4 Resepi Mudah Dan Berkhasiat Untuk Bayi Daripada Hanis Zalikha - Syahirah Valiant

Post Top Ad

August 07, 2017

4 Resepi Mudah Dan Berkhasiat Untuk Bayi Daripada Hanis Zalikha



Menjadi seorang ibu pada usia yang muda memang agak sukar terutama hal-hal yang berkaitan dengan makanan. Memulakan pemakanan bayi perlu disediakan dengan teliti untuk mengelakkan berlaku sebarang alahan dan ketidakhadaman.

Seronok bila tengok si comel berselera makan makanan air tangan ibu. Masak sendiri makanan untuk anak anda. Selain lebih terjamin kebersihan dan khasiatnya, anda juga dapat belajar mengenali selera makan si kecil.


Makanan pelengkap perlu sesuai dan seiring dengan perkembangan diri bayi. Ia perlu mengandungi campuran makanan yang membekalkan tenaga dan nutrien yang secukupnya untuk tumbesaran bayi yang sihat. Paling penting, mulakan dengan makanan berasaskan bijirin seperti bubur nasi selama beberapa minggu diikuti dengan bijirin lain, disusuli buah-buahan dan sayur-sayuran dan akhir sekali daging.

Bagaimanapun, teruskan memberi susu ibu sekerap yang perlu kerana susu ibu tetap merupakan makanan paling penting dan paling berkhasiat untuk si manja. Namun, pasti ibu-ibu diluar sana selalu melakukan eksperimen dengan membuat satu menu baru yang ringkas tetapi berkhasiat untuk bayi mereka.

Selebriti Hanis Zalikha yang juga seorang ibu kepada Yusuf Iskandar yang berusia 7 bulan juga tidak ketinggalan berkongsi resepi makanan anaknya di Instagram. Jom kita ikuti 4 Resepi Mudah Dan Berkhasiat Untuk Bayi.



1) SAYUR-SAYURAN DAN BIJIRIN


Bahan-bahan :
  • Buah Avocado
  • Sayur Baby Spinach organik yang telah direbus
  • Oat organik yang telah dimasak

Cara-cara :

1. Kisar kesemua ramuan dan bahagikan untuk menjadi makanan pagi dan petang.


Khasiat Avocado yang perlu anda tahu ialah ia kaya dengan serat ataupun fiber. Serat adalah sejenis tumbuhan yang tidak dicerna di dalam usus. Ia juga boleh membantu menurunkan berat badan, mengurangkan kadar gula dalam darah dan memudahkan proses membuang air besar.




2) NASI TOMATO VERSI BAYI


Bahan-bahan :
  • Nasi yang dimasak tidak terlalu keras
  • Tomato segar

Cara-cara :
  • Rebus kedua-dua bahan dan kisar kedua-duanya hingga halus.

Tomato kaya dengan khasiat Vitamin A dan Vitamin C. Sebahagian besar kandungan di dalam tomato boleh bertindak untuk kesihatan kulit dan mengelakkan daripada masalah kerosakan sel kulit.





3) SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN


Bahan-bahan :
  • Avocado
  • Buah Epal
  • Sayur Organik Brokoli

Cara-cara :

1. Kisar ketiga-tiga bahan sehingga halus dan siap untuk diberi kepada bayi


Pigmen merah yang terdapat pada kulit buah epal merah mengandungi sejenis bahan yang dipanggil likopena. Bahan ini mempunyai pelbagai khasiat antioksida semulajadi yang baik untuk kesihatan badan. Selain antioksida yang berfungsi menjauhkan seseorang daripada serangan kanser dan likopena juga baik untuk mengurangkan risiko jantung.





4) NASI JAGUNG


Bahan-bahan :
  • Beras

Cara-cara :
  • Rebus putik jagung tersebut sehingga lembut
  • Masak nasi
  • Kemudian kisar kedua-dua bahan sekali sehingga halus

Putik Jagung atau dikenali sebagai baby corn mengandungi jumlah serat yang tinggi. Serat tersebut dapat merangsang sistem penghadaman dan pencernaan yang sihat. Sistem pencernaan yang sihat dapat memberi berat badan yang ideal kepada si pemakan.




Hanis Zalikha juga turut berkongsi kelebihan membawa anak ke pasar raya membeli barang keperluan. Ia adalah kelas terbaik mengajar anak walaupun masih kecil mengenai perkara baru.




Diharap resepi puree bayi oleh Hanis Zalikha dapatlah memberi serba sedikit idea kepada ibu di luar sana untuk menyediakan makanan yang terbaik buat si comel. Semoga si comel lebih sihat dan membesar dengan sihat. In Sha Allah.


Jika ada sebarang pertanyaan, boleh la drop kan komen anda di bawah ye :)








4 comments:

  1. Boleh simpan dulu link resepi nie. Ada baby nanti boleh buka balik. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. Boleh.. Nanti boleh jadi sebagai rujukan 😁

      Delete
  2. suka tengok cara Hanis ajar Yusuf... resepi2 dia bagi pun bagus dan sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes.. betul tu.. boleh dijadikan contoh :D

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Post Bottom Ad