June 2017 - Syahirah Valiant

June 23, 2017

MENANG GIVEAWAY THE CARTIECA

Friday, June 23, 2017 4
MENANG GIVEAWAY THE CARTIECA

Assalammualaikum wbt,

Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat sebab blog Nurul ni terpilih untuk memenangi giveaway blogger kita yang berlangsung beberapa hari yang lepas. Bukan apa tau. Sebab Nurul memang nak sangat terpilih untuk giveaway ni. Mana tak nya. Tudung-tudung dia sangat la tertarik hati ni. Hehehe. Tak percaya? Meh Nurul share sikit :D



See, cantik kan :D senang pulak tu nak pakainya. Nurul memang minat sangat-sangat shawl macam ni da. Tak payah nak lilit bagai sangat. Memudahkan hari-hari Nurul. Hehehe.

Korang yang nak shopping tudung boleh la usha-usha kedai blogger kita ni ye. Memang tak menyesal sebab tudung dia semua cantik-cantik :D




DIET YANG SESUAI UNTUK PESAKIT BENGKAK RAHIM

Friday, June 23, 2017 4
DIET YANG SESUAI UNTUK PESAKIT BENGKAK RAHIM

RAHIM = UTERUS
( Terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian )

KILANG TELUR = OVARI


Ramai pesakit yang tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar. Jadi mereka akan kata 'rahim'. Jadi, kalau korang berhadapan dengan perkara ni, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak ?

Uterine fibroid atau ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.


Kajian menunjukkan bahawa 20% - 50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan.
( Rujukan : Life Extension Book : Disease Prevention & Treatment ; 2003 : page 1569 )


Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintis yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cysts ini berlaku. Korang TAK BOLEH menuding jari mengatakan rahim anda bengkak disebabkan satu perkara sahaja, sesuatu diet, produk atau apa-apa jenis supplement. Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cysts berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :


1. HORMON ESTROGEN BERLEBIHAN
  • fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen
  • jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, korang berisiko untuk mendapat penyakit ni.
  • keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.
  • penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cyst.

2. LAMBAKAN XENOESTROGEN DALAM BADAN
  • xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan. air, kimia dari industri pertanian dan penternakan)
  • dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.
  • dari mana datangnya xenoestrogen ni? 
          - phthalates (bahan dalam plastik atau getah)
          - racun serangga (pesticides)
          - tobacco by products


3. OBESITI
  • lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil "Endocanabinoid system' dan sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.
  • ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.


4. GENETIK
  • kalau korang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, korang juga boleh mempunyai risiko yang sama.


APA TANDA FIBROID ATAU CYST ?

Kebanyakkan wanita TIDAK MEMPUNYAI sebarang tanda. Tak sedar pun ianya wujud dalam badan tapi jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptom tertentu.



ANTARA SIMPTOM FIBROID / CYST
  • Haid yang tidak teratur / berpanjangan
  • sakit perut
  • sakit ketika hubungan kelamin
  • perut membuncit
  • pendarahan abnormal


PERLUKAH OPERATION ?

Pada kebiasaanya TIDAK PERLU operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar tapi jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, korang perlu melakukan pembedahan.

Jadi !

Macam mana nak elak memandangkan kebanyakan wanita berisiko ?



CADANGAN DIET YANG SESUAI

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti :-
  • produk berasaskan tenusu
  • daging merah
  • makanan bergoreng
  • makanan dan minuman bergula
  • garam
  • kafein
  • alkohol

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytosrtogen keranan plant estrogen ni membantu kestabilan estrogen dalam badan.


3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - facial estrogen meningkat dan ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.


4. Kawal berat badan


5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif



BOLEH KE AMALKAN GLA COMPLEX ?
  • GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan radang dan membantu kestabilan hormon.
  • GLA dari minyak borage adalah yang terbaik.
  • Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Jom dapatkan GLA complex korang dengan hanya Contact Nurul je tau.

NURUL SYAHIRAH BT SAMSUHAN

WHATSAPP / CALL / SMS : 0173575871

** COD AREA PUCHONG **




June 22, 2017

CARA TINGKATKAN CPUV NUFFNANG

Thursday, June 22, 2017 4
CARA TINGKATKAN CPUV NUFFNANG
Image result for nuffnang

Assalammualaikum wbt,

Cakap pasal blogger je mesti tak terlepas daripada sistem Nuffnang. Betul tak? Sebab majoriti setiap blogger memang akan sign up nuffnang sebagai side income. Yela kan. Rugi sangat kalau kita menulis tapi takde siapa yang perasan. So, dengan adanya nuffnang, entri yang kita tulis tu akan lebih bermakna :D

Kadang-kadang memang frust bila pasang Nuffnang dalam blog tapi cuma dapat 25 sen je. Berbulan-bulan blogging tapi hasilnya tidak memuaskan. Bila jadi macam ni memang mood nak berblogging tu sangat la down. Ni banyak terjadi pada newbies. Jangan risau. Cuba korang try pulak tips yang Nurul nak kasi ni. In Sha Allah, hasilnya akan memuaskan korang :)


1. Blogwalking
Kena rajin blogwalking serta tinggalkan komen. Tinggalkan jejak korang supaya blogger lain tahu kewujudan korang. Sebab blogger ni normally akan berkunjung balik ke blog kita. Step ni penting untuk mendapatkan 'unique visit'.

Image result for blogwalking


2. Tingkatkan trafik pada waktu 'panas'
Cuba tingkatkan trafik pada waktu 'panas' iaitu waktu iklan Nuffnang akan tertera pada blog korang. Waktu terbaik adalah pada pukul 8am-10am , 12pm-3pm dan 8pm-10pm. Maksimumkan trafik dengan share entry di laman sosial.


3. Sentiasa update blog
Pengiklan akan memilih blog yang aktif dan sentiasa update blog untuk memaparkan iklan mereka. Jadi korang kena sentiasa kemaskini blog dengan entry yang baru yang memberi manfaat kepada pembaca. Paling teruk pun seminggu sekali :D


4. Update survey
Masih ramai lagi blogger ambil mudah pasal survey ni. Sebenarnya ni adalah salah satu cara pihak pengiklan memilih blog. Survey ni memudahkan mereka untuk memaparkan iklan yang bersesuaian dengan pembaca blog, lingkungan umur dan niche blog.


5. Hantar tiket kepada Nuffnang
Jangan malu untuk hantar ticker kepada Nuffnang. Tak perlu karang dalam english tau. Buat je dalam bahasa melayu. Rajinkan berikteraksi dengan mereka. Tanya je apa-apa soalan yang berkaitan.


6. Puji Nuffnang
Publishkan beberapa entry review atau 'puji' Nuffnang. Biar mereka rasa dihargai. Hehehe. Cuba la korang try ye. In Sha Allah. Hasil dia sangat lumayan :D



So, itu sahaja tips Nuffnang. Jangan malas-malas ye uolsss. Nak kan sesuatu? Kita la kena usaha. Siapa lagi yang nak usahakan untuk kita melainkan diri sendiri. Betul tak? Nak berjaya ni bukan mudah. Semuanya melalui proses yang perit. Tapi proses tu akan menjadi manis bila kita dah dapat hasilnya. In Sha Allah :)

Dah baca? Meh ler komen-komen sikit ye :D 




BATUK TERUK BERTERUSAN TANDA TIBI

Thursday, June 22, 2017 2
BATUK TERUK BERTERUSAN TANDA TIBI
Image result for batuk

Batuk kering (tibi) masih merupakan punca utama kematian disebabkan penyakit berjangkit di Malaysia dengan 1,603 kes dilaporkan tahun lepas berbanding 1,597 pada 2013. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sepanjang tahun lepas, pemeriksaan dilakukan terhadap 543,146 pesakit yang mempunyai gejala TB dan daripada jumlah itu, 15,232 didapati positif tuberculin.


APAKAH PENYAKIT TIBI ?
  • Tibi adalah sejenis penyakit berbahaya yang boleh membawa maut jika tidak dirawat.
  • Ianya disebabkan oleh kuman Tibi Mycobacterium Tiberculosis.
  • Kuman tibi biasanya menjangkiti paru-paru tetapi ia juga boleh menyerang organ-organ penting lain seperti tulang, otak, kelenjar, kulit, buah pinggang dan sebagainya.
  • Kebanyakan orang yang dijangkiti, tidak akan mendapat penyakit Tibi kerana sistem pertahanan badan yang kuat menghalang jangkitan. Akan tetapi kuman tibi ini akan berada di dalam badan dalam keadaan tidak aktif.
  • Jika sistem pertahanan badan terjejas atau menjadi lemah, kuman tibi yang ada dalam badan akan menjadi aktif dan membiak, ia menyebabkan jangkitan tibi yang aktif.

FAKTOR PENYUMBANG TIBI
  • Pendatang asing yang masuk secara haram tidak disaring daripada penyakit ini.
  • Pesakit lambat atau tidak mendapatkan rawatan kerana tidak terdedah tentang penyakit tibi.


CARA PENYAKIT TIBI MEREBAK
  • Penyakit tibi boleh berjangkit melalui titisan cecair mulut dan hidung yang mengandungi kuman tibi apabila pesakit tibi paru-paru batuk, bercakap atau bersin.
  • Sesiapa yang menyedut udara yang mengandungi cecair ini akan menghadapi risiko dijangkiti kuman tibi.
  • Penyakit tibi diluar paru-paru (EPTB) tidak akan menjangkiti orang-orang disekelilingnya.

bahaya tibi merebak


TANDA-TANDA ANDA MENGHIDAPI PENYAKIT TIBI
  • Batuk berpanjangan melebihi dua minggu
  • Batk berdarah atau berkahak
  • Sakit dibahagian dada
  • Lemah dan keletihan
  • Susut berat badan
  • Hilang selera makan
  • Menggigil
  • Demam
  • Berpeluh waktu malam


RESVERATROL DAN TIBI

Anda perlu tahu bahawa bakteria tibi mempunyai dinding sel yang tebal dan amat sukar untuk dibunuh dengan antibiotik biasa. Malah kuman tibi ini boleh hidup di dalam sel-sel darah dan di dalam tisu anggota badan lain. Secara tak langsung kuman tibi ini akan merosakkan DNA sel tisu anggota badan terutamanya organ paru-paru tempat serangan utama kuman tibi.

Fakta yang anda perlu tahu adalah Tibi ini akan memakan paru-paru menyebabkan paru-paru pesakit tibi akan berlubang.

DNA sel yang tiada pertahanan antioksidan yang kuat mudah untuk diserang dan lama kelamaan DNA sel ini akan semakin lemah dan tidak bertenaga. DNA sel yang telah rosak tidak dapat berfungsi seperti biasa dan akhirnya sel tersebut akan mati. Jika dibiarkan lama kelamaan sel-sel tisu organ tersebut akan terus rosak sehingga hilang fungsi keseluruhan organ paru-paru.


tibi vivix shaklee



kuman tibi bebas vivix shaklee


MACAM MANA NAK ORDER VIVIX ?

LANGKAH 1

Image result for esell 
KLIK 'ORDER NOW' UNTUK ORDER DIRECT HQ




LANGKAH 2


WHATSAPP / CALL / SMS : 0173575871

** COD AREA PUCHONG **




PENCARIAN SPONSOR TAMAT | GIVEAWAY NURUL & FRIENDS

Thursday, June 22, 2017 4
PENCARIAN SPONSOR TAMAT | GIVEAWAY NURUL & FRIENDS
macbook, marble, and tumblr image

Assalammualaikum wbt,

Terlebih dahulu Nurul nak ucapkan ribuan terima kasih kepada blogger-blogger yang sudi sponsor untuk giveaway yang bakal dilaksanakan tak lama lagi. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. First memang Nurul tak yakin ada yang sudi sponsor. Maklumlah. Nurul blogger biasa-biasa je. 

Tapi sangkaan Nurul salah. Ada jugak yang sudi nak sponsor. Syukur sangat-sangat. Pada para sponsor, Nurul akan inform korang once giveaway da start ye. Pada pendapat korang Nurul patut buat gviveaway sebelum raya ni ke, time raya ke atau selepas raya?

Sudi-sudi lah drop idea korang ye :D


June 21, 2017

PERKHIDMATAN REVIEW PRODUK

Wednesday, June 21, 2017 2
PERKHIDMATAN REVIEW PRODUK
Assalammualaikum wbt,

Ok, untuk julung kalinya Nurul up pasal review dekat blog. Selalunya Nurul buat review ni hanya di instagram. Tapi sekarang terfikir pulak nak lebarkan sayap. Hahaha. Sayap la kononnya. Untuk pengetahuan peniaga-peniaga di luar sana, Nurul ada sediakan service review untuk mereka kembangkan lagi bisnes korang. Korang boleh pilih untuk GIFT REVIEW atau PAID REVIEW. Gift review korang just bagi product korang untuk Nurul guna masa nak review nanti.

Kalau untuk paid review, korang just bayar and Nurul akan review berdasarkan pemerhatian Nurul and jangan risau, entry akan melekat sehingga la blog ni tamat riwayat hidupnya. Hehehe. Review dekat blog ni special sikit sebab post akan masuk ke enjin google. So prospek dan customer korang senang nak cari info pasal produk korang :)


FOR PAID REVIEW

Gold : RM50 
My personal review | your own ready review | blog draft for me to use with promotion in my instagram | Twitter | Facebook | Sidebar Advertisement (bulan seterusnya jika berminat - add RM5)


Silver : RM20
2 personal review | your own ready review | blog draft for me to use | sidebar advertisement (bulan seterusnya jika berminat - add RM5)


Bronze : RM5
1 personal review | your own ready review | blog draft for me to use


Bukan tu je tau. Korang akan dapat publisiti secara percuma sekiranya menggunakan perkhidmatan review Nurul yang akan turut dipostkan di laman social media seperti Facebook, Twitter dan Instagram.


GIFT REVIEW
Bagi review product adalah PERCUMS jika korang menghantar product kepada Nurul untuk hasil review yang lebih menarik.


Jadi, kepada yang berminat, boleh Whatsapp 017-3575871 atau contact Nurul menerusi email syahirahvaliant@gmail.com




June 20, 2017

EDITING BLOG | IBU ELLY

Tuesday, June 20, 2017 7
EDITING BLOG | IBU ELLY

Assalammualaikum wbt,

Ni dia blog ibu elly yang berwajah baru. Nurul edit ni biar nampak macam blog corporate sebab ibu elly ni jual shaklee. So kita nakkan blog yang nampak macam corporate gitu. Alhamdulillah, ibu elly suka dan puas hati dengan editing Nurul.

Katanya simple dan kemas. Tu la trademark Nurul. Nurul sukakan editing yang simple dan kemas. Dan rata-rata manusia memang suka simple dan kemas. ^^ Sebelum tu, jom terjah blog ibu elly ye :D KLIK SINI


Pada sesiapa yang nak tempah edit blog, meh contact Nurul ye. Harga yang Nurul tetapkan hanya serendah RM5 sahaja. Sesuai untuk blogger newbies. Jangan risau, Nurul akan edit ikut cita rasa korang :D



KOTAK BERHARGA DARI ZALORA DAH SAMPAI

Tuesday, June 20, 2017 6
KOTAK BERHARGA DARI ZALORA DAH SAMPAI

Assalammualaikum wbt,

Pada yang suka shopping online ni saat parcel tu sampai dekat rumah adalah hari yang paling berharga. Betul tak? :D Hehehe. Macam tu jugak la Nurul. Korang ingat tak entri yang Nurul story pasal Nurul shopping dekat Zalora tu? ENTRI NI . Akhirnya kotak berharga da sampai. Yeahhhh !

Tu yang pelik. Eh, cepat sangat. Nurul ingatkan akan sampai lepas raya. Rupanya lepas order tu terus sampai. Alhamdulillah. Kemain excited lagi time Nurul nak ambik kotak berharga ni :D



Jeng jeng jeng. Sangat eksklusif kotak dia kan. Macam bukak hadiah gitu. :D




So, ini lah barang yang Nurul order. Shawl dan jam. Jam tu super duper smart. Serious Nurul suka. Dan shawl tu senang nak pakai. Hehehe. Tak payah nak belit-belit da :D



Terima kasih Zalora dan Ninjavan untuk servis yang tip top ni :D


June 19, 2017

LAZADA CONTEST | ANGGUN CANTIK DI PAGI SYAWAL

Monday, June 19, 2017 10
LAZADA CONTEST | ANGGUN CANTIK DI PAGI SYAWAL
Lazada Blogger Contest

Assalammualaikum wbt,

Dah nak raya ni kan. Korang dah siap ke kelengkapan raya korang tu? Mesti glamour-glamour kan. Nurul just simple je. Hehehe. Alhamdulillah. Kelengkapan raya Nurul dah siap. Sebelum tu, Nurul nak inform korang yang Lazada ada buat sales raya besar-besaran tau. Memang murah sangat la harga yang ditawarkan. Mana yang tak lengkap lagi persiapa raya tu meh usha-usha dekat Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Raya. Sales berlangsung daripada 19 May 2017 sehingga 30 June 2017 tau. Diskaun sampai 90% uolsss. Takde sape yang boleh bagi. Dekat Lazada je ada :D


A. APAKAH TEMA UNTUK RAYA NI ?
Tiap tahun Nurul tak kisah sangat pasal tema ni. Tapi untuk tahun ni Nurul decide untuk pilih tema ungu dan digabungkan dengan coklat. Pada mulanya agak macam tak kena je kan. Tapi Alhamdulillah, bila dah mix and match tu, memang padan sangat. Mata Nurul suka tengok warna ni


B. KONGSIKAN OUTFIT DETAILS UNTUK RAYA NI
Dalam banyak-banyak details yang Nurul akan nyatakan nanti, benda first yang Nurul nak adalah outfit raya Nurul tu selesa untuk dipakai. Nurul ni memang agak cerewet bab keselesaan baju. Dan Nurul nak biarlah outfit tu daripada kain yang sejuk dan tak panas. Maklum lah, kita dekat Malaysia cuaca tak tentu sangat. Alhamdulillah, Nurul dapat cari ciri-ciri baju yang Nurul nak.

Selain tu Nurul nak outfit Nurul tu nampak simple dan macam wanita melayu terakhir gitu. Hehehe. Dan Nurul ni suka pilih baju yang warnanya agak soft dan lembut. So, sebab tu la terhasilnya warna ungu dan coklat. Dan yang penting, outfit tu mestilah menutup aurat :)


C. APAKAH OUTFIT / PAKAIAN YANG INGIN DIBELI DI LAZADA ?
Kalau tengokkan web dekat Lazada ni, memang banyak la Nurul nak. Maklum lah, orang senang rambang mata memang cenggini. Hehehe. 

Jeng Jeng Jeng ~ Ni outfit yang Nurul nak dari Lazada :D

Corak dia simple je. Dan sangat padan dengan badan macam Nurul ni. Hehehe. Sebab Nurul ni chubby. So Nurul akan pilih baju yang ada corak.




Dan Nurul akan padankan dengan palazo hitam ni. Nampak casual dan simple.



Shawl Neelofa warna grape shake menjadi pilihan Nurul :D




Handbag Carlo Rino menjadi pilihan Nurul ^^




So, pada sesiapa yang tak buat persiapan kelengkapan raya lagi, meh la shopping dekat Lazada ye. Korang klik je Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya. Semua benda yang korang nak ada dekat situ dan paling penting, ada diskaun sehingga 90% tau ^^

PENCARIAN SPONSOR | GIVEAWAY NURUL & FRIENDS

Monday, June 19, 2017 16
PENCARIAN SPONSOR | GIVEAWAY NURUL & FRIENDS

Assalammualaikum wbt,

Ni kali kedua Nurul nak cari sponsor untuk satu giveaway yang bakal diadakan tak lama lagi. Sebelum ni pernah sekali tapi zaman bila entah Nurul tak ingat. Hehehe. So, sekarang ni Nurul nak cari sponsor yang sanggup sponsor giveaway Nurul & Friends yang bakal diadakan tak lama lagi. Tak kisah la sponsor apa pun. Nurul terima dengan hati yang terbuka :)

Dengan jadi sponsor giveaway ni, para sponsor pun akan dapat benefit. In Sha Allah, kita sama-sama lancarkan perjalanan giveaway ni ye. Tak ramai yang nak sponsor pun takpe. Asalkan ada. Hope ada la yang sudi ye. Jangan risau. Memandangkan ni giveaway Nurul jugak, Nurul akan sponsor hadiah yang menarik jugak untuk giveaway ni :) In Sha Allah. Kalau korang berminat, boleh la ikut TNC yang Nurul nyatakan ni ye :D


1. Semua maklumat yang Nurul mintak ni korang emailkan dekat Nurul ye. syahirahvaliant@gmail.com . Ni email Nurul. Kalau nak senang lagi korang boleh whatsapp Nurul tau 017-3575871

PILIH 5 SAHAJA UNTUK PESERTA IKUT SYARAT KORANG
1. Follow blog
2. Like fanpage
3. Join group facebook
4. Follow twitter
5. Follow instagram
6. Follow google+
7. Lain-lain (ni para sponsor tentukan sendiri ye)


HADIAH YANG NAK SPONSOR
1. Wang tunai
2. Review blog
3. Bloglist (Dah full)
4. Topup
5. Freebies ( Header, doodle & etc )
6. Lain-lain ( ni para sponsor boleh tentukan hadiah apa yang nak sponsor )


Hope ada lah blogger yang sudi sponsor giveaway yang tak seberapa ni ye. Tujuan dia bukan tu je. Dengan adanya giveaway, boleh la kita blogwalking sama-sama ye. In Sha Allah. Korang boleh la emailkan details yang diperlukan atau whatsapp je Nurul ye. Kalau ada apa-apa kemusykilan, korang direct contact Nurul ye. Semoga pencarian sponsor ni berjalan dengan lancar. Amin :)




SHOPPING RAYA AT ZALORA MALAYSIA

Monday, June 19, 2017 2
SHOPPING RAYA AT ZALORA MALAYSIA
Image result for zalorA
Assalammualaikum wbt,

Nurul sebenarnya tak pernah shopping dekat zalora ni. Serious ni first time. Hehehe. Tak tahu la kenapa tetiba nak shopping raya dekat zalora pulak tahun ni. 

At first semalam Nurul nak la shopping terus dekat zalora melalui handphone. Eh, tengok-tengok tak boleh. Dia kata ada error apa benda entah. Nurul pun lupa. So, pagi ni Nurul terus buat dekat laptop. Ingatkan tak boleh jugak. Alhamdulillah. Akhirnya selamat mengorder untuk raya. Hehehe.

Nurul just order shawl dengan jam je. Sebab baju raya dah siap tempah. Tinggal ni je yang Nurul takde. Tapi agak rambang mata jugak la nak memilih. Hehehe. Maklum lah perempuan. Korang pun faham kan macam mana. Dan final decision Nurul, Nurul pilih shawl dan jam. Nak beli handbag dengan kasut dah berlambak. So kita recyle je. Jam pulak dah rosak. Memang mintak baru tu.

Dan paling bestnya. Nurul tak payah keluarkan duit sesen pun untuk shopping ni tau. Sebab apa? Haaaa. Tengok ni :D


Jeng jeng jeng. Harga semua RM90. Tapi satu sen pun Nurul tak keluarkan. Hehehe. Sebab Nurul ada coupon yang tak guna lagi masa Nurul collaborate dengan Zalora. Alhamdulillah. Tak terfikir pulak nak guna time macam ni.

So korang yang ada coupon tu, jangan lah buang je tau. Sebab coupon tu kita akan guna dan akan menguntungkan kita. See, Nurul boleh jimat RM100. 100% Nurul tak keluarkan duit untuk beli barang ni dan posting. Best kan? :D

June 17, 2017

KISAH BENAR BEKAS PESAKIT KANSER OVARI TAHAP 4

Saturday, June 17, 2017 0
KISAH BENAR BEKAS PESAKIT KANSER OVARI TAHAP 4
Image result for sad


Assalammualaikum wbt,

Cakap pasal kanser je semua orang akan takut kan. Hari ni Nurul nak share dengan korang cerita sebenar seorang pesakit kanser ovari tahap 4, Suzana Othman. Setiap bait dan ayat yang beliau nyatakan kita ambil sebagai pengajaran dan pengalaman. :)


Hanya copy paste dari status beliau :


Ketika mula-mula disahkan menghidap kanser, kita jadi pelik dan hairan. Masa tu umur baru 24 tahun takkan la dah kena kanser kan? Selalu dengan orang tua-tua je yang kena tapi kita masih muda, orang yang lagi tua pun sihat walafiat. Kita yang muda ni macam-macam penyakit bersarang dalam badan.

Mungkin faham persoalan yang bermain di fikiran kita, prof terus terangkan punca-punca kita menghidap kanser. Pertama dan paling utama faktor pemakanan. Dia tebak satu soalan yang sememangnya dia sendiri dah tau jawapan. "You suka makan ayam kan?"

Kita cuma angguk perlahan. Air mata masih bersisa lepas baru je disahkan menghidap kanser. Masih seakan tak percaya. Takkan la kerana ayam aku kena penyakit kronik macam ni. Bisik kita dalam hati. Sepatah perkataan pun tak mampu diluahkan.

"You takde exercise, oksigen dalam badan you kurang. Makan tak jaga. Banyak makan fast food. You tak cukup tidur dan rehat selalu berjaga malam. Banyak menghadap laptop dan handphone. Takde makan sayur dan buah. Bila imun you drop, kanser terus attack."

Panjang lebar prof terangkan. Kenapa perempuan senang kena kasner, kenapa ini kenapa ini lama-lama telinga kita dah tak mampu mendengar. Otak kita tak mampu memproses maklumat cuma satu je terlintas dekat fikiran, "inikah kesudahan hidup aku?"

Betul semua kata prof, takde satu pun yang tak betul. Betul kita memang suka makan ayam, betul kita langsung tak bersenam, betul kita banyak hadap phone dan laptop siang malam pagi petang, betu; kita banyak makna fast food, kfc, mcd, pizza mahupun meggi. Dah namapun students, mana ada makan makanan berkhasiat. Mana ada tidur yang cukup, mana ada masa beriadah. Masa tu struggle study, paperwork, assignment, exam, yang penting tiap-tiap sem nak dapat dekan.


Sejujurnya dalam keluarga dan keturunan kita belum pernah ada sejarah menghidap kanser. Kitalah yang mengubah sejaran tu. Susahnya hati nak sampaikan berita dekat ibu dan abah yang anaknya ni menghidap kanser. Bimbang orang tua itu luluh hatinya. Kita mintak suami rahsiakan dari pengetahuan keluarga kita. Tapi suami kata ini soal hidup dan mati, dia bertanggungjawab ke atas kita dan dia tak mahu menghancurkan hati orang tua bila apa-apa jadi pada kita.

Suami tekad mahu kita buat rawatan B17 dan minta restu orang tua kita terlebih dulu sebelum kita mulakan rawatan. Ibu dan abah hanya redha dan pasrah. Setiap hari ibu mengalir air mata mengenangkan anaknya nan sorang ini. Kita sendiri secara peribadi tak mahu dibawa ke hospital, kita tak sanggup jalani pembedahan dan kemoterapi. Dalam masa yang sama, kita tak tahu sejauh mana rawatan B17 itu berkesan sebab kita tak pernah dengar lagi ada rawatan yang macam tu untuk merawat kanser. Pernah jugak hati ni ragu, pernah jugak rasa bimbang betul ke rawatan ni berkesan? Terpedaya dengan gambar buah-buahan dekat botol ubat, ingatkan rasa ubat tu macam buah-buahan rupanya, Tuhan je la yang tahu.

Jangan ingat "oh senang la makan ubat je dah boleh sihat." Tidak sayang, ubatnya sangat siksa untuk ditelan. Sehari lebih 80 biji pil kena makan, dan berbelas-belas ubat cecair dihidang. Dengan terpaksa mengikut diet yang ketat, cuma boleh makan sayur, buah dan nasi adakah itu mudah?

Mudah bagi orang yang pandang, tak mudah bagi orang yang mneghidap.

Berpuluh-puluh kali melawat bilik air sehari, muntah, berak tanpa henti sehingga kaki longlai untuk melangkah. Setiap kali ingin ke bilik air, suami akan papah hinggalah suami kata "pakailah lampin kalau tak mampu ke bilik air, nanti abang cuci najis sayang." Allah.... Tumpah air mata kesekian kalinya. Sepatutnya saat itu. isteri ini yang jaga makan pakai suami. tetapi sebaliknya isteri yang baru dinikahi ini belum apa-apa lagi dah menjadi bebanan di bahu suaminya.

Walau kisah ini telah diulang berkali-kali, tapi setiap kali itu air mata berlum pernah kering untuk mengalir bila terkenang saat-saat getir ketika melawan kanser. Bukan mudah. tetapi sering disalah erti oleh orang yang tak mahu mengerti.

Bukan pengertianmu yang aku tuntut kerna aku tahu kau takkan mengerti selagi kau tak mengalaminya. Kawan, mintalah kepada Tuhan agar usiamu panjang dan kesihatanmu sentiasa terpelihara kerana sekali kau jatuh sakit hingga mengancam nyawa, dunia ini dan segala isinya tidak lagi bermakna.


TANDA-TANDA AWAL 10 JENIS KANSER

Saturday, June 17, 2017 0
TANDA-TANDA AWAL 10 JENIS KANSER
Image result for kanser

Assalammualaikum wbt,

Actually kita semua ni ada kanser tau. Cuma aktif atau tak aktif je. So, korang pernah terfikir tak apa sebabnya yang mengaktifkannya? Sebab kita makan makanan yang tak sihat, tak bersenam, duduk je menghadap laptop / phone, tak makan sayur dan buah-buahan. Kanser ni sangat menakutkan. Sebab ianya boleh membawa maut.

Walaupun kita nampak pesakit kanser ni sihat je. Tapi tu semua semangat diaorang untuk tak sakit. Pesakit kanser ni kalau dia fikir dia sakit, badan dia lagi akan menjadi lemah.


TANDA-TANDA AWAL KANSER PAYUDARA
  • bengkak / gumpalan di buah dada
  • keluar cairan berdarah dari puting
  • pembesaran kelenjar di ketiak
  • kedutan pada kulit di buah dada
kanser payudara



TANDA-TANDA AWAL KANSER PARU-PARU
  • batuk kuat berterusan
  • batuk berdarah
  • nafas termengah-mengah
  • sakit dada
  • hilang berat badan
kanser paru-paru



TANDA-TANDA AWAL KANSER USUS BESAR
  • perubahan tabiat membuang air
  • hilang berat badan
  • sakit dalam perut dan usus
  • berlaku pendarahan semasa membuang air
kanser usus besar



TANDA-TANDA AWAL KANSER PANGKAL RAHIM
  • sebarang lelehan / pendarahan yang luar biasa
  • sakit selepas bersama
  • turun berat badan
kanser pangkal rahim



TANDA-TANDA AWAL KANSER PERUT
  • hilang berat badan
  • muntah berdarah
  • sistem pencernaan tidak teratur
  • cepat kenyang walaupun makan sikit
kanser perut





TANDA-TANDA AWAL KANSER HATI
  • kepenatan luar biasa & loya
  • kurang selera makan yang berterusan
  • kurang berat badan mendadak
  • mudah rasa kenyang
kanser hati




TANDA-TANDA AWAL KANSER OTAK
  • sakit kepala
  • muntah-muntah
  • gangguan penglihatan
  • lemah atau lumpuh
  • pening / pitam
  • pelupa
  • perubahan personaliti
kanser otak



TANDA-TANDA AWAL KANSER TEKAK
  • suara garau / serak
  • ada ketumbuhan di tekak
  • sukar menelan
  • kelenjar membengkak di leher
kanser tekak




TANDA-TANDA AWAL KANSER DARAH
  • mudah letih / pucat
  • mudah lebam
  • mudah mendapat jangkitan penyakit
kanser darah



TANDA-TANDA AWAL KANSER OVARI
  • haid tidak teratur
  • ketumbuhan keras di bahagian abdomen
  • sakit semasa bersama
  • tumbuhan bulu rambut yang melampau
  • suara menjadi lebih mendalam
kanser ovari


Untuk langkah berjaga-jaga, pastikan korang buat check up dekat hospital sama ada kita ada ke tak tanda-tanda ni semua. Jangan buat dek je ye. Dan amalkan jugak gaya hidup sihat. In Sha Allah, kita dan keluarga kita akan bebas daripada penyakit kanser. Amin :)



June 16, 2017

GEJALA, PENYEBAB DAN CARA MENGATASI SEMBELIT

Friday, June 16, 2017 2
GEJALA, PENYEBAB DAN CARA MENGATASI SEMBELIT
Image result for sembelit kartun

Sembelit terjadi dimana pengerasan najis sehingga menyukarkan untuk membuang air besar dan mungkin akan menyebabkan kesakitan. Dengan kata lain, sembelit selalunya disebut sebagai diarhae dalam bahasa doktor. Kebanyakkan orang biasanya menderita sembelit ni kadang-kadang je serta boleh sembuh dalam masa yang singkat.

Penyebab sembelit ni ada banyak jenis dan ada beberapa cara untuk mengatasi sembelit. Cara terbaik untuk mengatasi sembelit adalah dengan mengatasi penyebab sembelit tersebut.


GEJALA SEMBELIT
  • Jarang buang air besar atau kurang
  • Sukar untuk membuang air besar
  • Kram otot perut
  • Perut terasa berat
  • Lidah berlendir
  • Sakit kepala
  • Hilang nafsu makan
  • Sakit pada peha atau betis
  • Hipertensi atau tekanan darah tinggi
  • Mual
  • Vertigo
  • Jantung berdebar-debar


PENYEBAB SEMBELIT
  • Pola makan yang buruk, kurang makan makanan berserat serta terlalu banyak makan makanan yang sukar dicerna
  • Kebiasaan yang buruk seperti minum minuman keras atau alkohol, merokok dan selalu tidur tak teratur
  • Buang air besar yang tak teratur
  • Gangguan hormon
  • Terlalu banyak menggunakan ubat tahan sakit
  • Kurang minum air masak


CARA MENGATASI SEMBELIT SECARA SEMULAJADI
  • Minum banyak air dan jus segar
  • Makan banyak buah-buahan
  • Makan banyak oatmeal
  • Bersenam
  • Makan supplement yang membantu melembutkan najis


Pada customer Nurul yang mengalami masalah sembelit atau susah nak buang air besar, memang Nurul akan suggest untuk konsisten ostematrix ni. Ia akan membantu melembutkan najis kita dan memudahkan kita untuk membuang air besar. In Sha Allah, dengan izin Allah, sembelit tu akan beransur hilang. Yang penting, usaha serta doa :)



MACAM MANA NAK ORDER OSTEMATRIX ?

LANGKAH 1

Image result for esell
KLIK 'ORDER NOW' UNTUK ORDER DIRECT HQ



LANGKAH 2


WHATSAPP / SMS / CALL : 0173575871

KEDAI SHAKLEE NURUL : PAGE / IG


  ** COD SHAKLEE PUCHONG **




KEBERKESANAN SESUATU PRODUK SUPPLEMENT

Friday, June 16, 2017 0
KEBERKESANAN SESUATU PRODUK SUPPLEMENT

Assalammualaikum wbt,

Kalau cakap je pasal keberkesanan sesuatu produk supplement, berlumba-lumba syarikat supplement dekat luar sana yang menyatakan produk mereka ada kajian yang saintifik. Tapi sejauh mana keberkasanan tu semua? Ada bukti? Ada jurnal? Takkan la nak percaya pada omongan kosong semata-mata?

Manusia sekarang pun hanya percaya pada VIRAL je. Diaorang langsung tak nak buat kajian dulu. Tak nak membaca dan godek google. Haihhh. Takkan la korang nak percaya benda yang viral je? Kalau la benda viral tu akan memburukkan kesihatan korang. Macam mana? Nak menyesal pun dah tak guna. Korang boleh pilih supplement yang korang suka. Tapi, Nurul mohon sangat supaya korang kaji dulu tentang supplement tu. Hasil penghasilan dia macam mana. Bahan yang digunakan ada bahan sintetik ke tak.

Jangan main bedal je ye. Sayang kesihatan korang tu. Badan dan kesihatan kita ni Allah dah amanahkan dekat kita untuk jaga betul-betul. Da tu takkan la senang-senang kita nak rosakkan balik? Haaa. Fikir-fikirkan lah ye :)



Kalau supplement pilihan korang tu betul-betul ada kajian yang saintifik, syarikat tu pasti takkan sembunyikan apa-apa tentang penghasilan supplement tu. Kita sebagai pengguna berhak tahu tau. Jangan korang kata takpe. Syarikat supplement yang cakap tu semua adalah privacy syarikat tu membonggak je lebih. Jangan lah korang percaya ye.

So, pilihan di tangan korang. Pastikan korang buat pilihan yang terbaik untuk diri awak dan jugak keluarga. Jangan senang sangat percaya dengan benda viral. Pastikan korang buat kajian dan banyakkan membaca. :)



THE CARTIECA GIVEAWAY #2

Friday, June 16, 2017 1
THE CARTIECA GIVEAWAY #2
** KLIK BANNER UNTUK JOIN **

Assalammualaikum wbt,

Ok, hari ni Nurul join lagi giveaway sahabat blogger kita ni. Hadiah dia superb lumayan tau. Rugi kalau korang tak join. Meh kita join sama-sama :D

June 15, 2017

KENALI APA ITU SINDROM OTHELLO

Thursday, June 15, 2017 2
KENALI APA ITU SINDROM OTHELLO
Image result for sindrom othello

Assalammualaikum wbt,

KENALI APA ITU SINDROM OTHELLO | SIFAT CEMBURU BUTA YANG MEMBAWA KEPADA PEMBUNUHAN

Sindrom ni ada ditayangkan dalam drama tv baru-baru ni. Nurul tak tengok. Tapi adik Nurul tengok. Hehehe. Drama Andainya Takdir. Betul kan? Nurul pun tak tahu jalan cerita dia sebab memang tak tengok pun. Tapi ada sesuatu yang Nurul tertanya-tanya. Kenapa laki tu layan wife dia macam tu. Pasti ada punca dan sebab. So, Nurul akan kupaskan dekat entri ni ye :)


APA ITU SINDROM OTHELLO
Ianya satu penyakit yang melibatkan cemburu buta seoarang individu terhadap pasagannya. Individu ini akan berasa seolah pasangan dia tidak setia dan curang. Othello boleh dikategorikan sebagai penyakit mental. "Pesakit" ini akan merasakan bahawa pasangannya itu tidak setia padahal takde bukti kukuh yang membuktikan pasangannya tak setia. Kajian mengatakan pengidap penyakit sindrom ini adalah 62% dari kalangan lelaki dan selebihnya adalah perempuan.


CIRI-CIRI SINDROM OTHELLO
  • Menuduh pasangan melakukan kecurangan
  • Melarang pasangan bercampur dengan sesiapa
  • Selalu memeriksa pasangan
  • Berusaha mencari bukti jika pasangannya curang
  • Memantau kegiatan pasangan
  • Sentiasa ingin berkomunikasi 24 jam selagi tak tidur
  • Memukul pasangan sebagai 'hukuman'
  • Memberi ancaman untuk membunuh

Daripada pembacaan Nurul, Sindrom Othello ni dinamakan sempena satu watak dalam drama tragedi karya Willian Shakespear. Watak Othello dalam drama ni sanggup membunuh isterinya, Desdemona. Ini kerana Othello percaya bahawa isterinya curang.

Kalau korang perasan pasangan korang ada watak macam ni, segeralah bawak pergi jumpa doktor atau ustaz. Setiap penyakit ada penawarnya kan. Tinggal kita je nak usaha dan ikhtiar. In Sha Allah, rumah tangga akan baik-baik sahaja. :)



GIVEAWAY MENGEJAR LAILATUL QADAR

Thursday, June 15, 2017 1
GIVEAWAY MENGEJAR LAILATUL QADAR

** KLIK BANNER UNTUK JOIN **

Assalammualaikum wbt,

Sekian lama Nurul mendiamkan diri tak join mana-mana giveaway yang diadakan oleh blogger. Hari ni baru terbukak hati nak join. Hehehe. Apa yang penting, serious unik sangat tajuk giveaway yang sahabat kita anjurkan ni. Alhamdulillah. Bukan calang-calang orang nak buat giveaway macam ni. 

Semoga rezeki berpihak pada Nurul. Amin :) 

Korang pun apa tengok je. Meh ler join sekali :D



Image result for poster lailatul qadar

Alhamdulillah. Gambar ni banyak info yang kita boleh dapat. Meh kita hayati sama :)


PETUA HILANGKAN JERAGAT SECARA SEMULAJADI DAN SIHAT

Thursday, June 15, 2017 1
PETUA HILANGKAN JERAGAT SECARA SEMULAJADI DAN SIHAT
Assalammualaikum wbt,

Jeragat biasanya menyerang remaja tapi ada jugak kemungkinan yang dewasa pun boleh kena. Aktiviti hormon remaja yang tak stabil semasa akil baligh menyebabkan minyak dalam kulit menghasilkan secara lebihan. Jeragat atau yang dikenali sebabagi open comedo adalah sebuah tempat kecil yang berwarna putih atau hitam. Jeragat sudah semestinya boleh dikeluarkan dalam banyak cara. Ada salun kecantikan atau klinik yang menggunakan bahan semulajadi.


petua hilangkan jeragat

Petua hilangkan jeragat di muka secara semulajadi adalah jelas lebih praktikal dan murah. Awak tak perlu bersusah payah pergi klinik kecantikan hanya untuk menghilangkan jeragat je. Korang boleh guna bahan semulajadi je dan paling senang boleh buat dekat rumah je. Tak payah membazir da :D

Jeragat biasanya timbul dalam banyak cara di muka seperti hidung dan pipi. Kalau korang dah nampak jeragat dekat muka korang tu, korang wajib hapuskan sebab kalau korang biarkan je, jeragat akan berkembang menjadi jerawat. Kehadiran jeragat sekitar hidung atau pipi pasti menjadikan muka kita kelihatan tidak sihat dan boleh membuatkan keyakinan kita menurun. 

Meh Nurul share dengan korang macam mana nak hilangkan jeragat yang degil dekat muka kita ni :D



PETUA HILANGKAN JERAGAT

1. KULIT KAYU MANIS
  • Kulit kayu manis ni memang dikenali sebagai bahan untuk memasak. Walau bagaimanapun, kulit kayu manis jugak boleh digunakan sebagai penghilang sakit secara semulajadi untuk jerawat. Petua hilangkan jeragat yang menggunakan kayu manis adalah dengan tuangkan 1 sudu besar kulit kayu manis ke dalam bekas. Korang boleh campurkan dengan 3 sudu besar madu.
  • Madu adalah antibiotik semulajadi yang membantu melembapkan kulit dan kulit kayu manis sangat memainkan peranan penting dalam menyokong penjanaan kulit semula. Selepas madu dan kulit kayu manis dimasukkan, kacau kedua bahan tersebut. Lepas tu, gunakan bahan tersebut ke bahagian muka yang ada jeragat tu dan biarkan 15 minit. Akhir sekali, bilas dengan air suam dan keringkan muka menggunakan tuala yang bersih.

2. ALOE VERA
  • Semua orang tahu aloe vera mempunyai banyak manfaat besar bagi kesihatan rambut. Bermula dari menghitamkan sehinggakan menyuburkan rambut. Bukan hanya untuk hitamkan rambut je, aloe vera jugak boleh menjadi satu bahan semulajadi untuk menghilangkan jeragat. Petua hilangkan jeragat dengan aloe vera adalah mengambil aloe vera yang segar dan potong menjadi kepingan dan kemudian ambil gel dia.
  • Sebelum korang meletakkan ia, korang kena membersihkan muka supaya kotoran di muka tak tersumbat. Kalau muka dah bersih, korang boleh lah ratakan aloe vera tu dekat muka korang. Biarkan sampai kering lepas tu bilas dengan menggunakan air suam.

3. LEMON
  • Lemon masih dikategorikan sebagai keluarga oren tapi rasa lemon ni lagi masam daripada oren. Walaupun ianya rasa masan, lemon mengandungi asid dan vitamin c yang dapat menghapuskan jeragat degil. Macam mana nak guna lemon? Senang je. Korang sediakan lemon segar dulu dan kemudian potong menjadi 2 bahagian. Basuh muka korang dengan menggunakan air suam supaya liang pori muka tak tersumbat. Kemudian, korang oleskan potongan lemon tadi ke kawasan yang ada jeragat atau seluruh muka. Biarkan selama 15 minit walaupun rasanya agak pedih. Lepas tu, basuh muka dengan air sejuk.

4. PUTIH TELUR
  • Putih telur ni jarang orang guna sebab bau dia yang agak hanyir. Nurul pun tak suka. Hehehe. Tapi sekali sekala tu korang boleh cuba guna putih telur ni. First sekali korang wajib bersihkan muka korang dulu. Kemudian, guna putih telur ke kawasan muka yang ada jeragat. Biarkan sehingga dia kering dan oleskan lagi menjadikan ianya dua lapisan. Bila da kering tu, korang boleh basuh dengan air suam.

5. OVERNIGHT RENEWAL WHITENING CREAM
  • Cream nutriwhite shaklee memang dah terbukti secara klinikal dapat menghilangkan jeragat yang ada dekat muka kita tu. Buat pengetahuan korang, cream ni je pun dah dibuat kajian yang terlalu mendalam sebelum digunakan. Alhamdulillah, skincare shaklee semuanya 100% daripada bahan semulajadi.




MACAM MANA NAK ORDER ?

LANGKAH 1

Image result for ESELL

KLIK 'ORDER NOW' UNTUK ORDER DIRECT HQ



LANGKAH 2


WHATSAPP / SMS / CALL : 0173575871

KEDAI SHAKLEE NURUL : FB PAGE / IG


** COD AREA PUCHONG **




June 14, 2017

TIPS LUKA BERSALIN CZER CEPAT KERING

Wednesday, June 14, 2017 2
TIPS LUKA BERSALIN CZER CEPAT KERING
Image result for luka czer


Assalammualaikum wbt,

Di Malaysia ni kebanyakannya banyak melahirkan secara normal atau pun secara pembedahan atau orang selalu panggil czer. Nurul ada tanya kepada ibu-ibu yang melahirkan dengan dua cara ni mana yang lagi sakit. Mereka kata dua-dua sakit. Saat melahirkan mana ada yang tak sakit kan. Tapi untuk ibu yang melahirkan secara czer, mereka lagi sanggup untuk melahirkan secara normal. Mereka kata melahirkan secara normal tu kita dapat rasa pengalamannya macam mana.

Tapi yang pasti dua-dua amat menyakitkan :D Ok, hari ni Nurul nak share dengan ibu-ibu di luar sana macam mana nak jadikan luka czer tu cepat kering. Ada tipsnye tau. Mungkin dengan tips ni korang boleh tambahkan ilmu yang sedia ada.


TIPS LUKA BERSALIN CZER CEPAT KERING

1. Tips paling penting ialah memastikan luka sentiasa kering. Lepas mandi tu, pastikan luka di lap sehingga kering dengan kain yang lembut dan jangan guna tisu ye. Dari semasa ke semasa pulak, pastinya ibu-ibu akan berpeluh kan? Pastikan kawasan luka tu sentiasa kering sama ada dari peluh atau air mandian. Justeru itu, ibu-ibu perlu pastikan kawasan lukanya sentiasa kering agar luka cepat sembuh.

2. Elakkan menyapu sebarang ubat tradisional pada kawasan luka pada 10 hari pertama bersalin. Minyak gamat atau minyak tradisional dikhuatiri akan melambatkan percantuman kulit di bahagian luka. Lepas luka tu bercantum, barulah ibu-ibu boleh menggunakan sebarang ubat sapu yang ibu-ibu rasa perlu.

3. Penggunaan sabun semasa mandi juga dilarang. Hanya gunakan air sahaja untuk membasuh di bahagian luka.

4. Elakkan aktiviti lasak pada seminggu pertama kelahiran. Aktiviti naik tangga mahupun membongkok perlu dielakkan bagi mengelakkan tekanan pada luka. Minta bantuan keluarga dalam menjalankan aktiviti harian.

5. Elakkan mengambil ubat tradisional sembarangan. Dapatkan nasihat doktor dahulu kerana bukan semua ubat tradisional sesuai untuk ibu bersalin secara pembedahan. Ada yang boleh mendatangkan kesan sampingan seperti memberi tekanan pada buah pinggang atau mengurangkan pengecutan otot rahim.

6. Susukan baby anda secara eksklusif. Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Dapatkan bantuan dari jururawat dari hari pertama bersalin tentang bagaimana posisi menyusukan anak yang sesuai tanpa menjejaskan luka.

7. Ambil makanan yang kaya dengan zat besi, multivitamin dan zinc. Zat besi penting kerana ada banyak kehilangan darah semasa pembedahan. Multivitamin pula untuk membekalkan nutrisi dan zat penting pada tubuh, manakala zinc membantu menyembuhkan luka dengan cepat. Jika anda tak pasti makanan mana yang kaya dengan zat besi dan zinc, anda boleh lah mengambil SET BERSALIN SHAKLEE yang lengkap dengan semua zat tersebut. In Sha Allah, luka bersalin czer ibu-ibu akan cepat sembuh :)












Image result for testimoni set bersalin czer shaklee




MACAM MANA NAK ORDER SET BERPANTANG SHAKLEE ?


LANGKAH 1
Image result for ESELL
Klik "Order Now" untuk membuat pembelian direct HQ




LANGKAH 2


WHATSAPP / CALL / SMS : 0173575871



** COD AREA PUCHONG **