KEBERKESANAN SESUATU PRODUK SUPPLEMENT - Syahirah Valiant

June 16, 2017

KEBERKESANAN SESUATU PRODUK SUPPLEMENT


Assalammualaikum wbt,

Kalau cakap je pasal keberkesanan sesuatu produk supplement, berlumba-lumba syarikat supplement dekat luar sana yang menyatakan produk mereka ada kajian yang saintifik. Tapi sejauh mana keberkasanan tu semua? Ada bukti? Ada jurnal? Takkan la nak percaya pada omongan kosong semata-mata?

Manusia sekarang pun hanya percaya pada VIRAL je. Diaorang langsung tak nak buat kajian dulu. Tak nak membaca dan godek google. Haihhh. Takkan la korang nak percaya benda yang viral je? Kalau la benda viral tu akan memburukkan kesihatan korang. Macam mana? Nak menyesal pun dah tak guna. Korang boleh pilih supplement yang korang suka. Tapi, Nurul mohon sangat supaya korang kaji dulu tentang supplement tu. Hasil penghasilan dia macam mana. Bahan yang digunakan ada bahan sintetik ke tak.

Jangan main bedal je ye. Sayang kesihatan korang tu. Badan dan kesihatan kita ni Allah dah amanahkan dekat kita untuk jaga betul-betul. Da tu takkan la senang-senang kita nak rosakkan balik? Haaa. Fikir-fikirkan lah ye :)



Kalau supplement pilihan korang tu betul-betul ada kajian yang saintifik, syarikat tu pasti takkan sembunyikan apa-apa tentang penghasilan supplement tu. Kita sebagai pengguna berhak tahu tau. Jangan korang kata takpe. Syarikat supplement yang cakap tu semua adalah privacy syarikat tu membonggak je lebih. Jangan lah korang percaya ye.

So, pilihan di tangan korang. Pastikan korang buat pilihan yang terbaik untuk diri awak dan jugak keluarga. Jangan senang sangat percaya dengan benda viral. Pastikan korang buat kajian dan banyakkan membaca. :)



No comments:

Post a Comment

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D