KENALI APA ITU SINDROM OTHELLO

Thursday, June 15, 2017

Image result for sindrom othello

Assalammualaikum wbt,

KENALI APA ITU SINDROM OTHELLO | SIFAT CEMBURU BUTA YANG MEMBAWA KEPADA PEMBUNUHAN

Sindrom ni ada ditayangkan dalam drama tv baru-baru ni. Nurul tak tengok. Tapi adik Nurul tengok. Hehehe. Drama Andainya Takdir. Betul kan? Nurul pun tak tahu jalan cerita dia sebab memang tak tengok pun. Tapi ada sesuatu yang Nurul tertanya-tanya. Kenapa laki tu layan wife dia macam tu. Pasti ada punca dan sebab. So, Nurul akan kupaskan dekat entri ni ye :)


APA ITU SINDROM OTHELLO
Ianya satu penyakit yang melibatkan cemburu buta seoarang individu terhadap pasagannya. Individu ini akan berasa seolah pasangan dia tidak setia dan curang. Othello boleh dikategorikan sebagai penyakit mental. "Pesakit" ini akan merasakan bahawa pasangannya itu tidak setia padahal takde bukti kukuh yang membuktikan pasangannya tak setia. Kajian mengatakan pengidap penyakit sindrom ini adalah 62% dari kalangan lelaki dan selebihnya adalah perempuan.


CIRI-CIRI SINDROM OTHELLO
  • Menuduh pasangan melakukan kecurangan
  • Melarang pasangan bercampur dengan sesiapa
  • Selalu memeriksa pasangan
  • Berusaha mencari bukti jika pasangannya curang
  • Memantau kegiatan pasangan
  • Sentiasa ingin berkomunikasi 24 jam selagi tak tidur
  • Memukul pasangan sebagai 'hukuman'
  • Memberi ancaman untuk membunuh

Daripada pembacaan Nurul, Sindrom Othello ni dinamakan sempena satu watak dalam drama tragedi karya Willian Shakespear. Watak Othello dalam drama ni sanggup membunuh isterinya, Desdemona. Ini kerana Othello percaya bahawa isterinya curang.

Kalau korang perasan pasangan korang ada watak macam ni, segeralah bawak pergi jumpa doktor atau ustaz. Setiap penyakit ada penawarnya kan. Tinggal kita je nak usaha dan ikhtiar. In Sha Allah, rumah tangga akan baik-baik sahaja. :)



You Might Also Like

2 Comments

  1. Drama tu memang jd viral. Memang melampau2 cemburu butanya..
    Btul.kalau rasa ada tanda2 tu baik pergi cepat2 rawat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la.. Nurul pun jarang tengok cite tu.. bahaya jugak ada penyakit cenggini..

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Like us on Facebook

Total Pageviews

Follow by Email