DIET YANG SESUAI UNTUK PESAKIT BENGKAK RAHIM

Friday, June 23, 2017


RAHIM = UTERUS
( Terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian )

KILANG TELUR = OVARI


Ramai pesakit yang tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar. Jadi mereka akan kata 'rahim'. Jadi, kalau korang berhadapan dengan perkara ni, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak ?

Uterine fibroid atau ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.


Kajian menunjukkan bahawa 20% - 50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan.
( Rujukan : Life Extension Book : Disease Prevention & Treatment ; 2003 : page 1569 )


Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintis yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cysts ini berlaku. Korang TAK BOLEH menuding jari mengatakan rahim anda bengkak disebabkan satu perkara sahaja, sesuatu diet, produk atau apa-apa jenis supplement. Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cysts berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :


1. HORMON ESTROGEN BERLEBIHAN
  • fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen
  • jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, korang berisiko untuk mendapat penyakit ni.
  • keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.
  • penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cyst.

2. LAMBAKAN XENOESTROGEN DALAM BADAN
  • xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan. air, kimia dari industri pertanian dan penternakan)
  • dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.
  • dari mana datangnya xenoestrogen ni? 
          - phthalates (bahan dalam plastik atau getah)
          - racun serangga (pesticides)
          - tobacco by products


3. OBESITI
  • lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil "Endocanabinoid system' dan sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.
  • ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.


4. GENETIK
  • kalau korang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, korang juga boleh mempunyai risiko yang sama.


APA TANDA FIBROID ATAU CYST ?

Kebanyakkan wanita TIDAK MEMPUNYAI sebarang tanda. Tak sedar pun ianya wujud dalam badan tapi jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptom tertentu.



ANTARA SIMPTOM FIBROID / CYST
  • Haid yang tidak teratur / berpanjangan
  • sakit perut
  • sakit ketika hubungan kelamin
  • perut membuncit
  • pendarahan abnormal


PERLUKAH OPERATION ?

Pada kebiasaanya TIDAK PERLU operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar tapi jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, korang perlu melakukan pembedahan.

Jadi !

Macam mana nak elak memandangkan kebanyakan wanita berisiko ?



CADANGAN DIET YANG SESUAI

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti :-
  • produk berasaskan tenusu
  • daging merah
  • makanan bergoreng
  • makanan dan minuman bergula
  • garam
  • kafein
  • alkohol

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytosrtogen keranan plant estrogen ni membantu kestabilan estrogen dalam badan.


3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - facial estrogen meningkat dan ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.


4. Kawal berat badan


5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif



BOLEH KE AMALKAN GLA COMPLEX ?
  • GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan radang dan membantu kestabilan hormon.
  • GLA dari minyak borage adalah yang terbaik.
  • Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Jom dapatkan GLA complex korang dengan hanya Contact Nurul je tau.

NURUL SYAHIRAH BT SAMSUHAN

WHATSAPP / CALL / SMS : 0173575871

** COD AREA PUCHONG **




You Might Also Like

4 Comments

  1. One of my best friend do have fibroid. Dia hanya mengetahui ketika dia mengandung and alhamdulillah, tiada masalah. Not sure sewaktu bersalin, fibroid sudah dihapuskan atau tidak. Cuma saya ingin katakan, fibroid atau cyst ni memang tiada tanda. Kawan saya tu memang ada masalah perut buncit sebab genetik keluarga, tapi tak sangka ada sesuatu di dalam badan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Sakit ni memang takde petanda.. So, kita kena lebih berhati-hati..

      Delete
  2. Betul. Sakit takde petanda. Petanda fibroid ni ada sikit kat Siqah. Huhu. Thanks for the info Nurul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau macam tu better siqah pergi check untuk cegah sebarang kemungkinan :)

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Suscribe Us