TIPS LUKA BERSALIN CZER CEPAT KERING - Syahirah Valiant

Post Top Ad

June 14, 2017

TIPS LUKA BERSALIN CZER CEPAT KERING

Image result for luka czer


Assalammualaikum wbt,

Di Malaysia ni kebanyakannya banyak melahirkan secara normal atau pun secara pembedahan atau orang selalu panggil czer. Nurul ada tanya kepada ibu-ibu yang melahirkan dengan dua cara ni mana yang lagi sakit. Mereka kata dua-dua sakit. Saat melahirkan mana ada yang tak sakit kan. Tapi untuk ibu yang melahirkan secara czer, mereka lagi sanggup untuk melahirkan secara normal. Mereka kata melahirkan secara normal tu kita dapat rasa pengalamannya macam mana.

Tapi yang pasti dua-dua amat menyakitkan :D Ok, hari ni Nurul nak share dengan ibu-ibu di luar sana macam mana nak jadikan luka czer tu cepat kering. Ada tipsnye tau. Mungkin dengan tips ni korang boleh tambahkan ilmu yang sedia ada.


TIPS LUKA BERSALIN CZER CEPAT KERING

1. Tips paling penting ialah memastikan luka sentiasa kering. Lepas mandi tu, pastikan luka di lap sehingga kering dengan kain yang lembut dan jangan guna tisu ye. Dari semasa ke semasa pulak, pastinya ibu-ibu akan berpeluh kan? Pastikan kawasan luka tu sentiasa kering sama ada dari peluh atau air mandian. Justeru itu, ibu-ibu perlu pastikan kawasan lukanya sentiasa kering agar luka cepat sembuh.

2. Elakkan menyapu sebarang ubat tradisional pada kawasan luka pada 10 hari pertama bersalin. Minyak gamat atau minyak tradisional dikhuatiri akan melambatkan percantuman kulit di bahagian luka. Lepas luka tu bercantum, barulah ibu-ibu boleh menggunakan sebarang ubat sapu yang ibu-ibu rasa perlu.

3. Penggunaan sabun semasa mandi juga dilarang. Hanya gunakan air sahaja untuk membasuh di bahagian luka.

4. Elakkan aktiviti lasak pada seminggu pertama kelahiran. Aktiviti naik tangga mahupun membongkok perlu dielakkan bagi mengelakkan tekanan pada luka. Minta bantuan keluarga dalam menjalankan aktiviti harian.

5. Elakkan mengambil ubat tradisional sembarangan. Dapatkan nasihat doktor dahulu kerana bukan semua ubat tradisional sesuai untuk ibu bersalin secara pembedahan. Ada yang boleh mendatangkan kesan sampingan seperti memberi tekanan pada buah pinggang atau mengurangkan pengecutan otot rahim.

6. Susukan baby anda secara eksklusif. Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Dapatkan bantuan dari jururawat dari hari pertama bersalin tentang bagaimana posisi menyusukan anak yang sesuai tanpa menjejaskan luka.

7. Ambil makanan yang kaya dengan zat besi, multivitamin dan zinc. Zat besi penting kerana ada banyak kehilangan darah semasa pembedahan. Multivitamin pula untuk membekalkan nutrisi dan zat penting pada tubuh, manakala zinc membantu menyembuhkan luka dengan cepat. Jika anda tak pasti makanan mana yang kaya dengan zat besi dan zinc, anda boleh lah mengambil SET BERSALIN SHAKLEE yang lengkap dengan semua zat tersebut. In Sha Allah, luka bersalin czer ibu-ibu akan cepat sembuh :)












Image result for testimoni set bersalin czer shaklee




MACAM MANA NAK ORDER SET BERPANTANG SHAKLEE ?


LANGKAH 1
Image result for ESELL
Klik "Order Now" untuk membuat pembelian direct HQ




LANGKAH 2


WHATSAPP / CALL / SMS : 0173575871



** COD AREA PUCHONG **




2 comments:

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Post Bottom Ad