KENAPA NURUL PILIH UNTUK BERBISNES?

Friday, June 02, 2017

Image result for success


Assalammualaikum wbt,

Kenapa Nurul pilih untuk berbisnes? First of all memang Nurul ni minat sangat dengan bisnes. Dulu memang buat bisnes ni sekadar suka-suka je. Dapat customer, happy. Tak dapat tu takpe. Hahaha. Cenggitu sekali bisnes Nurul dulu tau.

Tapi sekarang dah sedar diri. Hehehe ^^ Perasaan suka-suka tu sebenarnya tak bawak Nurul ke mana-mana pun. Sejak tahun lepas (2016) Nurul dah mula serious dalam berbisnes ni. Kerja keras untuk dapatkan customer. Alhamdulillah. Nurul suka apa yang Nurul buat ni.

Semua ni Nurul buat sebab utama Nurul adalah nak tolong ibu abah dan adik-adik. Seterusnya Nurul berbisnes adalah disebabkan faktor kewangan. Yela kan, try korang tengok zaman sekarang ni, menakutkan sangat. Walaupun Nurul ni bekerja tapi Nurul rasakan duit gaji tak cukup. Ni Nurul takde apa-apa tanggungan. Kalau da ada tanggungan nanti? Tak tahu nak cakap apa.

Dan Nurul berbisnes pun sebab nak cabar diri Nurul sendiri. Nurul nak jadikan generasi Nurul yang seterusnya merupakan golongan ahli bisnes. Hehehe. Besar sangat kan impian Nurul ni :D 


Motivasi Nurul untuk Nurul terus buru kecemerlangan adalah disebabkan ibu abah. Nurul nak diaorang pandang Nurul seorang anak yang bekerjaya dan berjaya. Dan selain tu, orang lain selalu pandang rendah dengan kebolehan Nurul. So, Nurul nak tunjukkan siapa Nurul yang sebenar. Yeahhhh ! ^^ Hehehe. Nurul berbisnes ni jugak sebab Nurul nak pastikan kehidupan keluarga Nurul, kehidupa Nurul dan keluarga yang akan datang terjamin. Nurul tak nak mereka hidup susah.

So, itu sahaja pengalaman Nurul kenapa Nurul nak berbisnes. Korang pulak macam mana? Jom ler share-share. Hehehe :D


You Might Also Like

2 Comments

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Like us on Facebook

Total Pageviews

Follow by Email