujuan untuk melariskan produk. Tapi Nurul nak kita semua sedar bahawa kita hidup bukan pada zaman atok nenek kita. Kita hidup dalam zaman yang moden dan pelbagai risiko yang kita akan dapat.

Jadi, bertindak sebelum terlambat. Kita takkan pandang VITAMIN tu penting selagi kita tak sakit. Bila da sakit, nak sembuh pun susah. Bak kata perpatah, MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT.

Renung-renungkanlah ^^






2 comments:

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D