CARA-CARA MEMBUAT MASKER RAMBUT

Thursday, July 06, 2017

Image result for masker rambut


Korang mengalami masalah rambut kering, berminyak dan bercabang ? Atau ada masalah rambut yang lain? Haaaa, itu bermakna rambut korang perlukan khasiat dan rawatan yang lebih dari hanya syampu dan perapi rambut. Kornag pernah cuba untuk buat masker rambut? Kalau muka kita ada mask untuk muka kan supaya wajah lebih cantik. Rambut pun perlukan masker tau.

Sebenarnya cara membuat masker rambut secara semulajadi ni amatlah mudah. Semua wanita inginkan rambut yang licin, lembut dan sihat kan? Kadang-kadang kerosakan rambut berpunca dari pencemaran udara dimana udara yang kotor terlekat di rambut. Di samping itu, sinar UV dan klorin dalam kolam renang juga menjadi punca.

Namun, korang jangan risau. Korang boleh buat masker sendiri dekat rumah je. Tak payah nak pergi salun apa semua. Membazir je. So, Nurul nak share serba sedikir cara-cara nak buat masker rambut :D



ALPUKAT (AVOCADO)

Image result for avocado

Cara-cara buat masker rambut yang pertama ialah dengan menggunakan buah alpukat (avocado). Alpukat sangat baik untuk merawat rambut yang rosak. Caranya sangat la mudah iaitu sediakan satu buah alpukar yang masak, satu setengah gelas susu, minyak zaitun satu sudu. Kemudian campurkan semua bahan tersebut sehingga sebati menjadi likat. Oleskan campuran masker tersebut ke rambut selama 20 minit agar masker tersebut menyerap ke dalam kulit kepala. Selepas selesai, bila dengan air bersih.




TELUR

Image result for egg
Seterusnya, korang boleh cuba dengan kaedah menggunakan telur. Cara membuat masker dengan menggunakan telur mudah untuk dibuat. Yang pertama, korang sediakan satu biji telur, minyak zaitu, susu dan perahan jus lemon. Kemudian, campurkan semua bahan tersebut sehingga sebati. Seterusnya, sapukan campuran tadi hingga ke kulit kepada dan ia diperap selama 20 minit untuk masker tadi meredap. Akhir sekali, bilas rambut korang sehingga bersih.





PISANG

Image result for banana
Pisang merupakan salah satu buah yang banyak manfaat selain masker rambut, ia juga digunakan untuk kesihatan wajah dan khasiat yang baik untuk badan kepada sesiapa yang menggemari buah pisang. Ternyata buah ini dapat merawat kesihatan rambut agar ia menjadi lebih cantik dan berkilat. berikut ialah cara-cara membuat masker untuk rambut dengan menggunakan pisang.

Pertama sekali, sediakan satu biji buah pisang dan kisar dengan blender sehingga halus. Campurkan dengan satu biji telur, 3 sudu madu dan 5 sudu minyak zaitun. Kacau sehingga semua bahan tadi sebati dan rata. Kemudian, sapukan masker pisang tadi ke seluruh rambut hingga ke kulit kepala. Biarkan ia selama 15-30 minit dan bila dengan air besih selepas selesai.



So, boleh la korang cuba ye :D In Sha Allah, masalah rambut korang akan selesai dengan petua ni. Nanti dah try roger-roger la ye :D


You Might Also Like

13 Comments

  1. Rajinnya nak buat masker!! Saya so far rajin beli lagi. Tapi ni memang tips yang berguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. kalau rajin je buat spa sendiri >.<

      Delete
  2. Good tips .. tapi avokado susah nk mencari

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah.. betul tu.. avokado ada certain supermarket je ada.. and agak mahal..

      Delete
  3. ha tak pernah buat masker rambut. tapi teringin nak cuba. moga2 makin lembut, halus n ikal. hihi. btw tqq tau sharing ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. In Sha Allah.. cuba je dulu :D

      Delete
  4. Tak pernah buat masker rambut , boleh cuba tips nie untuk buat (:

    ReplyDelete
  5. Petua beginilah yang Siqah suka baca dan bookmark tapi sampai ke sudah tak buat 😅😅 Nampak tak malasnya tu tahap apa. Haha

    ReplyDelete
  6. Guna bahan2 semulajadi macam ni insyaAllah selamat, paling penting.....murah, ihiks.

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Like us on Facebook

Total Pageviews

Follow by Email