4 Hotel Dan Homestay Di Melaka Yang Unik Dan Menarik

Tuesday, August 29, 2017


Negeri yang mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO kerana kekayaan nilai sejarahnya memiliki pelbagai tarikan. Selain daripada tempat terikan pelancong seperti Bangunan Merah, Jonker Walk dan Kubu A'Famosa, Melaka semakin pesat membangun dengan tarikan baru seperti Sky Tower, Toy Museum, Muzium Kapal Selam dan sebagainya.

Bukan itu sahaja. Ada banyak makanan 'viral' yang mesti dicuba di Melaka. Senang kata, memang tak cukup sehari kalau nak ronda satu Melaka ni. Jadi, tak rugi kalau ajak satu keluarga bermalam di Melaka.


4 HOTEL DAN HOMESTAY DI MELAKA YANG UNIK DAN MENARIK !

Disini Nurul senaraikan beberapa lokasi hotel, villa retreat atau homestay di Melaka bagi anda bersama keluarga atau rakan-rakan.

1. CABIN BUNGALOW

Sebuah rumah banglo dan 4 unit bilik berkonsepkan kontena kabin yang unik pasti memberikan pengalaman penginapan yang tidak dapat dilupakan semasa anda di Melaka. Boleh memuatkan seramai 40 orang jika anda sewa kesemua 4 unit kontena dan sebuah banglo ini. Sesuai sangat untuk aktiviti gathering bersama keluarga atau rakan-rakan.

Di banglo fasilitinya lebih lengkap dengan ruang tamu yang besar, dapur dan ruang menonton TV yang selesa. Unit kontena juga tidak mengecewakan kerana sungguhpun ruang dalaman yang agak terhad, namun kawasan luarnya sangat lapang. Ruang parking pun tiada masalah. Siap ada kolam renang dan ruang BBQ untuk bersantai.


ALAMAT : Lot 463, Jalan Bunga Kemboja 8, Jalan Semabok Dalam, Melaka.

NO TEL : Shakirah - 0123080929


HARGA : RM199 - RM250 satu malam (unit kontena maksimum 4 orang), RM990 / malam (banglo dengan maksimum 15 orang)



Banglo yang luas dan cantik.




Suasana dari dalam unit kontena. Unit banglo yang boleh dilihat dari arah bertentangan.




4 unit kabin yang selesa.



2. THE HUT, SERKAM

Chalet The Hut terletak di Kg Serkam Pantai, 500 meter dari Medan Ikan Bakar Serkan yang popular. Chalet The Hut adalah homestay di Melaka yang amat sesuai bagi mereka yang ingin merasa suasana kedamaian kampung. Ia dibina dengan menggunakan semula kayu-kayu lama bersama atap nipah yang menyerlahkan lagi unsur-unsur senibina Melayu.

The Hut menyediakan sebuah kolam renang untuk bermain air. Kalau cakap je pasal kolam, tentulah anak-anak seronok. Betul tak? Selain itu, The Hut ada menyediakan perkhidmatan menyewa basikal untuk anda bersiar-siar sambil menikmati keindahan pemandangan sekitar kawasan tersebut.

Terdapat 5 unit bilik berasingan dengan kapasiti maksimum untuk 20 orang (4 orang setiap bilik)


ALAMAT : KM18, Kg. Serkam Timur, 77300 Melaka.

NO TEL : 012-320 2611

FACEBOOK : The Hut Malaysia

HARGA : RM160 - RM200 / malam (1 bilik 4 orang)











3. LIMASTIGA, UMBAI

Limastiga adalah antara homestay di Melaka yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Sesuai dengan namanya, penginapan berbumbung limas ini mendapat sentuhan senibina serta landskap yang amat mengagumkan. Segenap ruang tampil eksklusif dan dipenuhi tumbuh-tumbuhan yang redup serta elemen air yang menyegarkan.

Terletak berdekatan dengan Muara Ikan Bakar Umbai, serta beberapa lagi tarikan menarik seperti Restoran Ikan Bakar Terapung dan Perigi Hang Tuah. Ia sangat sesuai untuk dijadikan tempat untuk berehat dan bersantai bersama keluarga.


ALAMAT : Jalan Paya Dalam, Umbai, 77300 Melaka

NO TEL : 012-658 1381 / 012-623 7687

FACEBOOK : Limas Tiga

HARGA : Pakej berharga sekitar RM2300 - RM2800 (untuk 3 buah rumah yang boleh memuatkan 24 orang)













4. MASBRO VILLAGE HOMESTAY

Jika datang dari Melaka melewati Tol Alor Gajah, pasti anda akan terpandang beberapa buah rumah berbentuk segi tiga berwarna-warni. Memang ceria sangat !

Terletak kira-kira 7km dari pusat bandar Air Keroh, penigapan unik ini merupakan antara tarikan rumah penginapan terkini di Melaka yang dikatakan mirip dengan Brighton Beach, Australia. Ia juga menjadi pilihan lokasi videoklip lagu Jaga-jaga oleh penyanyi terkenal, Amira Othman.

Dengan laman yang cantik serta kolam renang yang besar, setiap sebuah rumah 2 tingkat ini dapat memuatkan sehingga 6 orang. Sesuai untuk dikunjungi keluarga kerana ia bukan sahaja selesa dan cantik, tetap juga convenient.


ALAMAT : Masbro Village Homestay, Lot 291, Batu 7 1/2 Paya Rumput, Jalan Paya Rumput Perdana, 76450 Melaka.

NO TEL : 013-313 6872 / 011-732 242


HARGA : RM280 untuk seunit / malam (6 orang)











Memang mengancam betul tempat-tempat di Melaka ni kan. Tarikan dia yang penuh dengan sejarah. Walaupun kita bosan untuk belajar sejarah, tapi bila dah nampak depan mata, kita akan rasa tertanya-tanya dan nak tahu dengan lebih lanjut.

Pada siapa yang plan nak cuti di Melaka tu, boleh la survey-survey Hotel dan Homestay yang Nurul nyatakan sebentar tadi. Anak-anak pun pasti suka ^^







You Might Also Like

4 Comments

  1. alaaa semua cantik semua best semua kita nak pi macam mana niiii ?? hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. itu la.. rambang mata tau >.<"

      Delete
  2. Siqah paling teringin nak pergi no 2 dan 4. Menarik tertarik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. cuba la.. orang ramai pun kata best ^^

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Suscribe Us