TIPS KECANTIKAN | WARNA GINCU YANG TERBAIK UNTUK WARNA KULIT ANDA

By Nurul Syahirah - July 03, 2017

[ Tips Kecantikan ] Warna Gincu Yang Terbaik Untuk Warna Kulit Anda

Masa korang tengah busy nak dapatkan gincu bibir untuk korang, adakah korang pernah lalui perkara yang membuatkan korang confuse nak pilih warna apa yang sesuai untuk korang. Mesti pernah kan? Memang tak dapat disangkal lagi bahawa kita ni memang selalu sangat confuse dengan warna gincu yang dijual. Yela kan. Banyak sangat jenis dan pilihan warna. Jika warna kulit sawo matang padan dengan warna gincu apa? Ataupun orang yang mempunyai wrna kulit putih gebu sesuai atau tidak dengan warna gincu merah jambu, pucat atau tidak? Macam-macam pertanyaan yang ada dalam fikiran korang kan. So, lepas ni tak yah nak pening-pening lagi. Meh sini Nurul share dengan korang tips untuk pilih gincu supaya sesuai dengan kulit korang :D


1 : LIGHT SKIN TONE - TONA CERAH
Gincu terbaik untuk warna kulit sebegini adalah nude. Warna nude seperti peach ataupun merah jambu. Jangan sesekali kenakan warna coklat ataupun burgundy. Sekali sekala cuba tampil dengan warna merah darah ataupun merah biasa, nampak lebih anggun dan seksi.

Cadangan Gincu :

Screen Shot 2014-01-15 at 12.04.51 PM



2 : OLIVE SKIN TONES - TONA KEKUNINGAN
Warna kulit ini masuk dengan semua warna gincu. Takde limit-limit warna. Yang terbaik ialah shimmery bronze dan merah jambu tenang. Serlahkan penampilan malah anda kelihatan sangat natural. Warna yang perlu dielakkan iana ungu dan juga coklat. Bila korang pakai warna ni, wajah korang hanya akan nampak pucat je.

Cadangan Gincu :

Screen Shot 2014-01-15 at 12.08.47 PM



3 : MEDIUM SKIN TONES - TONA SAWO MATANG
Warna seperti nude, oren dan juga merah jambu merupakan pilihan harian yang boleh korang pakai. Elakkan warna ungu dan juga kuning kerana ianya hanya membuatkan korang nampak suram dan pucat. Warna merah juga perlu dielakkan kerana ia membuatkan kulit wajah korang nampak terbakar.

Cadangan Gincu :

Screen Shot 2014-01-15 at 12.15.55 PM



4 : DARK SKIN TONES - TONA GELAP
Warna plum, merah ataupun coklat adalah pilihan yang terbaik. Penggunaan harian boleh pakai warna seperti peach ataupun warna coklat caramel, malam pulak boleh cuba warna merah wine - nampak lebih anggun dan seksi. Cuba jugak warna seperti oren untuk tampak kelainan.

Cadangan Gincu :

Screen Shot 2014-01-15 at 12.19.36 PM



5 : PINK UNDERTONES - TONA PUTIH KEMERAHAN
Jika ingin nampak natural, gunakan warna tona peach. Disebabkan korang ada warna kulit putih kemerahan, jadi oren dan merah bata mampu tonjolkan diri korang.

Cadangan Gincu :

Screen Shot 2014-01-15 at 12.22.58 PM



6 : ASIAN - TONA WARNA SEPERTI ORANG CINA
Bagi golongan warna asian pula, warna yang sesuai ialah warna seperti natural. Jika ditambah lagi dengan penggunaan lipgloss, ia akan nampak lebih menarik dan menonjol.

Cadangan Gincu :

Screen Shot 2014-01-15 at 12.26.53 PM



7 : MIDDLE EASTERN
Korang sememangnya sudah cukup menawan dengan bentuk muka dan bulu kening yang panjang sudah membuatkan korang nampak berseri. Korang hanya tambahkan warna gimcu natural nude dah cukup da.

Cadangan Gincu :

Screen Shot 2014-01-15 at 12.29.55 PM



8 : INDIAN
Boleh dikatakan korang sesuai gunakan apa je warna. Untuk penggunaan harian, korang hanya memakai gincu warna nude, oren ataupun merah jambu. Seperti biasa, warna merah mampu menyerlahkan penampilan agar nampak lebih seksi dan anggun.

Cadangan Gincu :

Screen Shot 2014-01-15 at 12.35.24 PM




So, korang dah tahu nak pilih gincu warna apa? Hehehe. Dalam diri seorang perempuan memang takkan tinggal gincu tu. Termasuk la Nurul. Bila pakai gincu ni kita rasa lebih berkeyakinan. Betul tak? Semoga tips ni dapat korang gunakan untuk lifestyle korang ye :D


  • Share:

You Might Also Like

10 Comments