August 2017 - Syahirah Valiant

August 16, 2017

Kucing Pun Pandai Ber'posing'

Wednesday, August 16, 2017 5
Kucing Pun Pandai Ber'posing'

Hari ni kita santai-santai je ye. Tergerak hati pulak nak buat entri pasal meow ni. Hehehe. Semestinya haiwan kesayangan Nurul. Tak kira la jenis kucing apa sekalipun. Diaorang ni makhluk Allah yang tersangat la comel dan bulus tu buat ku geram. Malangnya, Nurul ada resdung dan tak boleh kerap sangat nak gomol kucing tu.

Macam best je tajuk hari ni. Hehehe. Kita selalu tengok gambar kucing berposing ni dalam google je kan. Tak tahu la ianya betul atau tidak. Tapi Nurul rasa majoriti semua betul. Ada juga tau kucing yang pandai berposing. Contoh macam kucing yang bakal Nurul tunjukkan nanti. ^^

Dua hari lepas kut. Nurul berwhatsapp la dengan kawan kolej Nurul dulu. Sebabnya Nurul dengan dia memang suka sangat dengan kucing. Kadang-kadang share-share gambar kucing. Nurul pun ada bela kucing. Memang elok sangat lah tu. Tapi yang buatkan Nurul geram, kucing dia serious la pandai nak berposing. Tak percaya? Korang tengok ni :D








Haaaa. Tengok la ni. Hahaha. Comel giler. Untuk pengetahuan korang, ni merupakan kucing daripada India tau. Teddy ni baru balik Malaysia. Tapi serious comel. Dan ini lah kucing kawan Nurul tu. Kalau si gendut mika tu pandai berposing macam ni. Mesti comel jugak. ^^




Kelebihan Produk Review Dan Advertorial Di Blog

Wednesday, August 16, 2017 2
Kelebihan Produk Review Dan Advertorial Di Blog
Kini ramai blogger yang menerima pelbagai tawaran untuk membuat advertorial dan produk review di blog masing-masing. Ianya merupakan satu peluang untuk menjana pendapatan yang baik buat blogger.

Tapi, pernah tak anda terfikir kenapa advertorial dan produk review di blog semakin mendapat perhatian dan mula digemari? Sudah tentu kerana terdapatnya kelebihan-kelebihan yang begitu besar dan semakin diakui kepentingannya pada masa kini dan akan datang.


Kelebihan Produk Review & Advertorial di Blog


KELEBIHAN BLOG

Berikut merupakan beberapa kelebihan advertorial dan produk review di blog yang memberikan nilai tinggi dan ada diantaranya tidak mungkin diperoleh melalui media lain.


1. MEDIA YANG LENGKAP
  • Sudah semestinya blog dapat memberikan kaedah yang paling lengkap untuk teknik penyampaian. Tiada had maksimum jumlah perkataan yang boleh digunakan serta informasi bolehlah disampaikan dengan lengkap agar mudah difahami oleh orang ramai.
  • Posting juga boleh disertakan gambar, video, audio, banner serta pautan (link url) yang memberikan nilai tambah serta mempelbagaikan teknik penyampaian agar lebih menarik dan kreatif dalam mengolah artikel.
  • Perkongsian (sharing) artikel amat mudah dilakukan serta kemudahan interaksi dua hala secara terus melalui ruang komen memberikan kelebihan untuk berkomunikasi.

2. GAYA HIDUP MASA KINI
  • Kepesatan dan kemajuan teknologi komunikasi masa kini telah menjadikan segala informasi boleh diakses hanya secara online sahaja. Telefon pintar semakin berkuasa dan menjadi keperluan setiap orang untuk membuat rujukan, membeli, membayar, menjual, bersosial dan sebagainya.
  • Ianya akan terus menjadi gaya hidup masa kini dan akan datang. Maka peluang pemasaran secara online ini semakin amat penting dan berpotensi tinggi. 

3. PROMOSI MELUAS TANPA SEMPADAN
  • Blog merupakan media sosial tanpa sempadan yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia, bangsa dan batasan negara. Ianya menjadi pentas terbaik dan berkesan untuk promosi tanpa had dan boleh menjanjikan kejayaan dalam masa yang singkat serta berterusan.
  • Kelebihan blog yang membenarkan perkongsian artikel dengan mudah ke media sosial lain telah membuka lebih banyak ruang untuk hebahan yang meluas dan bukan sahaja dalam negara malah ke seluruh dunia !

4. TEMPOH PROMOSI BERPANJANGAN
  • Tempoh masa adalah kelebihan yang tidak boleh dimiliki oleh media-media lain. Blog menawarkan jangka masa promosi tanpa had masa selagi posting atau entri serta blog tersebut masih wujud.
  • Ianya memberi jaminan terbaik bagi pengukuhan dan penjenamaan jenama, produk atau perkhidmatan di dalam dunia maya untuk jangka masa yang sangat panjang.

Jadi, jelas bahawa mereka yang telah terbuka mata dan minda sahaja yang sanggup melabur untuk menggunakan peluang advertorial dan produk review di blog. Maka, pilihan melakukan promosi, penjenamaan, pengenalan dan hebahan melalui blog adalah yang terbaik kerana kelebihan yang diperolehi sangat berbaloi.








August 15, 2017

Moisturizer Tea Tree Oil Cosmoderm Untuk Kulit Berminyak Dan Muka Yang Bermasalah

Tuesday, August 15, 2017 6
Moisturizer Tea Tree Oil Cosmoderm Untuk Kulit Berminyak Dan Muka Yang Bermasalah

Penjagaan muka sangat penting kan lagi-lagi untuk perempuan. Rasa macam nak belai je muka ni. Hehehe. Lagi-lagi kalau kulit muka kita lembut dan halus je macam kulit baby. Lagi la suka kita pegang kan. Tapi, nak dapatkan kulit macam tu pun kena ada usaha tau dan kena jaga elok-elok.

Nurul nak share something dengan korang ni. Setiap daripada kita memang menggunakan skincare lain-lain kan. Tak kira la jenama apa sekalipun. Tapi, adakah skincare korang tu selamat digunakan ataupun ada kesan jangka masa panjang nanti. Haaaa ~ Fikir-fikirkan la ye. 

Sekarang ni Nurul ambil keputusan untuk stay dengan skincare jenama Cosmoderm sebab ianya memang best sangat-sangat. Skincare ni tidak dibuat daripada bahan chemical berbahaya tau dan tiada paraben di dalamnya. Tapi hari ni Nurul nak story tentang Moisturizer Tea Tree Oil khas untuk sesiapa sahaja yang mempunyai masalah kulit berminyak dan kulit muka yang bermasalah. Bila dah kulit berminyak tu confirm-confirm la korang tak suka kan dengan keadaan kulit muka korang tu. Haihhhh ~ Nurul alami benda tu sebab Nurul memang salah seorang yang ada masalah tersebut.




So ini lah dia Moisturizer Tea Tree Oil tu. Memang best sangat bila guna tau. Ringan je dekat muka dan paling penting ianya tidak melekit. Ada certain moisturizer tu bila kita pakai melekit je kan. Tapi ni tak. Bila kita sapu tu memang akan rata dan selesa je muka kita. Boleh jugak dibuat sebagai base makeup ^^ 


Ia juga merupakan 2 dalam 1 - primer dan pelembab untuk kulit berminyak dan kombinasi :
  • Pelembab berasaskan air, sesuai sebagai asas mekap atau untuk wajah natural.
  • Perlindungan asas tabir suria daripada UVA dan UVB yang menggelapkan dan merosakkan sel kulit.
  • Sesuai untuk kulit berminyak dan kombinasi.



Kalau korang nak sangat cari produk Cosmoderm ni, boleh la cari dekat ig ni ye. Semua produk ada tau. Tinggal pilih je. Korang juga akan diconsult cara pemakaian produk dengan sempurna. ^^





August 14, 2017

Anak Gadis Melayu Zaman Sekarang Dan Kain Batik

Monday, August 14, 2017 16
Anak Gadis Melayu Zaman Sekarang Dan Kain Batik
Image result for kain batik


Nurul Nurul ~ Apa pelik sangat tajuk kali ni. Hehehe. Terasa nak buat entri pasal anak gadis melayu zaman sekarang dan jugak kain batik. Apa kaitan dua tu? Jeng jeng jeng !! :D

Pada pendapat korang la kan. Best tak pakai kain batik ni? Nurul percaya memang zaman sekarang ni anak-anak gadis takde maknanya nak pakai kain batik ni kan. Katanya tak selesa dan susah nak bergerak. Eh, yeke? Betul ke? Hehehe. Mana taknya. Selalu kita nampak anak gadis sekarang pakai seluar je kan. Lagi-lagi dekat rumah. Confirm punya la.

Tapi pada pendapat Nurul la kan. Nurul lagi prefer pakai kain batik dan itu adalah kegemaran Nurul. Nurul tak tahu kenapa yang Nurul suka pakai kain batik daripada seluar. It's feel like Nurul bebas nak bergerak. Pelik kan. Tapi itu la hakikatnya.

Siapa geng kain batik dekat sini, sila munculkan diri anda. Hehehe. Kita geng ! Pada masa dekat kampung sepupu-sepupu perempuan Nurul pakai seluar, Nurul sorang pakai kain batik. Eh, tak salah kan. Lagi selesa kot. Dan itu kan salah satu tradisi melayu. Lagipun corak kain batik ni cantik-cantik tau. Sedap mata memandang :D



August 13, 2017

Serlahkan Kejelitaan Anda Bersama Essence

Sunday, August 13, 2017 13
Serlahkan Kejelitaan Anda Bersama Essence
Cakap je pasal makeup, mesti ramai yang suka kan. Especially siapa yang kaki makeup macam Nurul. Hehehe. Tapi kebanyakan makeup Nurul hanya lah berasaskan daripada drugstore je. Tak mampu deh nak beli dekat sephora. Tengok harga pun dah terbeliak. So, untuk tunaikan minat kita terhadap makeup, Nurul beli je mana yang mampu dan hasilnya sama je kan :D

Siapa yang selalu beli makeup dekat drugstore tu, angkat tangan !! Kita geng. Hehehe. Time nak pilih pun satu hal. Confirm rambang mata kan. Padahal semua sama je. Tapi bila dah sampai masa tu, dalam kepala asyik fikir, eh ni lain. Tu lain. Siapa yang ikut Nurul pergi shopping makeup pun memang akan pening dan penat. Bukan penat apa. Penat tengok kita memilih :D


Nurul suka sangat dengan makeup daripada essence ni. Sangat sesuai dengan muka Nurul. Ada sesetengah makeup kalau Nurul pakai akan naik jerawat tau. Tapi bila pakai ESSENCE ni, Alhamdulillah jerawat tak naik. Maksudnya muka memang dah serasi dengan makeup ni dan makeup daripada essence memang sangat-sangat cantik tau. Nak tengok koleksi Nurul? Jom-jom :D




So, ini lah koleksi Essence Nurul. Beli dekat drugstore je. Murah pun murah. Pasal essence yang Nurul suka adalah packaging dia. Comel dan mudah untuk bawak travel. Serious ~ Palette dia pun comel je. Hehehe. Senang Nurul nak bawak balik kampung atau pergi travel.

Apa yang Nurul ada tu ?

  • Mousse foundation
  • Mosaic blush
  • Eyeshadow roses palette
  • Highlighter palette
  • Eyeliner 2 in 1
  • Concealer
  • Transparent mascara
  • Eyeshadow base
  • Eyebrow mascara

Itu lah dia collection essence Nurul. Nanti Nurul up pasal cara Nurul makeup pulak ye :D Pada diri Nurul, Nurul suka pakai makeup yang sangat ringan. Kadang-kadang nampak macam tak makeup. Hehehe. Tapi kita nak nampakkan natural look tu kan, so kena la pakai makeup nipis je. ^^


Perempuan yang pakai makeup ni bukan lah tutup segala cela yang ada. Itu la diri seorang perempuan. Makeup ni sekadar hiasan untuk diri lebih yakin tampil depan orang ramai. Betul tak? Kalau kita pakai lawa-lawa, mesti kita ada keyakinan nak jumpa ramai orang kan.

Tapi nak diingatkan, da makeup tu cuci elok-elok tau untuk solat. ^^




August 12, 2017

6 Tips Untuk Tangani Panas Baran Pasangan

Saturday, August 12, 2017 6
6 Tips Untuk Tangani Panas Baran Pasangan


Hubungan percintaan tidak kira la ketika bergelar kekasih mahupun sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata adalah medan untuk pasangan memahami antara satu sama lain. Apatah lagi apabila anda berdepan dengan pasangan yang baran walau hanya kerana hal remeh temeh je. Pasti rimas dan menyampah kan? Ikuti beberapa tips untuk anda menangani karenah pasangan si panas baran.


1 : BERI MASA

Kebiasannya orang yang cepat marah mudah untuk kembali normal dalam masa yang singkat juga. Apabila mereka mula menunjukkan rasa tidak puas hati tentang sesuatu perkara yang dibincangkan, berhenti daripada membicarakan perihal itu dan biar dia melayan amarahnya tanpa anda bersuara. Ya, mungkin dia akan menghempas pintu keluar bilik kerana tidak tahan dengan perasaannya yang membuak-buak itu, tetapi dia pasti akan kembali ke dalam bilik dengan senyuman manja serta kata maaf kerana terkasar bahasa. 

Apa yang pasti, biar dia buang segala amarah yang ada. Masa akan menyembuhkan dan mengurangkan rasa itu.



2 : RESPONS ANDA TIDAK DIALUKAN

Hanya kerana kedai bakeri kegemarannya kehabisan stok kek yang diingini, dia marah-marah serta mengamuk tidak tentu hala. Jika anda cuba untuk memberi penjelasan mengapa hal itu berlaku, anda hanya akan mengundang parah dan meningkatkan lagi amarahnya. Jangan cuba untuk menenangkan kerana itu membuatkan mereka rasa lebih tercabar. Mereka menganggap pendapat mereka sahaja yang betul, walaupun jelas segala maklumat yang anda sampaikan adalah mengikut logik.



3 : ELAK TERLIBAT DALAM PERTENGKARAN

Selalunya mereka yang mempunyai sifat baran ini mampu untuk menukar perkara kecil mejadi isu besar. Secara perlahan-lahan, dia juga akan membawa anda terlibat sama dalam permasalahan yang dicipta sendiri. Sebaik sahaja anda menyuarakan pendapat anda, jangan sesekali membalas apa juga yang dia cakapkan.



4 : PUNYAI KESABARAN

Berhubungan dengan seseorang yang mempunyai masalah kawalan emosi memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Cuba sedaya upaya mampu untuk bertindak sebaliknya kerana jika anda turut bersikap negatif sepertinya, hubungan kalian tidak akan kemana. Jadi tenang dan tidak melatah tidak bermakna memberi peluang untuk dipijak, tetapi ia memberi contoh yang baik kepada pasangan.



5 : JANGAN MENGIYAKAN SEGALANYA

Namun, tidak semua yang dia lakukan adalah betul. Jika amarahnya itu sampai ke tahap mengugut, mencederakan anda serta merosakkan harta benda, ia tidak harus berterusan begitu. Mereka perlu belajar untuk mengawal perbuatan serta kata-kata yang menyinggung perasaan. Had kesabaran anda juga ada hanya. Biar mereka tahu yang anda juga ada perasaan.



6 : SOKONGAN LUAR

Kadangkala, sifat mudah marah ini perlu dirawat menggunakan khidmat pakar. Ketahuilah bahawa sikap mudah marah boleh menyebabkan perkara yang lebih teruk seperti kurang waras dan tekanan jiwa. Biar mereka sedar yang anda ingin mereka mengubah sifat buruk anda ini untuk masa depan yang lebih baik.




I'm A Contributor For ZCOOP Malaysia

Saturday, August 12, 2017 8
I'm A Contributor For ZCOOP Malaysia



Alhamdulillah. Pihak Zalora sedar tentang kewujudan dan penulisan Nurul sehinggakan pihak Zalora sudi menjemput Nurul untuk menjadi salah seorang contributor untuk program mereka di bawah ZCOOP MALAYSIA. Pada mulanya memang Nurul tak sangka Nurul dapat sebab Nurul tak rasa penulisan Nurul ni layak untuk menyertai. Tapi Nurul abaikan dan isi je form dan baca syarat yang ditetapkan, Alhamdulillah. Nurul di approve kan. Hehehe.

Dan sekarang, Nurul dah official menjadi contributor ZCOOP. Ramai lagi blogger yang hebat-hebat dapat jemputan sehebat ni. Sebab tu la orang cakap, abaikan kata hati yang menyatakan kita tak boleh. Kita cuba dan tengok hasilnya. Adat la kalau kita diterima atau ditolak. Betul tak? ^^


Sekarang ni Nurul nak jemput korang baca serba sedikit artikel Nurul yang tak seberapa dekat ZCOOP Malaysia.


Baca sini :-




5 Jenis Benjolan Payudara Adalah Bukan Kanser

Saturday, August 12, 2017 0
5 Jenis Benjolan Payudara Adalah Bukan Kanser
Image result for benjolan kanser payudara


Mencari ketulan di payudara boleh menjadi mimpi buruk bagi semua orang khususnya wanita. Tetapi, sebelum cepat-cepat mengambil keputusan, anda harus mengetahui bahawa tidak semua ketulan payudara merupakan tanda anda mengalami kanser payudara. Beberapa ketulan pada payudara juga boleh berupa tumor jinak yang cenderung tidak berbahaya.

Saat melakukan Semak Payudara Sendiri dan mendapati ketulan, perhatikan beberapa ciri benjolan pada kelainan payudara seperti dibawah :-


1. KELAINAN FIBROKISTIK

Kebanyakan benjolan payudara merupakan fibrosis atau kista yang merupakan perubahan tidak normal pada jarigan payudara dan tidak bersifat ganas atau bukan kanser. Perubahan ini biasanya dikesan kerana adanya ketulan pada payudara, rasa sakit, atau bahkan bengkak pada payudara. Keadaan dan gejala ini biasanya semakin teruk seiring dengan bermulanya tempoh haid wanita.

Benjolan yang terasa di payudara mungkin lebih dari satu dan kadang-kadang dari puting akan keluar sedikit cecair berwarna keruh. Keadaan ini cenderung umum dialami oleh wanita usia produktif dan boleh terjadi pada salah satu payudara atau di kedua-dua payudara.



2. FIBROSIS

Rangkaian ini hampir sama dengan jaringan luka. Jika diraba, fibrosis pada payudara akan terasa lembut, padat dan keras. Kelainan ini tidak akan menyebabkan atau berkembang menjadi kanser payudara. Kajian berkaitan peningkatan risiko kanser payudara pada mereka yang menderita kelainan fibrokistik menghasilkan kesimpulan yang berlainan. Ada yang mengatakan bahawa jika mempunyai kelainan fibrokistik, maka risiko kanser payudara di kemudian hari akan meningkat, namun ada juga yang menyatakan bahawa mempunyai kelainan fibrokistik tidak akan meningkatkan risiko kanser payudara.



3. KISTA

Kista adalah kantung yang mengandungi cecair. Adanya kista biasanya baru dikesan ketika ukurannya sudah membesar atau disebut (kista makro) di mana ukurannya mencapai 2,5 - 5 cm. Pada tahap ini anda sudah boleh merasakan adanya ketulan pada payudara. Kista cenderung untuk membesar dan mejadi lunak ketika mendekati masa haid. Ketumbuhan kista biasanya bebrbentuk bulat atau bujur dan mudah digerakkan atau berpinda-pindah ketika disentuh. Tetapi benjolan kista dan ketulan pepejal lain susah untuk dibezakan.

Pemeriksaan lebih lanjut diperlukan untuk mendapatkan data yang tepat sama ada benjolan benar-benar kista. Sama juga seperti fibrosis, kista juga tidak meningkatkan risiko anda terhadap kanser payudara.



4. FIBROADENOMA

Merupakan salah satu jenis tumor jinak yang sering dialami oleh wanita. Ciri-cirinya adalah boleh digerakkan atau berpindah-pindah tempat. Jika ditekan, benjolannya akan terasa padat atau solid, berbentuk bulat atau bujur serta kenyal. Biasanya benjolan payudara ini juga tidak menimbulkan rasa sakit ketika ditekan. Fibroadenoma biasanya dialami oleh mereka yang berusia 20-30 tahun. Selain itu, ketulan fibroadenoma biasanya cenderung memerlukan masa yang lama untuk bertambah besar tetapi tidak mungkin saiznya akan menjadi sangat besar.

Fibroadenoma tidak akan berkembang menjadi kanser dan sama seperti fibrosis serta kista, kajian berkaitan sama ada fibroadenoma boleh meningkatkan risiko terkena kanser payudara di kemudian hari masih belum menemukan jawapan.



5. INTRADUCTAL PAPILLOMA

Merupakan suatu tumor jinak, bukan kanser, terbentuk pada kelenjar susu. Biasanya intraductal papilloma berupa satu benjolan yang cukup besar yang terleyak berhampiran dengan puting atau boleh juga berbentuk beberapa ketulan kecil yang terletak jauh dari puting. Saiz dari benjolan tumor ini berkisar antara 1-2 cm, boleh lebih besar atau bahkan lebih kecil bergantung dari mana ketulan tersebut tumbuh. Terbentuk daripada kelenjar, sel fibrous dan pembuluh darah, intraductal papilloma lebih sering terjadi pada mereka yang berusia 35 hingga 55 tahun.

Jika intraductal papilloma terdiri hanya dari satu benjolan sahaja dan berada dekat dengan puting, keadaan ini biasanya tidak dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser payudara.



Di sini Nurul sertakan cara untuk membuat pemeriksaan payudara sendiri. Jika anda merasakan ada sesuatu yang aneh, anda disarankan untuk membuat pemeriksaan lanjut di hospital dengan segera.

Image result for benjolan kanser payudara








August 11, 2017

Tips Simpan Duit RM20 Untuk Anak, Dalam Masa Setahun Dah Boleh Dapat Berbelas Ribu !

Friday, August 11, 2017 15
Tips Simpan Duit RM20 Untuk Anak, Dalam Masa Setahun Dah Boleh Dapat Berbelas Ribu !

"Anak aku ni simpanan pun tak ada, masa bila nak simpan macam-macam benda nak kena beli..."


Dalam keadaan ekonomi sekarang, memang agak sukar jika kita fikirkan untuk ada simpanan duit yang banyak kan? Mana taknya. Macam-macam yang perlu dibayar dan dibeli sampai tak ada baki untuk membuat simpanan khususnya untuk masa depan anak. Namun, sebenarnya ada cara dan "trick" untuk anda membuat simpanan untuk anak bermula dengan jumlah yang minima. Macam mana pulak tu? Jom baca tips ini.


KAU MUNGKIN RASA TERBEBAN, TAPI HASILNYA ANAK KAU ADA SIMPANAN

Cara simpan duit untuk anak dalam masa 1 tahun sahaja !



Hari ni Nurul nak share tips untuk simpan duit secara kreatif sesuai untuk ibu bapa yang nak menyimpan untuk anak. 

1. Sediakan botol kuih raya saiz besar (selalunya orang guna isi tempeyek). Anda hiaslah ikut suka. Asalkan botol tu boleh bagi anda motivasi untuk menyimpan. Nak letak gambar idola anda pun boleh.

2. Berbelanja. Anda tidak perlu sekat perbelanjaan pun sebenarnya. Beli je keperluan hidup seharian. Tricknya adalah NEVER EVER USE RM20 TO PURCHASE !! Gunakan duit lain yang ada selain RM20. Kalau terpaksa pecah RM50 tu, pecahkanlah sebab kemungkinan bakinya anda akan mendapat RM20 lagi. Tanam pada diri tu tau. Jangan sesekali guna duit RM20.




3. Balik je rumah, pastikan lepas buka kasut tu bagi salam dan tanpa letak wallet atau handbag, masukkan semua RM20 yang anda ada dalam botol. Anda mungkin akan tenung botol tu yang mula dengan sekeping RM20 sambil berkata "Alahai, besarnya RM20 ni ~" Tapi sila lah bertabah dan jangan rasa demotivated ye. 

4. Ulang langkah 1,2,3 sehingga tiba harinya tabung anda penuh melimpah selama setahun. Anda ada 365 hari untuk lalui perjuangan RM20 anda. So, Good luck ^^

5. Cukup 365 hari, anda ajak anak yang ditabungkan tadi duduk sama-sama kira berapa banyak duit untuk dia dah dikumpulkan. Proses pengiraan bersama ini adalah proses paling memuaskan yang tidak tergambar dek kata-kata. Anda mesti buat ye. Ni semua untuk masa depan anak-anak.




KENAPA RM20 ?

1. LEBIH SENANG NAMPAK


Disebabkan warna nya oren, anda akan sedar dengan cepat yang itu duit yang anda kena simpan. Secara automatik anda akan tepikan. Memang tidak terlalu besar macam duit RM50, tapi ianya sangat berharga.



Kesimpulannya, ibu bapa boleh paksa diri untuk buat kalau tidak dapat simpan beribu riban sebulan untuk anak sebab kita bukan orang kaya. Kalau tidak boleh RM20, RM10 pun boleh. Ianya akan menjadi jumlah yang cukup besar.



Jadikan Memori Terindah Bersama Tersayang Dengan Hadiah Daripada Printcious

Friday, August 11, 2017 6
Jadikan Memori Terindah Bersama Tersayang Dengan Hadiah Daripada Printcious

Ya Allah. Serious excited sangat saat dapat parcel daripada Ninja Van ni. Nurul sanggup balik rumah tau time lunch sebab nak bukak parcel ni. Memang tak boleh tunggu time balik kerja. Haaaa, nak tahu apa benda dalam parcel ni? Of course la barang yang Nurul nantikan iaitu barang daripada Printcious. Alhamdulillah. Akhirnya sampai jugak.

Tapi memang bagus sangat servis pihak Printcious ni. Mana taknya. Ambil masa 3 hari je untuk buat dan delivery parcel ni. Memang jangka masa yang singkat. Sedangkan confirm order berlambak kan. Alhamdulillah. Keep it up Printcious ! 


Nak tengok apa yang Nurul order? Jom-jom :D




Ini lah dia yang Nurul order. Pillow dan mouse pad. Untuk pengetahuan korang, printing daripada Printcious ni memang super duper cantik. Serious Nurul cakap. Printing yang high quality sangat-sangat. Sebab ianya memang printing dekat kain. Bukan yang jenis terkopek tu. Terbeliak mata Nurul bila tengok. Sebab printing dia memang tak setanding harganya. Harga yang ditawarkan oleh Printcious sangatlah murah tau.




Bantal ni memang paling Nurul suka. Sedap sangat bila baring. Gebu betul. Hehehe. Dan Nurul memilih untuk letak gambar logo blog Nurul. So kalau bawak balik kampung, mesti la orang tertanya-tanya kan. Then boleh la promote blog kita yang tak seberapa ni. Selain daripada tu, dapat melambangkan yang kita ni seorang blogger. 

Nurul pun pilih latar belakang warna soft sebab Nurul memang suka warna soft pun. Serious cantik sangat. Nurul suka. Dalam kereta masa nak balik kampung boleh lah beradu guna pillow ni ^^




Dan lagi satu, Nurul pun suka mouse pad ni. Hehehe. So lepas ni tetikus Nurul ni dah ada mouse pad. Kalau tidak beralaskan tilam je. Kalau dekat atas meja tak alas apa. Rosak mouse tu nanti kan. So Nurul ambik keputusan untuk beli mouse pad ni.


Keseluruhannya, Nurul suka sangat dengan printing dan servis Printcious. Sebab ianya printing yang sangat eksklusif. Korang yang nak buat hadiah hantaran ke, hadiah time hari bermakna ke, memang Nurul recommended untuk design sendiri dekat printcious. Baru la sweet kan dengan design kita sendiri. Dan printcious pun ambik order untuk dalam jumlah yang banyak tau. Nak buat kenduri memang sesuai sangat dah ~


Haipp haipp ! Excited tu nak beli da? Hehehe. Korang just klik Printcious untuk design dan purchase korang punya sendiri. Bukan setakat pillow dan mouse pad je tau. Ada macam-macam lagi contoh macam baju, apron, mug, keychain dan lain-lain lagi. Nanti share la pulak design korang ye ^^ Thank You Printcious :D




August 10, 2017

Maybelline Baby Lips Mampu Melembapkan Bibir Sepanjang Hari

Thursday, August 10, 2017 9
Maybelline Baby Lips Mampu Melembapkan Bibir Sepanjang Hari
Image result for maybelline


Assalammualaikum wbt. Cakap je pasal Maybelline mesti korang pun tahu kan. Mana taknya. Jenama yang terkenal kut. Memang la rata-rata orang kenal. Siapa yang suka dengan makeup, pasti akan usha jenama Maybelline ni juga kan dan Nurul pun tidak ketinggalan. Hehehe.

Ok, untuk pengetahuan korang, selama ni Nurul kalau pakai lipstik, memang main pakai je. Takde apa base pun. Dan satu hari tu, Ibu Nurul ada cakap kalau suka pakai lipstik, pakai la lip balm ke dulu kalau tak, nanti bibir hitam. Nurul time tu pun, Haaaa ! Biar betul??!! Hahaha. Punya la takut bibir hitam. Mesti la kan. Nanti tak lawa. Nampak kusam je muka kita nanti.

Jadi, start daripada situ Nurul pakai la lip balm. Dan first lip balm yang Nurul pakai adalah Baby Lips khas daripada Maybelline. And first impression Nurul bila dapat baby lips ni, Ya Allah. Comel sangat. Hehehe. Benda da la comel lote je.Warna pun memang warna favourite Nurul. Lagi la excited ku nak pakai ^^





Jadi, ini lah hasil daripada pembelian Nurul dari Maybelline. Alhamdulillah. Memang Nurul suka sangat. Pada korang yang bibir tu selalu je kering dan menggelupas, memang elok sangat korang pakai baby lips ni. Smooth je rasa. Ianya juga sebagai treatment untuk bibir kita. Kesian bibir kita tu kalau tak dijaga dengan betul kan.


APA ITU MAYBELLINE BABY LIPS ?
  • Maybelline Baby Lips mampu melembapkan bibir 8 jam sepanjang hari. Ia juga membantu menjadikan bibir kelihatan seolah-olah melakukan treatment.


KELEBIHAN MAYBELLINE BABY LIPS

Ia merupakan penjagaan klinikal untuk bibir yang lembut seumpama bibir bayi. Formula eksklusif melembapkan dan melindungi bibir selama 8 jam sepanjang hari.
  • 88% mengalami bibir yang lebih licin.
  • 83% mengalami bibir yang lebih baik.
  • 82% mengalami bibir yang kurang kering.
  • 70% mengalami bibir yang lebih lembut.


Haaaa. Itu dia kelebihan Maybelline Baby Lips ni. Memang super duper best tau. Lagi best kalau korang rasai sendiri. Cuba la pakai. In Sha Allah, lepas ni bibir korang akan lebih sihat. Tapi, macam mana nak beli? 

Senang je. Korang boleh beli dekat watson atau farmasi-farmasi yang terdekat. Tengok la mana yang ada. Ada yang farmasi takde. So korang kena rajin survey la ye. Malas nak keluar rumah? Jangan risau. Korang boleh beli online ye. See, da canggih sekarang. Kita online aje.

Tapi korang kena download apps shoppe my dulu tau. Lepas dah download, korang search je Maybelline. Nanti dia akan tunjuk official shop mereka. Siap ada official shop tau. So memang 100% trusted untuk korang beli dekat situ. And harga pun murah jugak.












So korang boleh la search dekat shopee tu ye. Semua ada. Harga pun memang berbaloi. Serious Nurul tak menyesal pakai maybelline baby lips ni. Serious best. Jadi, lepas ni sebelum pakai lipstik tu, sila lah pakai lip balm dulu ye.







Datin Shahida Isteri Dato Alif Syukri Jadi Ahli Shaklee Dan Merupakan Pengguna Shaklee

Thursday, August 10, 2017 1
Datin Shahida Isteri Dato Alif Syukri Jadi Ahli Shaklee Dan Merupakan Pengguna Shaklee
Image result for excited gif cute

Haaaa. Korang pernah tengok cerita kartun ni tak? Hehehe. Ada dekat channel 637 tau. Nampak tak Nurul ni pun otak kartun jugak :D


Haipppp. Apa la. Da lari tujuan la pulak. Jom-jom nak start berceloteh ni ^^



Semalam dalam group whatsapp telah digemparkan oleh satu cerita yang tersangat la best tau. Excited pun ye juga. Memang tak sangka sangat lah orang yang hebat pun boleh terjebak dalam dunia SHAKLEE ni. See, kehebatan shaklee ni dah tersebar di seluruh dunia tau. Bukan setakat Malaysia da ye.

Memang dah heboh dulu bahawa Datin Shahida isteri kepada Dato Aliff Syukri memang pengguna Shaklee sejak anak pertama sehinggalah sekarang. Fuyoooo. Patut la kemain lawa datin ni. Sweet je muka beliau. Rupanya makan shaklee. Dan yang paling penting, kesihatan beliau pun terjamin. In Sha Allah.

Nak dikhabarkan lagi beliau telah pun menjadi ahli shaklee tau. Bukan setakat pengguna je. Malah ahli tu. Datin telah membuat pilihan yang bijak di mana datin nak dapatkan harga yang murah. Harga ahli shaklee memang tersangat murah tau. Siap boleh dapat bonus lagi tu. Siapa yang tak nak kan. Walaupun Dato Alif Syukri jutawan kosmetik yang terkenal, tapi isteri dato pun masih memilih shaklee sebagai supplement seharian. Alhamdulillah. Ketika umur muda ni la kita kena biasakan badan kita dengan supplement tau. Bak kata Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat. Betul kan?



Ni bukan gambar tipu-tipu ye. Memang gambar ori punya. Alahai. Bertuah sangat sid ni dapat approach datin. Kalau la Nurul pun dapat grab artis sorang ni. Memang best. Hehehe.

So, korang dah nampak kan kehebatan Shaklee sehinggakan orang yang hebat pun nak join dan jadi pengguna Shaklee. Alhamdulillah. Shaklee dah banyak membantu membaiki taraf kesihatan si penggunanya :)



Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul

Thursday, August 10, 2017 2
Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul
>> KLIK BANNER UNTUK JOIN <<


Segmen Blogwalking Merdeka by Love is Simple

Thursday, August 10, 2017 2
Segmen Blogwalking Merdeka by Love is Simple

>> KLIK BANNER UNTUK JOIN <<


August 09, 2017

Menangi Cash Voucher RM50 Dari Printcious

Wednesday, August 09, 2017 12
Menangi Cash Voucher RM50 Dari Printcious
Create Your Own Gifts

Korang mesti pernah dengar kan tentang Printcious ni kan. Web yang ditempatkan untuk kita create sesuatu design yang kita nak untuk dihadiahkan kepada orang yang tersayang. Memang best sangat hadiah-hadiah yang ada dekat sini.

Printcious dicalonkan dalam satu reward yang dipanggil SITEC Malaysia Top E-Commerce Merchant Award. Jadi, pihak printcious minta jasa baik kita semua untuk undi web mereka. Kalau kita dah undi, kita pun akan dapat reward tau. Iaitu reward Cash Voucher sebanyak RM50. Banyak tu. Kita nak beli barang dalam tu pun cuma bayar sikit je. Memang untung sangat.

Give and take la kan ^^


Macam mana nak vote? Senang je. Korang baca cara-cara di Printcious. Lepas dah vote tu korang terus akan dapat voucher tersebut. Mudah bukan. Nurul dah dapat Nurul punya dah. Hehehe. Excited sangat. So tunggu apa lagi. Nak shopping la :D


August 08, 2017

Betul Ke Tak Boleh Mandi Ketika Hari Pertama Haid? Mengarutlah!

Tuesday, August 08, 2017 2
Betul Ke Tak Boleh Mandi Ketika Hari Pertama Haid? Mengarutlah!


Ramai yang masih keliru dengan istilah 'berpantang' ketika dalam haid. Ada yang cakap badan kena sentiasa panas supaya perjalanan darah akan berjalan dengan lancar. Memang betul bahawa setiap kali anda sedang berada dalam haid, pemakanan perlu dijaga supaya kesihatan badan secara luaran dan dalaman dapat dikekalkan. 

Namun, pernah tak anda dengan bahawa pada hari pertama haid, anda tidak digalakkan untuk mandi? Betul ke sampai tidak boleh mandi? Mengarutlah. Ini jawapan pendek dan ringkas dari Dr. Beni mengenai artikel yang tular di media sosial tersebut.





ANTARA REAKSI DARI PELBAGAI PIHAK MENGENAI MITOS INI






ARTIKEL YANG TULAR

















Jadi, apa komen anda? >.<"





Cara Orang Korea Dan Jepun Menjaga Kulit

Tuesday, August 08, 2017 2
Cara Orang Korea Dan Jepun Menjaga Kulit
Portrait of young woman


Orang korea terkenal dengan pembedahan plastik manakala orang Jepun terkenal dengan ciptaan teknologi terkini di dalam bidang kecantikan. Pada anda mungkin itu antara faktor utama mengapa mereka memiliki kulit yang cantik. Nampaknya anda silap. Mereka sememangnya ada rutin dan cara mereka yang tersendiri. Jom kita bongkar rahsia kecantikan kulit mereka.


1. Orang Jepun dan Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus.


2. Untuk pencuci muka, mereka memilih minyak pencuci (Cleansing Oil) kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahan sebum semulajadi wajah. Pelakon korea, Suzy Bae mengamalkan teknik 424, di mana dia akan mencuci wajah dengan minyak selama empat minit. Mulakan dengan air suam dan diakhiri dengan air sejuk untuk mengetatkan pori kulit wajah.


3. Penggunaan penyegar wajah adalah sangat penting bagi orang jepun dan korea. Ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka. Pemilihan penyegar wajah yang betul penting untuk mengelakkan kulit daripada kering. Orang jepun memilih penyegar yang mengandungi ethyl alcohol, rubbing alcohol atau isopropyh alcohol. Mereka tidak menggunakan kapas muka dan hanya menggunakan jari untuk menyapunya pada kulit wajah untuk penyerapan yang optimum.


cara orang korea dan jepun menjaga kulit 2


4. Pelembap muka sememangnya rutin kecantikan yang biasa bagi semua wanita mahupun lelaki. Namun begitu, apa yang berbeza adalah cara pemilihannya. Orang korea percaya pelembap yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk wajah. Minyak mineral seperti petroleum jeli dikatakan tidak mempunyai apa-apa bahan yang boleh menjadikan kulit lembut dan cantik. Sapuan ke atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang sempurna.


5. Kebanyakan selebriti korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut "Ma Me Mi Mo Mu" sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.


6. Rahsia wajah yang berseri adalah dengan urutan pada kulit yang diamalkan oleh mereka. Gunakan penyental muka atau krim dan urut dengan lembut pada wajah anda dua hingga tiga kali seminggu. Ini dapat menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keelastikan wajah.


7. Setiap kali selepas mengurut wajah, jangan lupa untuk menggunakan pupur wajah untuk melengkapkan rutin kecantikan yang diamalkan oleh orang jepun dan korea. Pilih pupur yang bersesuaian dan untuk kulit Asia, seelok-eloknya anda memilih pupur pencerah (clarifying mask) untuk mencuci kulit dan pori anda dengan sempurna atau pupur pelembap (moiturising mask).


No automatic alt text available.

Ini adalah set skincare yang sama dengan rutin penjagaan kulit oleh orang korea dan jepun. Dan set skincare ini adalah 100% semulajadi yang wajib anda cuba. Pada sesiapa yang sedang mencari skincare yang sesuai dengan anda, Enfuselle Shaklee sangat sesuai. Oleh itu, anda boleh la bermula dengan cara penjagaan kulit muka oleh orang korea dan jepun.



Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com

Tuesday, August 08, 2017 3
Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com


Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com bermula dari saat ini sehingga 11.59 malam 14 Ogos 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 5 pemenang bertuah dicari dan akan menerima RM10 setiap seorang.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 14 Ogos 2017.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 21 Ogos 2017.

** sila klik pada banner untuk join segmen ini.....
Read more: http://www.mialiana.com/2017/08/segmen-blogwalking-merdeka-2017.html#ixzz4pA8PvNhT

August 07, 2017

4 Resepi Mudah Dan Berkhasiat Untuk Bayi Daripada Hanis Zalikha

Monday, August 07, 2017 4
4 Resepi Mudah Dan Berkhasiat Untuk Bayi Daripada Hanis Zalikha


Menjadi seorang ibu pada usia yang muda memang agak sukar terutama hal-hal yang berkaitan dengan makanan. Memulakan pemakanan bayi perlu disediakan dengan teliti untuk mengelakkan berlaku sebarang alahan dan ketidakhadaman.

Seronok bila tengok si comel berselera makan makanan air tangan ibu. Masak sendiri makanan untuk anak anda. Selain lebih terjamin kebersihan dan khasiatnya, anda juga dapat belajar mengenali selera makan si kecil.


Makanan pelengkap perlu sesuai dan seiring dengan perkembangan diri bayi. Ia perlu mengandungi campuran makanan yang membekalkan tenaga dan nutrien yang secukupnya untuk tumbesaran bayi yang sihat. Paling penting, mulakan dengan makanan berasaskan bijirin seperti bubur nasi selama beberapa minggu diikuti dengan bijirin lain, disusuli buah-buahan dan sayur-sayuran dan akhir sekali daging.

Bagaimanapun, teruskan memberi susu ibu sekerap yang perlu kerana susu ibu tetap merupakan makanan paling penting dan paling berkhasiat untuk si manja. Namun, pasti ibu-ibu diluar sana selalu melakukan eksperimen dengan membuat satu menu baru yang ringkas tetapi berkhasiat untuk bayi mereka.

Selebriti Hanis Zalikha yang juga seorang ibu kepada Yusuf Iskandar yang berusia 7 bulan juga tidak ketinggalan berkongsi resepi makanan anaknya di Instagram. Jom kita ikuti 4 Resepi Mudah Dan Berkhasiat Untuk Bayi.



1) SAYUR-SAYURAN DAN BIJIRIN


Bahan-bahan :
  • Buah Avocado
  • Sayur Baby Spinach organik yang telah direbus
  • Oat organik yang telah dimasak

Cara-cara :

1. Kisar kesemua ramuan dan bahagikan untuk menjadi makanan pagi dan petang.


Khasiat Avocado yang perlu anda tahu ialah ia kaya dengan serat ataupun fiber. Serat adalah sejenis tumbuhan yang tidak dicerna di dalam usus. Ia juga boleh membantu menurunkan berat badan, mengurangkan kadar gula dalam darah dan memudahkan proses membuang air besar.




2) NASI TOMATO VERSI BAYI


Bahan-bahan :
  • Nasi yang dimasak tidak terlalu keras
  • Tomato segar

Cara-cara :
  • Rebus kedua-dua bahan dan kisar kedua-duanya hingga halus.

Tomato kaya dengan khasiat Vitamin A dan Vitamin C. Sebahagian besar kandungan di dalam tomato boleh bertindak untuk kesihatan kulit dan mengelakkan daripada masalah kerosakan sel kulit.





3) SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN


Bahan-bahan :
  • Avocado
  • Buah Epal
  • Sayur Organik Brokoli

Cara-cara :

1. Kisar ketiga-tiga bahan sehingga halus dan siap untuk diberi kepada bayi


Pigmen merah yang terdapat pada kulit buah epal merah mengandungi sejenis bahan yang dipanggil likopena. Bahan ini mempunyai pelbagai khasiat antioksida semulajadi yang baik untuk kesihatan badan. Selain antioksida yang berfungsi menjauhkan seseorang daripada serangan kanser dan likopena juga baik untuk mengurangkan risiko jantung.





4) NASI JAGUNG


Bahan-bahan :
  • Beras

Cara-cara :
  • Rebus putik jagung tersebut sehingga lembut
  • Masak nasi
  • Kemudian kisar kedua-dua bahan sekali sehingga halus

Putik Jagung atau dikenali sebagai baby corn mengandungi jumlah serat yang tinggi. Serat tersebut dapat merangsang sistem penghadaman dan pencernaan yang sihat. Sistem pencernaan yang sihat dapat memberi berat badan yang ideal kepada si pemakan.




Hanis Zalikha juga turut berkongsi kelebihan membawa anak ke pasar raya membeli barang keperluan. Ia adalah kelas terbaik mengajar anak walaupun masih kecil mengenai perkara baru.




Diharap resepi puree bayi oleh Hanis Zalikha dapatlah memberi serba sedikit idea kepada ibu di luar sana untuk menyediakan makanan yang terbaik buat si comel. Semoga si comel lebih sihat dan membesar dengan sihat. In Sha Allah.


Jika ada sebarang pertanyaan, boleh la drop kan komen anda di bawah ye :)








August 06, 2017

TANDA-TANDA BUASIR DAN CARA MERAWAT BUASIR SECARA SEMULAJADI

Sunday, August 06, 2017 4
TANDA-TANDA BUASIR DAN CARA MERAWAT BUASIR SECARA SEMULAJADI

Buasir atau dikenali sebagai hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar, ia akan mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum menyebabkan dinding vena berdarah atau membonjol. Kadangkala ianya boleh pecah.




Buasir akan menyebabkan bahagian dubur menjadi bengkak. Adakalanya akan terasa seperti ada benjolan di bahagian luar dubur. Bengkak ini boleh menyebabkan pendarahan ketika individu yang menghidap buasir mengalami sembelit atau bila najis keras bergesel dengan bahagian dubur yang membengkak. Pesakit buasir kerap akan berasa tidak selesa di bahagian dubur, lebih-lebih lagi ketika melalui proses pembuangan air besar.



KENALI JENIS BUASIR DALAMAN DAN BUASIR LUARAN

Merawat Buasir


BUASIR DALAMAN

Lazimnya, buasir ini tidak menyebabkan rasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi apabila meneran dan akan menyebabkan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Adakalanua pesakit yang mempunyai buasir dalaman juga boleh terasa seperti ada ketumbuhan yang keluar dari lubang dubur lebih-lebih lagi ketika proses membuang air besar.

Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku, anda perlu mendapat bantuan perubatan kerana darah tersebut mungkin datang dari seumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.



merawat buasir


BUASIR LUARAN

Kebanyakan dari kita mungkin biasa dengan tentang buasir luaran. Ia mengakibatkan simptom-simptom lazim seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Buasir luara memerlukan perhatian dan rawatan lanjut kerana kesakitan yang timbul boleh mengganggu kelancaran aktiviti harian.

Kebiasaan tanda-tanda awal berlaku sewaktu pesakit meneran semasa membuang air besar. Pesakit berasa sangat sakit kerana buasir yang sudah membengkak bergesel dengan najis yang hendak keluar menyebabkan rasa sakit dan perit yang amat sangat.



TANDA-TANDA BUASIR YANG ANDA PERLU TAHU !

SIMPTOM BUASIR
  • Rasa sukar untuk membuang air besar
  • Pendarahan sebelum dan selepas membuang air besar
  • Bengkak dan gatal di bahagian dubur kebiasaannya selepas membuang air besar
  • Rasa sakit di bahagian dubur
  • Rasa tidak selesa di bahagian dubur bila berdiri atau mencangkung untuk tempoh yang lama 

PUNCA BUASIR
  • Kerap sembelit sehingga terpaksa meneran dengan kuat untuk membuang air besar
  • Mengalami cirit birit untuk tempoh yang agak lama
  • Kurang mengambil makanan yang tinggi serat
  • Kurang minum air
  • Mengandung atau bersalin
  • Berat badan berlebihan



CARA MERAWAT BUASIR SECARA SEMULAJADI

UBAH CORAK PEMAKANAN

Cara Merawat Buasir

Kalau anda tidak suka makan buah-buahan atau sayur-sayuran, buanglah tabiat tidak elok itu sekarang. Makanan tinggi serat dapat membantu menghindarkan najis keras yang menjadi punca sembelit dan seterusnya menyebabkan buasir.



BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG

Cara Merawat Buasir

Ini penting bukan sahaja untuk merawat buasir, tetapi untuk kesihatan keseluruhan. Jangan biasakan diri untuk minum air manis sahaja. Air kosong diperlukan sekurang-kurangnya 3 liter sehari.



AMALKAN SUPPLEMENT UNTUK MELEMBUTKAN NAJIS

Image result for SET BUASIR SHAKLEE




APA KATA MEREKA ?


Image result for testimoni set buasir shaklee


Image result for testimoni set buasir shaklee



Image result for testimoni set buasir shaklee




Image result for testimoni set buasir shaklee







HUBUNGI :


WHATSAPP / CALL / SMS : 017.3575871


** COD AREA PUCHONG **