Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sebagai Seorang Blogger?

Monday, August 21, 2017

ice cream, food, and city image


Sekian lama Nurul tak share tips pasal blog kan. Aik, korang tak tahu ye Nurul pun ada sharing sikit tentang tips blog? Ayokkk ~ Kalau tak percaya, korang boleh usha dekat SINI tau ^^ Tips-tips yang Nurul kongsikan dalam blog Nurul ni adalah tips yang Nurul dah praktikkan. So, korang boleh la ikut kalau ianya bagi manfaat untuk korang :D

Dan sekarang Nurul nak share serba sedikit tentang seorang blogger. Kita semua blogger kan? Suka menulis, explore dan suka cari kawan baru. Tapi, pernah tak korang terfikir apa yang sebenarnya seorang blogger perlu lakukan?


APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEBAGAI SEORANG BLOGGER YANG HEBAT !

1. NIAT SEIKHLAS HATI
Ada tak dekat sini nak berblog semata-mata sebab DUIT? Atau sebab POPULARITI je? Aippp. Jangan tau. Betul kan balik niat awak tu. Kita sebagai seorang blogger ni kena lah fikirkan orang lain. Kita berblog ni kan untuk menyampaikan maklumat. So, pastikan niat korang tu sampai dengan apa yang korang buat sekarang. Kalau niat salah, sia-sia je selama ni korang berblog. 



2. TENTUKAN TARGET KITA
Ini memang patut ada pada setiap blogger. Kalau korang ada yang jadikan blog ni sebagai punca korang mencari rezeki, tak salah. Tapi kena tengok target korang tu. Korang nak hasil yang tip top. Tapi apa yang korang lakukan tu tak setanding dengan yang korang nak. Jadi, macam tu? Hurmmmm ~ Percaya lah. Apa yang kita buat tu menampakkan hasil yang akan datang.



3. ENTRY YANG SIMPLE DAN BERMANFAAT
Apa maksud tu? Haaaa, korang rajin tak membaca sesuatu yang panjang lebar? Memang ada orang suka. Tapi tengok pada waktu tu. Buatnya time tu kita tengah busy dan tak sempat nak membaca, membazir je kan entri kita tu. Orang pun tak nak baca lagi-lagi entry panjang dan tidak ada apa-apa maksud pun. So, tunggu apa lagi. Meh check entry kita macam mana :D



4. TERJAH SETIAP HARI BLOG OTAI & CARI INFO ATAU TIPS YANG BERGUNA
Ini pun penting tau. Kadang-kadang kita tak sedar yang kita kena belajar sesuatu dengan orang yang hebat dan seseorang yang dah berpengalaman. Pada Nurul la kan. Nurul suka singgah blog otai-otai ni. Banyak info yang Nurul dapat dan Nurul boleh explore cara penulisan. So dari situ kita boleh asah lagi cara penulisan kita. Dapat tak apa yang Nurul cuba terangkan ni? Kita jangan jadi sombong ye :D



Dah habis baca? So jangan la tangguh lagi. Jom kita apply semua tu. Nurul dah buat dan dah dapat hasilnya. Jom kita sama-sama jadi seorang blogger yang mempunyai matlamat untuk menyebarkan maklumat yang diperlukan oleh orang ramai. 

Saham di akhirat nanti adalah salah satu saham kita menyampaikan ilmu :D




You Might Also Like

14 Comments

  1. cari rezeki sikit2 je tapi sebenarnya lebih kepada nak simpan memori sebab makin berusia ni makin nyanyuk :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la.. lebih kepada simpan memori :D

      Delete
  2. perkongsian yang baik..insyaallah saya cuba

    ReplyDelete
  3. thank you for the tips!saya berguna pada gee..sebab baru nak serius berblogging sekarang..dulu suam suam je..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. most welcome dear.. takpe, awal-awal je suam-suam kuku tu.. nanti boleh jadi blogger yang hot :D

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Suscribe Us