CARA TINGKATKAN CPUV NUFFNANG - Syahirah Valiant

June 22, 2017

CARA TINGKATKAN CPUV NUFFNANG

Image result for nuffnang

Assalammualaikum wbt,

Cakap pasal blogger je mesti tak terlepas daripada sistem Nuffnang. Betul tak? Sebab majoriti setiap blogger memang akan sign up nuffnang sebagai side income. Yela kan. Rugi sangat kalau kita menulis tapi takde siapa yang perasan. So, dengan adanya nuffnang, entri yang kita tulis tu akan lebih bermakna :D

Kadang-kadang memang frust bila pasang Nuffnang dalam blog tapi cuma dapat 25 sen je. Berbulan-bulan blogging tapi hasilnya tidak memuaskan. Bila jadi macam ni memang mood nak berblogging tu sangat la down. Ni banyak terjadi pada newbies. Jangan risau. Cuba korang try pulak tips yang Nurul nak kasi ni. In Sha Allah, hasilnya akan memuaskan korang :)


1. Blogwalking
Kena rajin blogwalking serta tinggalkan komen. Tinggalkan jejak korang supaya blogger lain tahu kewujudan korang. Sebab blogger ni normally akan berkunjung balik ke blog kita. Step ni penting untuk mendapatkan 'unique visit'.

Image result for blogwalking


2. Tingkatkan trafik pada waktu 'panas'
Cuba tingkatkan trafik pada waktu 'panas' iaitu waktu iklan Nuffnang akan tertera pada blog korang. Waktu terbaik adalah pada pukul 8am-10am , 12pm-3pm dan 8pm-10pm. Maksimumkan trafik dengan share entry di laman sosial.


3. Sentiasa update blog
Pengiklan akan memilih blog yang aktif dan sentiasa update blog untuk memaparkan iklan mereka. Jadi korang kena sentiasa kemaskini blog dengan entry yang baru yang memberi manfaat kepada pembaca. Paling teruk pun seminggu sekali :D


4. Update survey
Masih ramai lagi blogger ambil mudah pasal survey ni. Sebenarnya ni adalah salah satu cara pihak pengiklan memilih blog. Survey ni memudahkan mereka untuk memaparkan iklan yang bersesuaian dengan pembaca blog, lingkungan umur dan niche blog.


5. Hantar tiket kepada Nuffnang
Jangan malu untuk hantar ticker kepada Nuffnang. Tak perlu karang dalam english tau. Buat je dalam bahasa melayu. Rajinkan berikteraksi dengan mereka. Tanya je apa-apa soalan yang berkaitan.


6. Puji Nuffnang
Publishkan beberapa entry review atau 'puji' Nuffnang. Biar mereka rasa dihargai. Hehehe. Cuba la korang try ye. In Sha Allah. Hasil dia sangat lumayan :D



So, itu sahaja tips Nuffnang. Jangan malas-malas ye uolsss. Nak kan sesuatu? Kita la kena usaha. Siapa lagi yang nak usahakan untuk kita melainkan diri sendiri. Betul tak? Nak berjaya ni bukan mudah. Semuanya melalui proses yang perit. Tapi proses tu akan menjadi manis bila kita dah dapat hasilnya. In Sha Allah :)

Dah baca? Meh ler komen-komen sikit ye :D 




4 comments:

  1. Siqah dah buang nuffnang daripada blog. Hii. Tak mendatangkan hasil langsung T_T

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D