10 BARANG MAKEUP YANG BEGINNERS PERLUKAN - Syahirah Valiant

July 29, 2017

10 BARANG MAKEUP YANG BEGINNERS PERLUKAN



Dengan adanya pelbagai produk kecantikan dan makeup yang ada di pasaran, kadang kala ianya sangat sukar untuk kita membuat pilihan yang mana satu produk yang perlu dibeli oleh seorang beginners. Dengan adanya entri ini, Nurul nak share serba sedikit tentang pendapat Nurul produk makeup apa yang beginners perlukan.

Kepada sesiapa yang tengah cari barang makeup tu, ni 10 barang makeup yang korang perlukan dalam bag korang tu. Jangan lupa satu pun tau.


1. BB CUSHION




BB Cushion adalah pilihan yang terbaik untuk beginners. Semua BB Cushion dibekalkan dengan aplikator span, so anda tak perlu susah payah nak beli brush atau beauty blender. Tinggal tekap dan sapu pada muka je. Terdapat banyak jenama BB Cushion yang anda boleh pilih. Tapi untuk pilihan Nurul adalah dari jenama Laneige. Tekstur yang sangat lembut dan cantik apabila apply pada muka kita. 




2 . CONCEALER


FAKTA : Concealer merupakan produk pertama yang Nurul akan beli. HAHA !

Teringat masa mula-mula Nurul berjinak dalam dunia makeup merupakan satu nostalgia untuk Nurul. Nurul memang tak biasa pakai makeup dan tak pernah pakai makeup beberapa tahun yang lalu. Dan Nurul tersedar Nurul memerlukan concealer untuk menutuk mata panda Nurul yang teruk ni. Kalau korang ada mata panda yang agak kritikal, concealer merupakan benda wajib yang korang kena ada. Nurul cadangkan anda membeli concealer dari Maybelline kerana mudah sebab ianya dah ada aplikator untuk kita terus pakai je.




3. LOOSE POWDER / PRESSED POWDER




Ramai yang bertanya, apakah penggunaan perbezaan antara loose powder dan compact powder atau kedua-duanya adalah sama je? Umumnya kedua-dua ni adalah sama kerana mereka mempunyai dungsi yang sama penting iaitu untuk membuatkan makeup anda tahan sepanjang hari. \




4. EYEBROW PENCIL


Untuk beginners memang jarang memerlukan eyebrow pencil ni kerana ianya memerlukan teknik untuk melukis kening. Kalau tidak tahu untuk melukis kening, lebih baik tinggalkan step ni. Nanti jadi macam kening shin chan. HEHE ! Tapi untuk basic, eyebrow pencil diperlukan sebagai basic makeup.




5. GEL EYELINER


Pelbagai jenis eyeliner yang ada di pasaran. Antaranya adalah gel, cecair, pensil dan lain-lain. Nurul pernah cuba eyeliner jenis cecair je. Sebab tu je Nurul pandai. HEHE ! Bagi beginners, ianya merupakan saat yang agak sukar dan memerlukan masa yang lama untuk belajar memakai eyeliner ni sebabnya tangan akan shaking. Macam Nurul dulu. Comot-comot je pakai. Tapi practise makes perfect right? So, teruskan belajar dan praktikkan. Lama-lama akan pandai nanti.




6. EYESHADOW WITH EARTHY TONES

Kebanyakkan beginners takut untuk pakai eyeshadow sebab macam-macam yang difikirkan. Antaranya takut salah pilih warna la. Takut terlebih pakai la. Jangan fikir tu semua dulu. Apa yang Nurul boleh sarankan, anda dapatkan eyeshadow yang mampu milik. Yang ada sikit warna pun ok. Just untuk belajar dan untuk permulaan. Anda boleh pilih warna nude dan browny. Ianya merupakan warna asas kulit dan sangat cantik bila dipakai.




7. MASCARA





Berbanding dengan eyeliner, mascara sangat mudah dipakai. Anda perlu alurkan pada bulu mata anda supaya ianya kelihatan melentik lagi. Bila anda nak pilih mascara, Nurul sarankan anda pilih mascara seperti gambar di atas kerana aplikator dia akan memudahkan kita untuk pakai mascara tersebut.




8. EYELASH CURLER

Ni part favourite Nurul. Anda sebagai beginners sangat memerlukan eyelash curler untuk melentikkan bulu mata anda. Bila dah pakai ni, lagi mudah untuk anda apply mascara pada bulu mata anda. Bukan itu sahaja, bulu mata anda akan kelihatan lebih melentik dan lebih menawan.




9. BLUSH

I Love Blush ! Nurul suka sangat dengan blusher. Sebab ia akan menaikkan aura wajah kita. Nampak pinky gitu. Sebab bila kita hanya pakai bb cushion, ia akan menampakkan muka kita pucat dan tidak berseri. Jadi, dengan adanya blusher, ia akan menaikkan seri muka kita lagi.




10. LIPSTICK


Yes ! Final touch up. Sebagai perempuan kita sangat memerlukan lipstick ni. Dalam handbag tu tak sah kalau takde lipstick kan. Anda pun boleh memilih lipstick yang sesuai dengan warna kulit anda. Nurul ada share dengan anda bagaimana nak pilih warna gincu yang terbaik dengan kulit anda.







8 comments:

  1. semua ni penting. kalau takde memang tak lengkap

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah. betul tu.. kalau takde rasa tak lengkap..

      Delete
  2. kalau pasal bab mekap mekap nih memang i failed lah..hoho..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. kena praktis baru lepas ni senang je nak pakai :D

      Delete
  3. brang yang wajib ade dalam handbeg..xlengkap rasa kalau xde bnda nie..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. betul tu.. kena sentiasa ada dalam handbag :D

      Delete
  4. saya masih belajar nak make up ni. BB cushion tu sama ngan foundation ke? haha

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D