ADAB MENJADI TETAMU YANG DISUKAI TUAN RUMAH

Sunday, July 02, 2017

Image result for tetamu

Cakap je pasal tetamu semua orang majoriti pernah menjadi tetamu kan. Maksunya kita ziarah rumah kawan, sedara-mara, sahabat handai. Lagi-lagi musim perayaan ni. Rumah kita memang penuh dengan tetamu. Betul tak? :D

Amalan kunjung mengunjung memang dah jadi amalan kita sejak zaman nenek moyang kita dulu. Tapi, dalam Islam sendiri telah menggariskan adab-adab yang perlu kita ikut untuk menggelakkan kedatangan kita sebagai tetamu yang tidak mengganggu tuan rumah.


1 : BUAT TEMUJANJI
  • Sebelum berkunjung, buat temu janji dengan tuan rumah dulu. Macam bagitahu la tujuan nak singgah, pukul berapa, hari apa dan lain-lain. Ini adalah untuk menggelakkan kita sebagai tetamu singgat dekat 'rumah kosong'. Ada yang tuan rumah pergi jalan-jalan pulak. Kan dah jadi masalah dekat situ.


2 : NIAT YANG BAIK
  • Kalau dengan berkunjung ke rumah sedara-mara / jiran tertangga untuk cari 'bahan', tolong hentikan. Tak baik tau.
  • Rasulullah SAW bersabda ;
"bahawasanya seorang lelaki mengunjungi saudaranya di kampung lain, maka Allah SWT mengutuskan seorang malaikat kepadanya di dalam perjalanannya. Ketika telah bertemu, malaikat itu bertanya kepadanya 'kemana engkau hendak pergi?' dia menjawab 'aku ingin mengunjungi saudaraku di kampung ini.' Malaikat itu berkata lagi ; 'adakah bagimu satu nikmat yang hendak engkau kejar?' di menjawab : 'tidak.. aku mencintainya kerana Allah..' malaikat itu berkata lagi, 'sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada mu, bahawasanya Allah mencitai mu sebagaimana engkau mencitaninya kerana Allah..' .." - HR Muslim



3 : MENGUCAPKAN SALAM DAN MEMINTA IZIN
  • Firman Allah SWT :
"hai orang orang yang beriman, janganlah kamu masuk rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya.. yang demikian itu lebih baik bagi mu agar kami ( selalu ) ingat.." - HR Bukhari dan Muslim

  • Hadith Nabi Muhammad SAW :
"sesungguhnya disyariatkan meminta izin adalah kerana untuk menjada pandangan.." - HR Bukhari dan Muslim

  • Dengan ketukan yang tidak mengganggu :
"kami di masa Nabi SAW mengetuk pintu dengan kuku" - HR Bukhari



4 : PULANG APABILA DISURUH
  • Allah SWT berfirman :
"Jika kamu tidak menemui seorang pun di dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin. dan jika dikatakan kepadamu 'kembali ( saja ) lah, maka hendaklah kamu kembali. Itu bersih bagimu dan Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.." - QS An-Nuur [24] : 28



5 : TIDAK KERAP BERKUNJUNG
  • Janganlah kerap sangat jadi tetamu. Kesian tuan rumah tu tau. Asyik orang sama je tuan rumah tu jumpa. Hehehe. Jadi lah seperti bunga baru sentiasa kembang dan mekar berbau wangi.
  • "Berkunjunglah sesekali atau sekali waktu nescaya kalian akan saling mencintai.." - HR al-Baihaqi, al-Bazzar, ath-Thabrani


6 : MEMILIH WAKTU YANG TEPAT UNTUK BERKUNJUNG
  • Sebagai tetamu, korang kena la pandai set masa untuk membuat kunjungan. Jangan la pulak singgah waktu awal pagi atau tengah malam sebab semua waktu tu tuan rumah nak rehat. Atau mungkin bersama keluarga. So dekat situ kita dah macam mengganggu tuan rumah kan.


7 : BERTERIMA KASIH
  • Dah kalau tuan rumah menyambut korang dengan baik, makanan sedap-sedap belaka, siap dapat duit raya lagi tu. Maka bersukurlah ye. Maniskan mulut korang tu nak ucapkan TERIMA KASIH yang ikhlas.

Itu lah serba sedikit adab yang perlu korang jaga untuk menjadi tetamu. Orang kata jangan jadi tetamu yang tiada adab ye. In Sha Allah, dengan kunjungan kita tu, rezeki tuan rumah bertambah banyak. Amin :)



You Might Also Like

4 Comments

  1. wooo haritu ada sepupu mak call cakap nak datang. time call pukul 9.00am tapi tak muncul2 orang dah masak and belah ptg kami plan nak beraya. tak jadi angain la satu badan. pkul 8.00 malam baru dia sampai..

    cenggini mmg xleh pakai la orang cemni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu.. tak baik buat tuan rumah gitu.. kalau lambat paling2 pun inform la kan..

      Delete
    2. Orang kalau tak jadi datang pagi patutnya bagitau sebab2nya. Mungkin bole adjust date lain kali supaya tak susahkn tuan rumah.

      Delete
    3. Betul tu.. sepatutnya kena la inform.. tapke la, jangan kita buat dekat orang..

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Like us on Facebook

Total Pageviews

Follow by Email