5 CARA MUDAH MENGESAN KANSER PAYUDARA - Syahirah Valiant

Post Top Ad

July 29, 2017

5 CARA MUDAH MENGESAN KANSER PAYUDARA

vivix shaklee kanser payudara

Ada sesetengah penyakit kita langsung tidak dapat mengesannya sehinggakan ianya sudah berada pada tahap yang membahayakan barulah ianya dapat dikesan. Jadi, pastinya kita tidak mahu ianya berlaku kepada diri kita mahupun orang yang kita sayang.

Mungkin cara penjagaan tubuh badan dan diet sihat yang kita amalkan sudah disempurnakan dan dipraktikkan tetapi siapa boleh melawan takdir bukan? Jadi, sebelum ianya terlambat, lebih baik mengesannya lebih awal agar masih ada peluang dan cara untuk kita mengubatinya.


SIMPTOM AWAL KANSER PAYUDARA
  • Perubahan rasa pada sekitar payudara atau puting.
  • Puting dan payudara kelihatan membengkak atau menebal.
  • Perubahan pada tekstur kulit atau pori kulit pada bahagian tersebut kelihatan terbuka lebih besar.
  • Ketulan yang muncul di bahagian bawah lengan. Namun tidak semua adalah tanda awal kepada kanser.
  • Perubahan pada saiz atau payudara anda.
  • Payudara kelihatan mengecut lebih-lebih lagi jika hanya tertumpu pada satu bahagian sahaja.
  • Simetri payudara kelihatan berbeza dari sebelumnya. Sememangnya wanita mempunyai payudara yang berbeza daripada segi saiz di kedua-dua bahagian. Namun, jika ianya terlalu ketara perubahan simetri tersebut, adalah digalakkan untuk melakukan pemeriksaan doktor.
  • Payudara atau disekeliling puting menjadi kemerahan atau membengkak.


CARA MELAKUKAN PEMERIKSAAN PAYUDARA DI RUMAH

Langkah 1 :

Mulakan dengan memerhati payudara anda di depan cermin dengan postur bahu menegak dan meletakkan lengan anda di atas tulang pinggang. Perhatikan dari segi saiz, bentuk, rona dan mengesan terus bengkak di bahagian payudara. Jika anda mengenal pasti sebarang kelainan pada payudara anda seperti kemerahan dan pembengkakkan, adalah lebih baik untuk terus mendapatkan pemeriksaan pakar.


Langkah 2 :

Angkat kedua-dua belah tangan dan lihat pada perubahan yang sama seperti di atas.


Langkah 3 :

Tatkala anda berada dihadapan cermin, perhatikan sebarang tanda cecair yang keluar dari sebelah atau kedua-dua belah puting. Ianya mungkin air, susu, cecair kekuningan atau darah.


Langkah 4 :

Melakukannya dalam keadaan berbaring, menggunakan tangan kanan anda untuk memeriksa payudara di sebelah kiri dan seterusnya di sebelah kanan. Lakukan secara perlahan-lahan dengan lembut. Rapatkan jari dan lakukan pemeriksaan di bahagian payudara dalam pergerakan membulat. Periksa keseluruhan payudara lebih-lebih lagi di bahagian bawah lengan.


Langkah 5 :

Terakhir sekali, lakukan pemeriksaan yang sama seperti langkah 4 tetapi dengan postur berdiri atau duduk. Ramai wanita mendapati ianya lebih mudah untuk memeriksa secara terperinci payudara apabila kulit dalam keadaan basah dan licin. Jadi, majoriti golongan wanita suka melakukan pemeriksaan ini ketika mandi.



RAWATAN ALTERNATIF KANSER PAYUDARA YANG TERBUKTI BERJAYA ?

Menurut laporan kajian yang dibuat oleh Department of Biochemistry and Molecular Biology, New York Medical College, resveratrol menjadikan proses proliferation dalam kanser payudara menjadi kurang aktif.

Resveratrol membantu merawat kanser payudara dengan membetulkan DNA sel yang rosak supaya signal sel dapat diproses dengan betul. Ini akan menyebabkan sel-sel kanser yang rosak ini 'membunuh diri' melalui proses apoptosis.

Apabila semakin lama menggunakan resveratrol, sel-sel kanser akan semakin berkurangan dan akhirnya hilang. Anda boleh teruskan dengan resveratrol walaupun anda sudah bebas kanser karana khasiat resveratrol sangatlah banyak.




VIVIX : MINUMAN BOTANI TERBAIK POLIFENOL RESVERATROL

Vivix mengandungi resveratrol. Malah vivix terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, dismaping tidak mengandungi alkohol, sebaliknya hanya menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan dan HALAL !




HUBUNGI :

NURUL SYAHIRAH BT SAMSUHAN

WHATSAPP / CALL / SMS : 017357571

EMAIL : syahirahvaliant@gmail.com





4 comments:

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Post Bottom Ad