Anak Akan Jadi Kurang Nakal Jika Ibu Bapa Selalu Berikan Ciuman Di 4 Tempat 'Ajaib'

Saturday, August 19, 2017

Image result for baby kissing


MAK AYAH WAJIB TAHU DEKAT MANA NAK CIUM ANAK-ANAK

Kadang-kadang anak kita jadi liar disebabkan kurangnya sentuhan dan ciuman daripada ibu bapa. Perasan tak kalau anak kita jatuh sampai benjol kepala, kita automatik rasa nak peluk cium anak dan gosok-gosok dekat tempat yang benjol tu dan serta merta anak kita pun akan jadi makin tenang dan sakit dia akan berkurang.

Itu lah dia keajaiaban sentuhan dan ciuman ibu bapa !


Tapi, nak cium anak pun kena ada ilmu tau untuk pastikan mereka mendapat kasih sayang yang sempurna. Ada 4 tempat ciuman dan 6 tempat gosokan.




1. CIUMAN DI KEPALA ADALAH CIUMAN KEBANGGAAN

Bila kita rasa bangga dengan pencapaian anak kita, contohnya dia boleh skor A dalam exam, cepat-cepat lah kita cium di kepala mereka atas tanda kita bangga dengan mereka. Kadangkala, anak kita ni nakkan yang dia nampak ibu bapa mereka bangga dengan mereka.


2. CIUMAN DI DAHI ADALAH TANDA REDHA

Image result for forehead kiss baby


Image result for forehead kiss baby

Bila anak kita buat sesuatu yang buat kita rasa redha dan ikhlas pada anak, dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium. Si anak pun akan suka dengan ciuman tersebut :D


3. CIUMAN DI PIPI ADALAH CIUMAN RINDU

Image result for cheek kiss baby

Bila kita ambil anak daripada taska atau bila anak baru balik daripada sekolah, tempat terbaik nak cium adalah di pipi. Kadangkala kalau kita dah rindu sangat tu sampai nak gomol je kan. Lagi-lagi kalau si anak tu tembab. Hehehe.


4. CIUM DEKAT TANGAN ADALAH BILA KITA RASA KASIH SANGAT DEKAT ANAK KITA

Image result for hand kiss baby

Ciuman di tangan ni istimewa sangat sebab tu kita kena ajar anak kita cium tangan kita. Ramai budak-budak bukan cium tangan tapi sujud dekat tangan orang tua. Salah tau. Bersalam kena guna bibir atau hidung. Bukan dahi ye. 


Untuk tempat gosok tu sama je dengan 4 tempat ciuman tapi kita tambah lagi 2 tempat iaitu :- 

1. Gosok di belakang leher kalau anak-anak nampak risau atau tak tenteram.

2. Gosok di dada pulak sangat mujarab untuk kurangkan kenakalan anak-anak. Sambil gosok tu mak ayah boleh cuba selawat atau baca surah pendek macam Al-Fatihah atau Ayat Kursi.






You Might Also Like

4 Comments

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Suscribe Us