Anak Gadis Melayu Zaman Sekarang Dan Kain Batik

By Nurul Syahirah - August 14, 2017

Image result for kain batik


Nurul Nurul ~ Apa pelik sangat tajuk kali ni. Hehehe. Terasa nak buat entri pasal anak gadis melayu zaman sekarang dan jugak kain batik. Apa kaitan dua tu? Jeng jeng jeng !! :D

Pada pendapat korang la kan. Best tak pakai kain batik ni? Nurul percaya memang zaman sekarang ni anak-anak gadis takde maknanya nak pakai kain batik ni kan. Katanya tak selesa dan susah nak bergerak. Eh, yeke? Betul ke? Hehehe. Mana taknya. Selalu kita nampak anak gadis sekarang pakai seluar je kan. Lagi-lagi dekat rumah. Confirm punya la.

Tapi pada pendapat Nurul la kan. Nurul lagi prefer pakai kain batik dan itu adalah kegemaran Nurul. Nurul tak tahu kenapa yang Nurul suka pakai kain batik daripada seluar. It's feel like Nurul bebas nak bergerak. Pelik kan. Tapi itu la hakikatnya.

Siapa geng kain batik dekat sini, sila munculkan diri anda. Hehehe. Kita geng ! Pada masa dekat kampung sepupu-sepupu perempuan Nurul pakai seluar, Nurul sorang pakai kain batik. Eh, tak salah kan. Lagi selesa kot. Dan itu kan salah satu tradisi melayu. Lagipun corak kain batik ni cantik-cantik tau. Sedap mata memandang :D



  • Share:

You Might Also Like

16 Comments