Bercinta Sebelum Nikah | Apa Kata Ketua Ulama Sedunia? - Syahirah Valiant

August 23, 2017

Bercinta Sebelum Nikah | Apa Kata Ketua Ulama Sedunia?

Image result for love

Manhaj para ulama yang bijaksana : Kita mengambil kira hakikat di sebalik nama (bagaimana orang menguruskan cinta mereka) bukannya nama ('bercinta', berkapel dan sebagainya).


"Ada yang kata bercinta boleh. Ada yang kata tak boleh. Mana satu ni?"
"Ada yang kata bercinta dengan niat nak kahwin tu boleh. Betul ke?"
"Ada yang kata penting bercinta sebelum kahwin. Ada yang sebaliknya. Mana satu?"


MAKSUD 'BERCINTA' SEBELUM NIKAH

Sebelum menjelaskan soalan-soalan ini, eloklah kita bincangkan serba sedikit maksud bercinta. Boleh jadi maksudnya pelbagai dalam fikiran kita. Betul tak? Perbezaan maksud ini lumrah berdasarkan maksud yang difahami oleh masyarakat setempat, pengalaman, realiliti, pendapat, fikiran dan latar belakang yang berbeza-beza.

Biasanya tulisan ilmiah lebih menekankan penggunaan Bahasa Melayu tinggi. Segala makna akan dirujuk di dalam kamus. Manakala tulisan dakwah lebih menekankan penggunaan bahasa yang dekat dengan masyarakat sebagai sasaran dakwah.

Kamus dewan, edisi keempat (2007) memberi definisi 'bercinta' itu ialah : menaruh rasa cinta atau berahi atau berasa rindu.

Jadi, apa sebenarnya makna 'bercinta' ni?


Mengikut 'manhaj' para ulama yang bijaksana, makna sebenar suatu pengungkapan bukan pada namanya tapi berdasarkan hakikat atau intipati benda yang dinamakan itu.



Tidak Bercampur Kecuali Atas Dasar Urusan

Kadangkala kita keliru dengan batas-batas pergaulan yang perlu kita jaga. Jom kita hayati apa point-point tersebut ^^

1. Tidak bercampur dengan lelaki atau wanita asing (bukan mahram) kecuali kerana keperluan yang mendesak, kemaslahatan yang dibenarkan dengan kadar yang mencukupi. Contohnya solat di masjid, menuntut ilmu dan bantu-membantu atas dasar kebaikan serta ketakwaan.

2. Wanita tidak dihalang dari menyertai untuk berkhidmat kepada masyarakatnya. Di samping itu, tidak mengabaikan batas-batas syarak dalam pertemuan dengan lelaki.

3. Merendahkan pandangan serta menjaga kemuliaan dan kesucian.

4. Berasa malu dan menutup pakaian serta perhiasan tetapi tidak dalam bentuk yang menyukarkan.

5. Tidak menampakkan perhiasan wanita yang tersembunyi seperti rambut, leher, tengkuk, dua lengan dan dua betis kecuali kepada suaminya dan lelaki mahram.

6. Berhati-hati semasa mengatur langkah dan pertuturan,

7. Menjauhkan semua perkara yang boleh merangsangkan.

8. Mengelakkan diri daripada khalwat.



Jadi, kita sebagai umat Islam kena berhati-hati dengan perkataan bercinta tu. Dalam Al-Quran pun dah sebut tentang batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Boleh berkawan, tetapi sedar yang kita ni Islam. Memang manusia sering melakukan kesalahan, tapi cepat-cepat la sedar dan sentiasa beringat. In Sha Allah, Allah akan lindungi kita. :)





2 comments:

  1. Jodoh di tangan Tuhan. huhu. Kita doakan semoga semua pasangan yang bercinta sebelum atau selepas kahwin sentiasa bahagia di dunia dan akhirat. InsyaAllah. Aamin.

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D