KISAH BENAR BEKAS PESAKIT KANSER OVARI TAHAP 4 - Syahirah Valiant

June 17, 2017

KISAH BENAR BEKAS PESAKIT KANSER OVARI TAHAP 4

Image result for sad


Assalammualaikum wbt,

Cakap pasal kanser je semua orang akan takut kan. Hari ni Nurul nak share dengan korang cerita sebenar seorang pesakit kanser ovari tahap 4, Suzana Othman. Setiap bait dan ayat yang beliau nyatakan kita ambil sebagai pengajaran dan pengalaman. :)


Hanya copy paste dari status beliau :


Ketika mula-mula disahkan menghidap kanser, kita jadi pelik dan hairan. Masa tu umur baru 24 tahun takkan la dah kena kanser kan? Selalu dengan orang tua-tua je yang kena tapi kita masih muda, orang yang lagi tua pun sihat walafiat. Kita yang muda ni macam-macam penyakit bersarang dalam badan.

Mungkin faham persoalan yang bermain di fikiran kita, prof terus terangkan punca-punca kita menghidap kanser. Pertama dan paling utama faktor pemakanan. Dia tebak satu soalan yang sememangnya dia sendiri dah tau jawapan. "You suka makan ayam kan?"

Kita cuma angguk perlahan. Air mata masih bersisa lepas baru je disahkan menghidap kanser. Masih seakan tak percaya. Takkan la kerana ayam aku kena penyakit kronik macam ni. Bisik kita dalam hati. Sepatah perkataan pun tak mampu diluahkan.

"You takde exercise, oksigen dalam badan you kurang. Makan tak jaga. Banyak makan fast food. You tak cukup tidur dan rehat selalu berjaga malam. Banyak menghadap laptop dan handphone. Takde makan sayur dan buah. Bila imun you drop, kanser terus attack."

Panjang lebar prof terangkan. Kenapa perempuan senang kena kasner, kenapa ini kenapa ini lama-lama telinga kita dah tak mampu mendengar. Otak kita tak mampu memproses maklumat cuma satu je terlintas dekat fikiran, "inikah kesudahan hidup aku?"

Betul semua kata prof, takde satu pun yang tak betul. Betul kita memang suka makan ayam, betul kita langsung tak bersenam, betul kita banyak hadap phone dan laptop siang malam pagi petang, betu; kita banyak makna fast food, kfc, mcd, pizza mahupun meggi. Dah namapun students, mana ada makan makanan berkhasiat. Mana ada tidur yang cukup, mana ada masa beriadah. Masa tu struggle study, paperwork, assignment, exam, yang penting tiap-tiap sem nak dapat dekan.


Sejujurnya dalam keluarga dan keturunan kita belum pernah ada sejarah menghidap kanser. Kitalah yang mengubah sejaran tu. Susahnya hati nak sampaikan berita dekat ibu dan abah yang anaknya ni menghidap kanser. Bimbang orang tua itu luluh hatinya. Kita mintak suami rahsiakan dari pengetahuan keluarga kita. Tapi suami kata ini soal hidup dan mati, dia bertanggungjawab ke atas kita dan dia tak mahu menghancurkan hati orang tua bila apa-apa jadi pada kita.

Suami tekad mahu kita buat rawatan B17 dan minta restu orang tua kita terlebih dulu sebelum kita mulakan rawatan. Ibu dan abah hanya redha dan pasrah. Setiap hari ibu mengalir air mata mengenangkan anaknya nan sorang ini. Kita sendiri secara peribadi tak mahu dibawa ke hospital, kita tak sanggup jalani pembedahan dan kemoterapi. Dalam masa yang sama, kita tak tahu sejauh mana rawatan B17 itu berkesan sebab kita tak pernah dengar lagi ada rawatan yang macam tu untuk merawat kanser. Pernah jugak hati ni ragu, pernah jugak rasa bimbang betul ke rawatan ni berkesan? Terpedaya dengan gambar buah-buahan dekat botol ubat, ingatkan rasa ubat tu macam buah-buahan rupanya, Tuhan je la yang tahu.

Jangan ingat "oh senang la makan ubat je dah boleh sihat." Tidak sayang, ubatnya sangat siksa untuk ditelan. Sehari lebih 80 biji pil kena makan, dan berbelas-belas ubat cecair dihidang. Dengan terpaksa mengikut diet yang ketat, cuma boleh makan sayur, buah dan nasi adakah itu mudah?

Mudah bagi orang yang pandang, tak mudah bagi orang yang mneghidap.

Berpuluh-puluh kali melawat bilik air sehari, muntah, berak tanpa henti sehingga kaki longlai untuk melangkah. Setiap kali ingin ke bilik air, suami akan papah hinggalah suami kata "pakailah lampin kalau tak mampu ke bilik air, nanti abang cuci najis sayang." Allah.... Tumpah air mata kesekian kalinya. Sepatutnya saat itu. isteri ini yang jaga makan pakai suami. tetapi sebaliknya isteri yang baru dinikahi ini belum apa-apa lagi dah menjadi bebanan di bahu suaminya.

Walau kisah ini telah diulang berkali-kali, tapi setiap kali itu air mata berlum pernah kering untuk mengalir bila terkenang saat-saat getir ketika melawan kanser. Bukan mudah. tetapi sering disalah erti oleh orang yang tak mahu mengerti.

Bukan pengertianmu yang aku tuntut kerna aku tahu kau takkan mengerti selagi kau tak mengalaminya. Kawan, mintalah kepada Tuhan agar usiamu panjang dan kesihatanmu sentiasa terpelihara kerana sekali kau jatuh sakit hingga mengancam nyawa, dunia ini dan segala isinya tidak lagi bermakna.


No comments:

Post a Comment

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D