LAZADA CONTEST | ANGGUN CANTIK DI PAGI SYAWAL - Syahirah Valiant

Post Top Ad

June 19, 2017

LAZADA CONTEST | ANGGUN CANTIK DI PAGI SYAWAL

Lazada Blogger Contest

Assalammualaikum wbt,

Dah nak raya ni kan. Korang dah siap ke kelengkapan raya korang tu? Mesti glamour-glamour kan. Nurul just simple je. Hehehe. Alhamdulillah. Kelengkapan raya Nurul dah siap. Sebelum tu, Nurul nak inform korang yang Lazada ada buat sales raya besar-besaran tau. Memang murah sangat la harga yang ditawarkan. Mana yang tak lengkap lagi persiapa raya tu meh usha-usha dekat Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Raya. Sales berlangsung daripada 19 May 2017 sehingga 30 June 2017 tau. Diskaun sampai 90% uolsss. Takde sape yang boleh bagi. Dekat Lazada je ada :D


A. APAKAH TEMA UNTUK RAYA NI ?
Tiap tahun Nurul tak kisah sangat pasal tema ni. Tapi untuk tahun ni Nurul decide untuk pilih tema ungu dan digabungkan dengan coklat. Pada mulanya agak macam tak kena je kan. Tapi Alhamdulillah, bila dah mix and match tu, memang padan sangat. Mata Nurul suka tengok warna ni


B. KONGSIKAN OUTFIT DETAILS UNTUK RAYA NI
Dalam banyak-banyak details yang Nurul akan nyatakan nanti, benda first yang Nurul nak adalah outfit raya Nurul tu selesa untuk dipakai. Nurul ni memang agak cerewet bab keselesaan baju. Dan Nurul nak biarlah outfit tu daripada kain yang sejuk dan tak panas. Maklum lah, kita dekat Malaysia cuaca tak tentu sangat. Alhamdulillah, Nurul dapat cari ciri-ciri baju yang Nurul nak.

Selain tu Nurul nak outfit Nurul tu nampak simple dan macam wanita melayu terakhir gitu. Hehehe. Dan Nurul ni suka pilih baju yang warnanya agak soft dan lembut. So, sebab tu la terhasilnya warna ungu dan coklat. Dan yang penting, outfit tu mestilah menutup aurat :)


C. APAKAH OUTFIT / PAKAIAN YANG INGIN DIBELI DI LAZADA ?
Kalau tengokkan web dekat Lazada ni, memang banyak la Nurul nak. Maklum lah, orang senang rambang mata memang cenggini. Hehehe. 

Jeng Jeng Jeng ~ Ni outfit yang Nurul nak dari Lazada :D

Corak dia simple je. Dan sangat padan dengan badan macam Nurul ni. Hehehe. Sebab Nurul ni chubby. So Nurul akan pilih baju yang ada corak.




Dan Nurul akan padankan dengan palazo hitam ni. Nampak casual dan simple.



Shawl Neelofa warna grape shake menjadi pilihan Nurul :D




Handbag Carlo Rino menjadi pilihan Nurul ^^




So, pada sesiapa yang tak buat persiapan kelengkapan raya lagi, meh la shopping dekat Lazada ye. Korang klik je Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya. Semua benda yang korang nak ada dekat situ dan paling penting, ada diskaun sehingga 90% tau ^^

10 comments:

  1. Soft, cantikk~
    Tema warna tuh teringat coklat cadbury, hehe~
    Meh tgk Nona nye, ada garanggg gituu

    http://nonasani.blogspot.my/2017/06/baju-raya-nona-tahun-2017.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. betul tu.. ok nona.. nanti Nurul singgah ye :D

      Delete
  2. Shawl Neelofa tu cantik warnanya �� good luck Nurul =)

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Post Bottom Ad